Friday 26 December 2008

Menyampaikan amanah Allah

"Kenapa macam nak menagis ni Ica?" soalku pada anak kesayangan yg matanya mula terkebil2 bila mahu menyambung ejaan muqaddamnya.
"Ica boring la ayah. Ica selalu tak dapat. Ica tak pandai nak baca sebab selalu salah - salah' jawabnya dalam suara yg hampir2 mahu menangis.
Sambil memeluknya aku berkata,
"Tidak mengapa. Ayah tak marah kalau tak dapat. Yg penting Ica mesti cuba dan mesti lawan rasa boring yg syaitan hasut tu"

Erissa un meneruskan bacaannya. Walaupun malam itu dia tidak berjaya beralih ke mukasurat lain, dia tetap ceria dengan kata2 pujukan aku tadi.

"Ayah. Kenapa kita kena baca Quran? Kenapa kita kena belajar Al-Quran?" tiba2 Erissa bertanya.
"Kerana Allah suruh. Kerana kita kena tahu apa yg Allah nak bagitahu pada kita. Hanya dalam Al-Quran sahaja kita boleh tahu apa yg Allah nak cakap pada kita"
"Tapi kenapa nak kena tahu? Sebab apa ayah kena ajar?"
"Sebab itu yg Dia suruh dan sebab itu adalah amanahnya"
"Ooo...okay.Kalau mcm tu Ica mesti cuba lagi belajar dan baca dan lawan syaitan" jawab Erissa yg puas dengan penjelasanku.

Tetapi aku yg tidak puas dengan jawapanku sendiri.
Benarkah aku telah menjalankan amanahnya?
Benarkah aku menyampaikan dan mengajarkan Al-Quran pada anakku ini seperti mana yg Allah mahukan? Atau aku mengajar lebih kepada memenuhi adat turun temurun , iaitu semua keluargaku mesti pandai baca Al-Quran? Atau hanya mengajar disebabkan tidak mahu dia ketinggalan dibandingkan dengan kanak2 lain yg sebaya?

Aku berpusing2 memikirkan hal ini hinggalah aku menjalankan sedikit penyelidikan melalui internet dan Al-Quran, bermula dengan penjelasan makna amanah.

Sesungguhnya KAMI telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka mereka semua enggan memikulnya karena mereka khawatir akan mengkhianatinya, maka dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh…” (QS 33/72)

MAKNA AMANAH

1. Secara Bahasa: Bermakna al-wafa’ (memenuhi) dan wadi’ah (titipan).

2. Secara Definisi: Seorang muslim memenuhi apa yang dititipkankan kepadanya. Hal ini didasarkan pada firman ALLAH SWT:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”

(QS 4/58)

(note: makna amanah diatas ini diambil dari website www.kebunhikmah.com/article-detail.php?artid=229)

Berdasarkan ayat dan makna ini, timbul beberapa persoalan.
Apakah titipan yg telah Allah berikan?
Dan kemudian dapat menghukumi antara manusia dgn titipan itu?

Tak lain ianya adalah Al - Quran.
Titipan / amanat ini telah perlu dikembalikan kepada pemiliknya.

Siapakah pemiliknya? Pemiliknya ialah manusia. Semua manusia tak kira bangsa dan dimana mereka berada.Ini adalah berdasarkan dalilnya seperti dibawah ini.

"Dan Al Qur'an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian."
(17 : 106)

Kembali kepada konteks pembelajaran untuk anak kecil, yg mana ini mereka ini juga adalah manusia.

Berpandukan kata2 Allah tadi, perlunya Al-Quran ini diajarkan kepada anak2 dengan memenuhi kriteria2 berikut:

1) Dibacakan perlahan2 - ertinya, khatam Quran, ceat habis, jauh sudah dibaca dan apa shj yg berkaitan dengan kuantiti bukanlah matlamatnya.Yg penting faham dan akan dipraktikkan.

2) Diajar secara beransur2, bahagian demi bahagian - dari mengenal huruf, mengeja dan kemudian membaca secara lancar.Perlunya satu sillibus / sukatan pelajaran yg menarik dan sistematik.

3) Diturunkan - mesti konsisiten/istiqamah.mesti diajarkan.tak boleh 100% harap pada ustat.

4) Menimbulkan rasa tanggungjawab pada anak utk mempelajari Al-Quran kerana itulah haknya.

5) Sebagai penunjuk ajar pada anak, perlu ada perasaan yg amanah Allah itu perlu disampaikan kerana itu adalah arahanNya dan amanatNya.

6) Menetapkan hukum / aturan - dibuat jadual/schedule utk anak belajar Al-Quran dengan sistematik.

7) Matlamat utama pembelajaran ialah supaya anak dapat menggunakan Al-Quran sebagai sumber rujukan utk membuat keputusan, dan barulah semua tidakannya dalam hidup dapat dibuat dan ditetapkan dengan adil.

Tujuh perkara diatas adalah asas dan panduan yg dapat diambil oleh penulis berpandukan 2 ayat diatas.

Hakikatnya tidak terkira banyaknya panduan dalam pendidikan anak2 yg boleh diambil dari Al-Quran. Dan segalanya dari Al-Quran itu tiada batasnya.

Tetapi matlamat pembelajaran yg betul dan tepat adalah penting supaya hasilnya menjadi manafaat pada manusia dan dunia. Dan yg lebih utama, supaya Allah meredhai kita sebagai hamba yg telah menyempurnakan amanahNya.

Ritualnya telah ada. Matlamatnya telah nyata. Actualnya terpulang kepada kita.

wassalam.
@ PAP - Turgeau

Tuesday 23 December 2008

Bangkit dari lamunan yg dikejutkan

3 November 2008.
Tarikh yg tidak akan aku lupakan sepanjang hidupku.

Bermula dengan badan yg kurasai seperti mahu demam pada paginya...
dan kemudian aku balik utk makan tengahari...
dan setelah makan...demam ku makin teruk...makin kuat...dan makin kronik...

Kesakitanku berpanjangan hingga kini...
Namun tenaga dari kesakitan itu kini kugunakan utk aku bangkit semula...
Dari lamunan duniawi yg selama ini melalaikan...
dan lamunan perasaan kasih, cinta dan sayang yg sia2 lagi bodoh...

Akan kubuktikan bahawa manusia biasa akan menjadi luarbiasa hanya dengan berkat kesabaran yg diredhai Allah.

Akan kubuktikan padamu ... dan akan kulaksanakan ini semuanya demi Allah dan agama yang diredhai- Nya.

Sunday 21 September 2008

Ekonomi Yahudi vs Ekonomi Melayu

Hari ini, Bush (Presiden USA) sedang mengusahakan USD700 billion utk menyelamatkan syarikat2 besar Amerika yg sedang mengalami kegwatan dan menuju bankrupsi. Ianya adalah antara kos yg terbesar sejak kegawatan ekonomi terhebat pada tahun 1930-an. (great depression)

Sudah seperti menjadi satu corak tetap, setiap lebih kurang 10 tahun, pasti berlaku kegawatan dan kejatuhan ekonomi dunia.

Inilah akibatnya apabila bijak pandai Yahudi cuba melawan sistem yg telah ditetapkan oleh tuhan. Sistem yg diasakan oleh riba ini sememangnya membawa pelbagai masalah kepada pelbagai manusia diserata dunia. Walaupun bagaimanapun, setidak2nya, mereka ini boleh juga dikatakan bijak kerana dapat mengawal keadaan ini dengan memanipulasi sumber kekayaan dan harta dari negara2 lain.Dan akhirnya masalah itu akan selesai. Tetapi hakikatnya mereka ini bodoh juga. Sebab cuba melawan tuhan.
Tapi ada satu lagi golongan yg bodoh dan lagi membodohkan. Iaitu golongan yg dah ada sistem yg bagus, dan tahu sistem yahudi ni menjahanamkan, tapi masih tak pakai sistem yg bagus dan perfect itu tadi. Lalu jadi lah golongan dan masyarakat ini golongan yg hina, dihina dan menghinakan.

Hentikanlah sikap tunggu dan lihat. Gantikanlah dengan sikap bergerak dan memastikan ianya terjadi. Supaya kebodohan berbakul yg ada atas kepala akan terlerai menjadi satu semangat melawan yg tiada tolok bandingnya.

Saturday 20 September 2008

Perpaduan

Hari ini aku menonton berita mengenai keadaan mangsa ribut taufan (Hurricane Fay, Gustav , Hanna dan Ike). Kerja2 pembersihan sedang dilakukan. Seorang penduduk tempatan / mangsa ditemuraramah. Walaupun apa yg diperkatakan tidak kufahamai, tetapi pemandangan dipintu masuk gereja tersebut yg dipenuhi dengan sampah sarap dan puin2 hasil hentakan ribut taufan membuatkan aku tertanya2. Apakah mereka ini manusia2 yg tidak tahu akan erti kerjasama untuk kebersihan? Kemudian pemandangan bandar juga sama. Sebuah jentera pengaut sedang sibuk memunggah sampah sarap sambil diperhatikan oleh sekumpulan kira2 50 orang pemuda. Apakah dengan melihat sahaja sudah cukup? Bukankah dengan menghulurkan kerjasama dapat mempercepatkan kerja2 pembersihan dan seterusnya pemulihan?

Kemudian, aku mengubah siaran TV ke berita CNN. Kerja2 pembersihan juga sedang dilakukan di Galverston, Texas.(Walaupun sudah hampir 2 minggu taufan ini melanda). situasi yg hampir sama seperti di Haiti. Jentera penolak sibuk menjalankan kerja2 pembersihan. Cuma bezanya, tiada manusia2 yg memerhatikan. Yg ada cuma manusia yg bekerja shj. Kenapa? Kerana penduduk buat sementara waktu ini dipindahkan atau berpindah keluar ke bandar lain dan masih belum balik. Temuramah juga dilakukan kepada mangsa2 dipusat2 pemindahan sementara tersebut. Rata2 menyatakan ketidaksabaran mereka untuk pulang dan sama2 membersihkan serta mebangunkan semula bandar yg telah musnah itu.

Dua tempat yg dilanda ribut yg sama.
Dua pendekatan yg berbeza untuk membersihkan dan mebangunkan semula.
Pemikiran dan mindset yg berbeza.

Kembali ke Malaysia dengan kisah pergolakan politiknya.
Masing2 sibuk mengutuk, mengumpat, mencari salah org lain, dan pelbagai hal2 cucuk mencucuk, jatuh menjatuhkan. Macam sudah tiada kerja lain. Untuk mendapatkan sokongan, Rakyat sepatutnya dihidangkan dengan difahamkan akan perancangan2 pembaikpulihan ekonomi dan pembangunan, bukannya dengan berita2 percakaran yg saling tak sudah. PM dan TPM mesyuarat hingga 4 jam hanya untuk menyelesaikan isu ini. Apabila kerja2 pentadbiran PM lemah, PM disalahkan kerana tak buat kerja. Mcm mana nak buat kerja kalau 4 jam buang masa melayan kerja bodoh? Jadi siapa yg buat kerja pentadbiran skrg? Dan mampukah pula hanya bersikap tunggu dan lihat untuk hal ini selesai?

Mindset utk tidak mahu bersatu ini mmg punca ketegangan dan punca ketidakstabilan.
Di Haiti, rakyatnya malasuntuk menyatukan fikiran dan tenaga.
Di Malaysia, rakyatnya malas untuk menyatukan fikiran dan perasaan.
Hasilnya sama. Kekecohan.Kekalutan.Kemasalahan.Dan Kebodohan yg tak sudah sejak zaman kejatuhan Melaka.

Thursday 18 September 2008

Khutbah Jumaat 19 September

Hari ni aku baca khutbah jumaat dari website http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/.
Khutbah ini disediakan oleh JAKIM, bertarikh 19 Ramadhan 1429H bersamaan 19 september 2008.
Mungkin utk masjid2 seluruh KL atau mungkin juga Malaysia.
Disini, aku tak pernah lagi sembahyang jumaat. Keadaan keselamatan tidak mengizinkan.
Tetapi manager aku yg bernama Abdel Kader Aid (warga Algeria) memberitahu ada disediakan kenderaan utk solat jumaat dan sekiranya aku mahu pergi, boleh ikut bersamanya. InsyaAllah dibulan hadapan aku ikut serta kerana minggu ini dia bercuti dan minggu depan aku balik cuti raya aidilfitri.

Berbalik kepada topik khutbah jumaat.
Tajuk Khutbah : ALQURAN MERENTASI ZAMAN
(khutbah ini juga adalah bersempena dengan nuzul Al - Quran, 17 ramadhan)
Berikut adalah point2 dari khutbah ini...dan sedikit pandanganku.

1)Turunnya Al - Quran telah membawa sinar kepada kegelapan, kemaksiatan dan kekalutan masyarakat jahiliah.Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul Al-Qur’an telah menjana perubahan dan membina peradaban umat.
- Mengapa kini peradaban umat Islam tidak berada dipuncak kemuliaan walaupun telah diturunkan Al - Quran pada kita semua? Aku melihat hal ini disebabkan kegagalan umat islam melihat keadaan diri, masyarakat, negara dan sekitaran. Masing2 merasa cukup dgn syahadah yg ada, cukup dgn solat 5 waktu dan puasa yg tidak pernah tinggal, cukup dgn zakat yg tak seberapa dan title haji yg ada. Apakah dgn sempurnanya rukum islam, bermakna cukuplah seorang individu itu bergelar islam? Adakah had tanggungjawab seorang islam terhenti setakat itu? Apabila merasa cukup, akhirnya menjadi melampaui batas. dan bila melampaui batas, umat islam yg dulunya memimpin akan dipimpin setelah digantikan. Apabila dipimpin dgn tidak mengikut lunas2 Al Quran, akhirnya jadilah Al Quran itu pada umat islam hanya sebagai kitab yg dijunjung dan dikucup didalam keadaan suasana yg gelap, kalut dan penuh dgn kemaksiatan.

2)Al - Quran adalah mukjizat yg diturunkan untuk semua manusia dan merupakan kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat.
- Apabila menceritakan tentang mukjizat, seperti menjadi mindset/Penetapan minda bahawa ianya adalah sesuatu yg magic. contohnya Musa dapat membelah laut. Ibrahim dapat menyejukkan api. Ya benar. Memang mukjizat itu adalah sesuatu yg ajaib dan akan menjadi keajaiban. tetapi ajaib tidak bermakna ianya magic. Jika minda masih berfikiran bahawa mukjizat adalah sesuatu yg magic, tidak hairanlah Al Quran hanya digunakan untuk hal2 menghalau hantu, ayat pendinding, jampi mengubat dan pelbagai hal2 yg lebih berbentuk spiritual sahaja, sedangkan rasulullah telah menggunakannya bukan sahaja untuk memajukan hal2 keimanan dan spiritual, tetapi juga dalam hal2 pembangunan fizikal, ekonomi, pertanian dan perniagaan. Sunnah ini diikuti juga oleh muslimin yg kemudiannya dapat membina peradaban yg unggul bukan sahaja di tanah arab, malah di Eropah. Jadi, wajarkah kita masih berfikiran bahawa mukjizat ini sesuatu yg magic?

3)marilah sama-sama kita menjadikan al-Qur’an sebagai pedoman dan panduan hidup bermula diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya semua hukum dan peraturan-Nya menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat.
- Seruan ini amatlah baik. Yg penting, pendekatan yg harus dilakukan mestilah selaras dgn apa yg telah ditunjukkan Rasulullah. Kita boleh belajar Al - Quran sampai dapat Phd. Org Kristian pun boleh melakukan perkara yg sama. Tetapi ada bezanya. Bezanya ialah dengan ilmu yg dimiliki, Phd yg islam akan memperjuangkan perlaksanaan Al - Quran manakala bagi pelajar kristian, denagn ilmu yg ada, dia akan cuba utk mencari cara bagaimana Al - Quran ini dapat digunakan untuk kepentingan kristian, dan menghalang umat islam dari melaksanakan 100% apa yg ada didalamnya.

Pada aku, yg penting, sebelum kita menjadikan Al Quran sebagai pedoman dan panduan hidup, perlulah kita melihat Al Quran sebagai satu mukjizat yg bukan magic. Dengan itu ianya akan dihargai. Dan sesuatu yg mahal harganya amatlah berbaloi untuk kita perjuangkan. Ubahlah mindset. Pedoman bintang dilangit tidak dapat diikuti kiranya mindset masih mengatakan bintang itu hanyalah sebagai hiasan penyeri malam. Pedoman dari Al Quran tidak mungkin dapat diikuti kiranya mindset masih mengatakan ianya mukjizat magic yg hanya dapat dilaksanakan apabila turunnya bantuan Allah...maka sementara menuggu nuggu bantuan dari langit itu...tinggalah Al Quran sebagai hiasan penyeri kehidupan (kononnya) dan penghias rak2 buku dirumah (ada jugak sesetengah badigol yg balut dgn kain kunig)....

Erissa - Kelas Tadika

Sebelum terluput dari ingatan , baik kiranya aku catatkan mengenai kelas tadika anak aku yg bernama Erissa. (Tahun ini dia dah berumur 5 tahun)

Constrain utk pemilihan tadika ini ialah:
1) Isi kandungan dan sistem pendidikan tadika - mestilah yg baik, aktif dan menyeronokkan bagi Erissa..untuk ini, Ernie telah pergi sendiri ke pusat2 tadika ini , bertanya pada cikgu2nya, menilai dan kemudian bertanya pada Erissa samada dia suka atau tidak. Hal ini juga dapat dilihat dari suasana sekitaran pusat tadika, keadaan kelas, kemudahan2 yg ada, kebersihan dan juga keadaan murid2 yg sedia ada.
2) Lokasi - hendaklah dekat dengan tempat kerja Ernie (isteriku) supaya urusan menghantar dan mengambil pulang dari sekolah adalah mudah dan selamat.
3) Masa pembelajaran - hendaklah dari pagi sampai 5 petang...supaya Ernie boleh hantar masa pergi kerja dan ambil masa balik kerja.
4) Kos / kewangan - hendaklah tidak terlalu murah. Hendaklah berbaloi untuk perbelanjaan (value for money).

Mulanya aku nak masukkan dia ke Tadika Vital Years.(lokasi = Pandan Indah)
Yuran bulanan RM300.
Jangkamasa kelas = 2jam setengah (8 am - 10:30 am)
kemudian ke kelas Smart Reader.(bersebelahan dgn Vital Years)
Yuran bulanan RM250.
Jangkamasa kelas = 2 jam (11:00 am - 1:00 pm)
kemudian pkl 1 PM - 2 PM , Erissa akan lunch dgn Ernie sebelum dia dihantar ke Nurseri.
Yuran bulanan nurseri RM300 termasuk transport untuk mengambil Erissa dari Smart Reader ke nurseri tersebut (sekiranya Ernie sibuk).

....kedua2 Vital Years dan Smart Reader adalah bagus...isi kandugan dan sistem pembelajarannya mmg terbukti bagus dan berkualiti.lokasi mmg sesuai dan mudah bagi ernie.begitu juga dengan masa.Masalahnya, selepas tamat 2 kelas ini, Erissa akan diangkut ke nurseri.

ada 2 persoalan.
1) pemindahan dari satu tadika ke tadika yg lain melibatkan risiko dari segi keselamatan.
2) kualiti nurseri tersbut yg dhaif dan kanak2 didalamnya yg pasif.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memasukkan Erissa ke sekolah Tadika Yu Der di pandan indah. Nama tadika ini memang tak sedap dan tak glamer.mcm nama sekolah kung fu / wusyu pun ada.tapi sekolah tadika cina ini memiliki 80% kriteria yg aku kehendaki.
1) sistem pembelajaran yg ok.
2) lokasi yg mudah utk ernie hantar dan ambil.
3) masanya dari pkl 8.00 pagi sampai 5 petang (lepas pkl 1, masuk nurseri..-pkl 1 makan, pkl 1:30 Erissa dimandikan, pkl 2 tidur sampai pkl 3...then ada sedikit aktiviti ringan tetapi aktif)
4) kemudahan2 yg baik dan persekitaran yg bersih dan menyeronokkan utk Erissa belajar...yg ini adalah melalui apa yg Ernie cerita pada aku...dan aku amat mempercayai citarasa isteriku ini.biasanya dalam hal ini, pilihannya lebih baik berbanding aku.

Dan dengan ini....muktamad pilihanku , Ernie dan Erissa utk tadika Yu Der.
Setakat ini, banyak perkembangan positif pada Erissa.
Aku tidak meletakkan harapan utk melihat anakku menjadi yg terpandai.
Aku cuma berharap supaya dia suka akan tadika tersebut dan seronok belajar.
Harapanku cuma supaya keseronokan belajar itu dapat diteruskan semasa dia berada di sekolah rendah nanti dan seterusnya utk kehidupan mendatang.
Dan aku percaya Yu Der dapat memainkan peranan utk menyediakan 'tapak perasaan seronok' ini kerana setiap malam Erissa sibuk membaca buku dan membuat kerja sekolah. TV hanya menjadi pilihannya yg kedua..dan hanya semasa hujung minggu.

Kenapa Yu Der?
Kenapa tadika cina dan bukannya tadika islam?
Kenapa memilih tempat yg mengaut RM650 dari poket sedangkan ada yg agak lebih murah?

Sebenarnya, aku bukanlah bersikap sombong diri pada tadika islam, tetapi aku cuba untuk mewujudkan persekitaran yg harmoni dimana wujudnya rasa persaingan dan aktif utk menimba ilmu. Dan aku dapati hal ini hanya berlaku di tadika yg mempunyai pelbagai kaum dan pelbagai bangsa. Kerana disitu juga akan adanya pelbagai budaya. Dan akan menunaskan pelbagai kegiatan dan sikap2 positif yg belum pernah wujud dalam generasiku.

Mengenai kos...bukanlah aku ni kaya dan banyak duit...utk mejelaskan kenapa pilih yg mahal dan tidak yg murah (dalam lingkungan bawah rm500 pun ada),biarlah aku imbau sedikit kisah diriku.
Semasa aku kecil, aku masuk tadika hanya setelah berumur 6 tahun.
Dan tadika itu amatlah tidak glamer samapai aku pun tak ingat apa namanya.Aku pasti ayah dan ibuku juga sama.
Cuma yg masih aku ingat, tadika pilihanku ketika itu ialah St. Ronan.
Kenapa? sebab kawan2 setaman (masa ini di Tmn Desa Minang) yg masuk sekolah ini pandai cakap org putih, ada uniform sendiri dan kawan2 mak aku selalu puji sekolah St. Ronan bagus....tetapi mahal.
Dan sememangnya tiada rezeki utk aku masuk kesitu walaupun byk kali aku menangis2 meminta2 pd ayahku.
Kini...aku bersyukur...sbb ramai lagi kanak2 lain (masa itu) yg tidak pernah masuk tadika pun....sebab itu ada yg tak tahu ABC langsung bila first day darjah satu (rakan sekelas).
So..ayah aku yg sekolah sampai darjah 5 sahaja...boleh masukkan aku ke tadika tanpa berkira pasal wang....takkanlah aku yg ada ijazah nak masukkan anak aku ke tadika yg biasa dan berkira pasal wang? Dimanakah peningkatannya kalau aku berbuat demikian? Ayahku telah menujukkan tapak yg terbaik. Aku seharusnya memilih jalan utk meninggikannya. Dan inilah sunnah yg dilalui oleh Ibrahim utk meninggikan Kaabah yg dibina Adam...dan semasa ini Ibrahim mendidik Ismail dan seterusnya dicontohi akhirnya oleh Muhammad.
Akhirkata, inilah sunnah nabi yg aku nak ikut.(keazaman utk meninggikan apa yg sedia ada)
Aku mengenal pasti tapak yg telah dibina. Dan pasti aku akan meniggikannya.

Sunday 14 September 2008

Menuju Kesempurnaan...(lirik lagu Mantera Beradu)

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kulitku tebal.. ku bebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman Pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakar dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodinya lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna

Saturday 13 September 2008

Hurricane Aid

Haiti had received 4 hurricane within one month. (between 11th August until 8th of September). Most of the places which are affected are far from PAP and Petion-ville. I saw in the news everyday that people in Gonaives (a town in the nothern part of Haiti, 2 hours from PAP) was badly affected. People are still cooking and living on top of their roof. Survivng Aid is very slow. Flood was very high. More than 5 meters. People are struggling with food, clothes, helath and clean waters.

I took a chance to donor some of medicine, money, cloth and food to this victim.
Digicel took a roll and HR and marketing department made up a team as a machinery to help. They put a box in which all the staff can donate and fill it up.

Basically, its not the hurricane that kill this people most. It is poverty. Yes, Poverty is the ultimate killer. And it can kill anything , anyhow in anytime.

Two poverty that killed them here. (1) Money / wealth (2) Knowledge / Education
Without money, they cannot evacuate and move.Without knowledge, they dont know how to act and react.Both money and knowledge were needed each and another. So, within ourself, let be safe and at lets gain and incresase our knowledge everyday. One day, this knowledge will turn to wealth. And both will save us from a dangerous flood of information in this globalitation era.

note : to date, almost 1000 people died in Haiti due to this 4 hurricane and they still counting and searching of the dead bodies...

Friday 12 September 2008

Lailatul Qadar


Sempena bulan puasa, tiap2 tahun umat Islam di Malaysia berlumba2 mencari malam Lailatul Qadar. Menunggu dan menanti. Mindsetnya bila buat baik, akan dibalas seribu kali. solat 2 rakaat, jadi 2000 rakaat. Minta doa, akan makbul. Mari kita renung sejenak firman Allah didalam satu surah yg khusus untuk menceritakan malam ini:


1) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
2) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3) Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4) Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5) Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

(surah ke - 097. AL QADR)


Kupasan2 yg perlu difikir dan direnungkan;

1) Pada 'malam' ini diturunkankan Al - Quran(AQ). Jadi, org yg menemui 'malam' ini seharusnya dapat menerima AQ itu dgn redha.

2) Allah bertanya kerana manusia, walaupn dlm keadaan yg sudah berilmu apabila menerima AQ tadi, masih dalam samar2 akan erti sebenar 'malam' ini.

3) Allah menerangkan bahawa 'malam' tersebut adalah lebik baik dari seribu bulan. Kenapa? Macam mana satu 'malam' sahaja boleh mengatasi 1000 bulan? Tidak lain tidak bukan apabila manusia mengamalkan isi kandungan AQ yg diturunkan tadi secara keseluruhan.100%. total tanpa kompromi.

4) Bayangkan kerja yg biasanya disiapkan dalam masa 1000 bulan, tetapi dengan mukjizat AQ dapat disiapkan dengan hanya 1 malam shj. Jadi sudah tentu memerlukan pengurusan yg baik utk mengatur hal2 ini. Oleh itu perlulah setiap umat Islam bekerja seperti malaikat, iaitu ketaatan yg tidak berbelah bahagi pada pemimpin yg mempunyai kredibiliti seperti Jibril.

5) Setelah (1) - (4) diatas terlaksana, barulah sejahtera segalanya. Manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sejagat. semuanya akan sejahtera, sehingglah mencapai cahaya kegemilangan yg cemerlang (terbit fajar).


persoalannya...

1- siapa pemimpin kita masa kini?

2 - dapatkah kita mengubah mindset dari nenek moyang kita mengenai 'malam' ini?


Mari kita lakukan pengiraan 1 malam dan 1000 bulan.


1 malam = 12 jam
1000 bulan = 1000 x 30 hari x 24 jam = 720,000 jam
12 : 720,000 = 1:60,000

iaitu 1 jam bekerja ...hasil dan ganjarannya adalah 60,000 jam

Jangkamasa Rasulullah berjuang menegakkan Islam di Madinah ialah 23 tahun (570 - 632)
Jangkamasa Wujudnya Kerajaan Islam (kekhalifahan) ialah 1291 tahun (632 - 1923)
(*note 1)

23 tahun x 1 malam (*note 2) x 8 jam (*note 3) = 184 jam
1291 tahun x 365 hari x 24 jam = 11,309,160 jam
184 : 11,309,160 = 1: 61,462

iaitu 1 jam bekerja...hasil dan ganjarannya adalah selama 61,462 jam.dan telah pun dinikmati oleh org terdahulu sejak zaman khalifah Abu Bakar sampailah hari terakhir kerajaan Uthmaniah.

Ini telah dibuktikan rasulullah. Nyata beliau telah mempraktikkan dan membenarkan kata2 Allah ini.
Bila masanya pula untuk kita mengikuti sunnahnya?
Pada 'mlm' ini, apakah cukup untuk kita bersembahyang sunat tasbih sehingga kebas kaki dan sembahyang sunat taubat sehingga basah sejadah, sedangkan apa yg kita lakukan itu hasilnya pada generasi akan datang dari sudut pencapaian ilmu, akhlak dan ketamadunan masih merempat pada org kafir?


Wassalam.
note 1 - jangkamasa , tahun dan hari tidaklah 100% tepat dan perlu diperhalusi.tetapi ketidaktepatannya itu tidaklah melebihi 90%.Kiraan tahun dan hari diambil mengikut tahun Masehi. (pasti perkiraan dengan tahun Hijriah adalah lebih tepat)

note 2 - dalam 23 tahun perjuangan rasulullah, beliau akan bertemu bulan ramadhan sebanyak 23 kali.

note 3 - 8 jam digunakan untuk ibadah kepada Allah dan 4 jam untuk berehat / tidur. Menurut kajian sejarah, kebanyakan ulama' dan solehin hanya tidur 4 jam shj.




Friday 5 September 2008

Restart...

Hari ni member aku yg bernama Zarihan Ridzuan telah mengingatkan aku untuk mengemaskinikan (update) blog aku ni....thanks to him.

Kalau nak bagi alasan sbb apa lama tak update, mmg banyak...tapi semua alasan itu berpunca dari satu ibu kepada segala alasan...MALAS...bila malas datanglah 'bertangguh'...lama kelamaan 'bertangguh' bertukar jadik 'biarlah'...dan akhirnya biarlah menjadi kebiasaan dan tabiat yg akan mematikan sesuatu usaha.......satu semangat yg perlu....LAWAN TETAP LAWAN....reformasi!

well....anak2 alasan yg lain ialah....

1) Kerja yg tak menentu....kengkadang menimbun..kengkadang free....

2) Sibuk plan for my next travelling / vacation trip....last time is Las Vegas and Grand Canyon...

3) Sibuk dan menyibuk baca pasal politik malaysia.....pilihanraya, anwar, BN and so forth....

4) Haiti dilanda taufan.....start dgn Hurricane Fay..then Gustav, Ike and Joshepine....

5) Rumah aku dimasuki air bila hujan........

....details of all above....aku cerita di lain post...adios.....

Friday 15 August 2008

My Travel - Las Vegas 2008 (Day 1 - part 1)






NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)
Gambar dgn Peeh Kean Hing, Suresh dan Reenu semasa di Toussaint Louverture International Airport, Port Au Prince, Haiti....14th August 2008...
Keadaan lapangan terbang ini sangat daif...saiznya adalah separuh dari lapangan terbang LCCT di KLIA...dan suku daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (saiz bangunan...saiz landasan aku tak dapat nak agak).Kemudahan dan keselesaan di airport ini kalau nak dibandingkan dengan LCCT sangatlah jauh...malah masih tidak boleh hendak dibandingkan dengan KL Sentral...bolehlah dikatakan bahawa aiport ini kurang sedikit sahaja bagusnya dari Airport Tawau...so, kalau nak tahu macam mana keadaan fizikalnya dan kedhaifan airport antarabangsa Haiti ini...kenalah pergi airport Tawau..
Route flight sepatutnya adalah seperti berikut:
PAP - Miami .... depart : 9:00 AM - arrive : 12:10 PM
(transit di Miami)
Miami - Las Vegas .... depart : 03:40 PM - arrive : 05:40 PM
but shit always happen in Haiti....dan actual yg terjadi adalah seperti berikut...
PAP - Miami .... depart : 2:00 PM- arrive : 4:10 PM (delay because technical problem)
(transit di Miami)
Miami - Las Vegas .... depart : 11:30 PM - arrive : 01:30AM (delay because of weather)

Aku telah kerugian masa 8 jam dok menunggu flight kat Airport....patutnya pukul 6 petang dah boleh start jalan2 kat casino and hotel di Las Vegas.
Tiket price is USD 823.20.....ni kompeni bayar sbb aku pakai monthly allowance bulan jun dan julai...(satu bulan aku dapat USD400 monthly allaowance utk travel keluar dari blackhole kat sini)....


sampai airport ....terus ambik gambar.....quite amazing....kat airport dah ada kasino......belambak mesin slot........

then terus pergi ambik bas pergi ke pusat kereta sewa.......
aku booking kereta biasa aje....Pontiac G6......(lebuh kurang saiz macam Proton Waja)...tapi tah macam mana.....dapat promotion , company kereta (BUDGET) suruh pilih Ford Mustang convertible atau Lincoln ....bayar sama....aku pun tak tahu apa punya ong boleh dapat offer ni...terus ambik Mustang warna merah...

Bila bawak...bukak atap....jalan2...dalam hati berkata2 bila la nak ada kereta sport sendiri mcm ni.......

masa ni jam dah lebih kurang pkl 2 pagi..tapi suhu panas.....macam ket tempat letak kereta Mid Valley keadaan panasnya....aku rasa ada dalam 32 celcius.....mmg panas...aku pun tak tahulah siang nanti macam mana nak jalan2....


...bersambung....

Thursday 14 August 2008

2 EKOR HANTU DI DALAM SURAU BRF (EP 3) - bahagian akhir

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD 3...(terakhir)...sorotan episod lepas....selesai solat, dan selesai mengcalculate dirakaat keberapa nazim tengah solat....aku pun melangkah perlahan2 menuju rak buku yan gjuga tempat letaknya quran dan buku2 agama.... aku terus melangkah.....menuju kesudut kanan sebelah belakang surau...sambil perlahan2 berjalan melalui jalur oren karpet surau tersebut, aku pun melintas 5 jalur oren lagi utk sampai ke rak tersebut....mmg agak jauh rak ini...tapi, haruskah majoriti surau dan masjid mempunyai karpet yg sama?(hijau berjalur oren)...adakah karpet yg sama menunjukkan kesamaan dan kesatuan didalam akidah dan amal kehidupan penggunanya?...belum sempat persoalan ini terjawab, aku sudah berada dihadapan rak buku tersebut...sejenak, aku mengintai di celah bidai kain yg menempatkan ruang solat untuk muslimah....ya, tiada orang..tetapi haruskah ruang itu disempitkan begitu?..mengapa tidak ada kesamaan antara ruangan muslimah dan muslimin?....bukankah dgn menyempitkan ini akan sedikit sebanyak mengurangkan minat muslimah utk berkunjung?...ahhh...aku termanggu lagi dgn persoalan baru ini.....lalu terus berjalan menuju ke nazim yang sedang khusyuk berdoa sambil matanya yg terpejam 3/4 rapat dan kepala yg 1/4 terdongak...maka rapat dan terdongak itu menjadi satu dalam penumpuan doa yg tekun dari nazim..(ye la...3/4 + 1/4 jadik la 1)...aku?...ya..aku tidak membawa buku atau quran utk dibaca...kerana memang niatku hanya utk melihat keadaan rak dan buku2 yg ada disitu sahaja...kunjungan aku cuma pada tahap survey, tiada implementation dilakukan lagi.... aku duduk disebelah kiri nazim.dan seperti ada sensor, nazim terus membuka mata dan selesai doa zikirnya.....ada yg kami bualkan, tetapi yg hanya masih aku ingat ialah kami berbincang mengenai berapa lama lagi masa yg akan diambil oleh menatang server kat tingkat 10 tu utk habis.....menurut nazim, lebih kurang dalam 2 jam....terus terjadi mesyuarat kali kedua disitu.dan kali ini, kata sepakat tercapai.masing2 bersetuju untuk beriktikaf dahulu didalam surau tersebut utk mendapat pahala dan untuk meluruskan tulang belakang (masa ni tak de niat nak tidur) ....walaupun hakikat sebenarnya iktikaf ni hanya org buat dimasjid...tidak mengapa...masjid atau surau sama sahaja, asalkan bangun sebelum jemaah subuh sampai..... aku berganjak sedikit kira kira 4 meter dan baring terlentang ..uhhhh..sedapnya bila tulang belakang ni bersentuh dgn karpet hijau tsbt..rasa mcm lurus..padahal tak de la lurus mana pun...... ....kepala kami mengahadap kiblat dan kaki kami menghadap ke gereja....sebelah kiri aku nazim dan sebelah kanan aku rumah pak guard yg kadang2 strict kadang2 tidak....dan bersebelahan dengan jalan tun sambathan..... aku cuba pejamkan mata dan menuju ke alam minda separa sedar....tetapi tidak berjaya...ku cuba dan kucuba...masih tidak berjaya...masa ini, aku menyanyi2 kecil...nasyid raihan....terasa sunggh lama, rasanya macam dah satu album aku dah nyanyi..tapi bila tengok jam....baru 5 minit jangkamasanya...mmm...mungkin tiada sejadah,,ya...mungkin aku perlukan sejadah....kata orang byk berkatnya sejadah ni,....aku pun bingkas menuju kebelakang surau, berhampiran pintu masuk...kucapai satu..alhamdulillah...tebal dan cantik..sangatlah sesuai utk dijadikan lapik kepala a.k.a as bantal..aku terus ke tempat pembaringan tadi..ya..tak salah lagi....belum habis separuh masa pertama aku berzikir dan berzikir...aku terasa mengantuk....dan terus tertidur.......walaupun pada pandangan umum mmg tak berapa elok tidur dalam surau ni....tapi kami berdua ibarat ashabul kahfi..lari dari kezaliman pemerintahan tellabs dan apex dan keluar utk semayang isyak demi menyelamat dan mengekalkan iman....cuma bezanya diorang tidur dalam gua dan ada anjing....kami tidur dalam surau dan ada tahi kucing kat luar... ok..sampai part ni...aku dah lupa pukul berapa aku bangun dan pukul berapa server tu siap...(nazim, kalau ko ingat, ko boleh update sikit part ni..)..tapi, beberapa tahun telah berlalu sejak ketiduran dua pemuda ini...timbullah satu cerita dari nazim...masa aku dah tertidur tu, kira2 dalam 15 minit lepas aku tidur..nazim dengar aku menyanyi...kuat......mmg pelik....aku pun tak paham fenomena dimana dia tak memberitahu kat aku semasa hari kejadian atau sehari selepas itu...tapi mengambil masa yg agak lama utk cerita...berahsia juga rupanya en. nazim ni.....tapi mmg betul...aku mmg ingat aku lelap...mcm mana dia dengar aku nyanyi,...aku pun tak tahu...menurut nazim, ianya memang suara aku dan bukan suara pak guard atau paderi gereja sebelah....well..hal ini masih menjadi misteri kepada aku....sejak diberitahu akan hal itu...aku rajin2 mendekatkan diri aku ke karaoke di empire tower . ini adalah untuk mengelakkan aku menyanyi ketika tidur, so aku terpaksalah menyanyi ketika sedar....

TAMMAT

note : dihasilkan pada 16 Julai 2008...masa tgh tunggu activity rehoming kat Hexagone, Haiti....

Wednesday 13 August 2008

2 EKOR HANTU DI DALAM SURAU BRF (EP 2)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

sambungan........episod 2....(flasback episod 1)...setelah beberapa dugaan dihadapi dgn perasaan yg bercampur antara tenang, gelabah, sejuk, takut dan mengantuk...akhirnya sampailah kami berdua di hadapan cafe BRF. tiba - tiba.... ...tiba - tiba aku terasa bahawa kali ini, cafe ini sungguh berbeza..sungguh terasa kelainannya...ah..masa kan naku tidak perasan akan kelainan ini sedangkan biasanya memang aku akan menikmati sarapan disini..(sarapan 2nd round..padahal 1st round dah makan dah kat tempat lain..saje buang masa)....kufikir2..kuperiksa2..ahh..patutlah lain sekali....tiada pelanggan rupanya...yg ada hanyalah cicitan tikus yg berkejar kejaran mendapatkan tepung roti canai yg disediakan utk dimasak kepada pelanggan yg datang bersarapan pagi esok....dengan langkah yang cermat, kami menuju kekiri bangunan separa cafe separa surau tersebut.....menyusuri longkang yang kering tidak berair menuju kebahagian belakang.....sesampai sahaja di belakang, belum sempat kaki memijak anak tangga pertama menuju ketingkat atas..tiba2 aku terbau satu bau yg amat busuk...tetapi arus theta yg mula mahu merusuk tunjang minda aku segera ditangkis oleh arus betha....maka dengan ketenangan yg hadir, aku tak terfikir yg bukan - bukan selain dari bau - bauan busuk itu datangnya dari longgokkan sampah dan tandas yang ternganga pintunya....tambahan pula siang tadi aku ternampak ada lubang jamban yg bertakung dgn bahan separa pepejal yg terampai dan berwarna emas kekusaman........sah...nasib baik aku juga tidak menambahkan pelaburan aku siang tadi...kami menapak anak tangga kayu tersebut langkah demi langkah...akhirnya..sampailah kami di atas...ahh..bau lagi...kali ini bau bahan separa pepejal ini memang kuat kerana ianya tidak teramapai...sebaliknya terbiar kering di sebalik pintu surau tersebut...mahu saja aku menerajang kucing yg menjadi producer kepada bau busuk kedua ini...tapi apakan daya..pemilik najis ini hanya meninggalkan baunya sahaja....sebelum aku membuka pintu surau..sempat aku membaca notis yg terlekat dipintu tsbt..."sila tutup pintu dan jangan biarkan kucing masuk" (lebih kurang mcm ni la bunyi notis tu..kalau salah betulkan )....ketika ini, terus aku terfikir sejenak....1...adakah kucing ini pandai membaca?..sbbnya adalah production dibelakang pintu itu sebagai tanda protes tak boleh masuk....2...nyata kucing yg tak berkopiah ni tabah dan maintain dalam mengajar org berkopiah utk menyelesaikan masalah bau dan kebersihan...3...mungkinkah hal yg sama seperti ini berlaku di gereja bersebelahan?...ahh..kubiarkan sahaja jawapan itu tergantung (dan sehingga saat ini masih tergantung) ...lantas, tanpa membuang masa..dgn badan aku diluar dan hanya tangan meraba2 masuk kedalam ruangan ambil wuduk mencari suis lampu (ssb takut la ni..heheh)...akhirnya berjaya juga kegelapan tadi menemui sinarnya....benda pertama sekali yg aku cari sesudah menemui sinar itu adalah najis tadi....segera aku lemparkan najis itu kebawah....terfikir aku disaat itu...ya..itulah simboliknya pada kehidupan..apabila sinar hidayah ditemui, pembersihan diri adalah yg pertama2 mesti dilaksanakan....selepas membuang najis tadi, kami tak mahu membuang masa pula..kami berwuduk....aku memerhatikan nazim berwuduk..dia yg lebih dulu berwuduk...ia, mungkin sinonimnya dia yg lebih dahulu dapat pahala...tapi aku lebih suka berwuduk perlahan2 dgn khusyuk dan dgn sedikit toma'ninah...bukan sebab pahala, bukan juga nak dikatakan sbb ikhlas...tapi semata2 sbb nak biarkan nazim habis dulu...jadi dialah yg akan masuk dulu ke surau dan mencari suis lampu....aku sebenarnya agak cuak nak masuk surau masa gelap2 ni....Nyata nazim melaksanakan tugas menyalakan lampu dgn jayanya.semua suis lampu dibuka dan ironiknya tak semua lampu menyala...ini bukan magic dari nazim..tapi magic datangnya dari org yg menguruskan surau tersebut...beberapa lampu terkedip kedip ibarat menuggu waktu persaraannya seperti rakan kalimantang lain yg berwarna kehitaman dikedua2 pangkalnya...apabila lampu ini sudah tidak menyala, ianya akan dibuang, tetapi tidak bermakna jasanya terputus disitu sahaja...malah ianya boleh direcyle, setidak2nya kacannya itu.....hati kecil aku berkata2..alangkah baiknya manusia2 yg menggunakan atau menguruskan surau ini , apabila masti, dapat meneruskan jasanya seperti mana kalimantang tadi.... Nazim pergi mengambil sejadah sementara aku mencuba2 mikrofon yg tidak kutahu kenapa aku mencubanya...tiba2 entah mcm mana terkeluar juga bunyi dari mikrofon ini...ahh...bagaimana ini bisa terjadi?...oh..rupanya nazim memberitahu aku dia ada mencuba2 amplifier yg terletak disudut kiri bahagian hadapan surau tersebut...aku menutup kembali mikrofon tsbt sebab entah mengapa tiba2 macam ada sedikit mesyuarat antara kami......ya..mesyuarat utk siapa jadi imam..."kau la..".."alah...kau la"..."kau la..."...walaupun ini sahaja ayat yg berulang2 antara kami, mesyuarat itu berjaya menemui titik akhirnya setelah berlangsung selama 1 minit setengah...titik akhir tidak bermakna adanya penyelesaian siapa yg menjadi imam.akhirnya, kami sembayang sendiri2 walaupun kiblat kami sama... Selesai sahaja aku sembahyang, aku lihat nazim masih lagi sujud dan berada di rakaat ke tiga (sbb lepas tu dia bangun utk satu rakaat lagi)...sebelum aku berdoa dalam hati, hati aku cepat berkata "uhhh..nasib baik tak berimamkan maamt ni..kalau tak lambat aku habis"...ya..adil ..mmg adil...nazim adalah pemenang acara wuduk dan aku pemenang acara solat isyak individu...selesai berdoa, terasa seperti mahu membaca quran....sesetengah quran itu terlalu serabut susunannya diselang seli dengan buku2 agama dan buku hadis....tetapi kebanyakannya masih cantik, baru dan tersusun.ya ...cantik disusun.aku berjalan menuju rak buku tersebut....langkah dan melangkah........agak berat......dapatkah aku sampai???

...bersambung episod ke-tiga

note : dihasilkan pada 17 Julai 2008...masa tgh break activity rehoming kat Hexagone, Haiti....

Tuesday 12 August 2008

2 EKOR HANTU DI DALAM SURAU BRF (EP 1)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

pasal surau BRF ni...al kisahnya suatu malam masa tgh buat upgrade server kalau tak silap aku....jam pada ketika itu, sudah menunjukkan pukul 2 pagi...Dikesejukan malam itu disebabkan aircond bilik server...tiba2 sesudah aku balik dari kencing (mmg asyik nak terkencing aje kalau dok bilik server yg sejuk ni...) ..tiba2 entah dari mana datanglah keinsafan dari mamat berbukulali besi..mengajak aku semayang isyak...dalam hati aku berkata..."apa harammm nak semayang isyak...aku dari subuh tadi tak semayang tiba2 pulak nak semayang isyak".... tapi mengenangkan member yg masih ketraumaan dan keinsafan akan eksiden dibawah jambatan mrr2 ampang tersebut...maka dgn hati yg tidak ikhlas aku pun menjawab "gua tara hal.."maka kami berdua terus menuju kesurau tersebut, yang letaknya diatas kedai makan....suasana pada pagi tersebut sungguh syahdu apabila kedengaran jeritan cengkerik bersulam dengan ciutan cicak , dan ngorokkan katak yg seperti subwoofer bass..dan juga lolongan anjing yg baru habis beromen ...semua bunyian ini teradun menjadi sebuah irama sedih yg seolah2 menceritakan akan keperitan hidup penghuni Kuala Lumpur yg terpaksa bersengkang mata di malam itu...Kegelapan malam tidak memberi simpati pada kami... gelitanya malam itu ibarat kicap yang tertumpah diatas sos tiram dan diletakkan diatas jalan tar....hingga melihatkan tangan sendiri juga tidak termampu.....akhirnya, nur keimanan yg berbekal dihati kami akhirnya berjaya mengalahkan kegelapan malam itu dan selamatlah kami sampai di surau berkenaan....tiba - tiba....jengjengjeng....

note : dihasilkan pada 16 Julai 2008...masa tgh tunggu activity rehoming kat Hexagone, Haiti....

Monday 11 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 8) - bahagian akhir

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD 8...(episod terakhir).. Fikiran2 mengenai pokok kaktus shahnaz dan radio tony madi adalah informasi2 akhir yg menggerakkan dendrit didalam neuron2 otak aku sebelum aku terlena sebentar diatas kerusi empuk pemberian ikhlas dari APEX kepada TM.Sesedar shj, matahari sudah menampakkan sinar cemerlangnya.Dikejauhan kelihatan Menara TM yang berbentuk rebung yg memang takkan boleh dilentur.Jalan Tun Perak seperti biasa telah disesakkan oleh warga kota kelas pertengahan. Aku hanya mampu beristighfar sambil menggeleng2kan kepala beberapa kali sambil mulut mengeluh kecil memohon ampun kepada yg esa kerana tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab solat subuh kepadanya. Belum sempat aku mencuci taik mata, telingaku menangkap gelombang suara yg memang ku kenal.Suara tuan besar M. Disebabkan mengantuk dan letih, aku tidak terpanggil untuk memperjelaskan akan situasi sebenar masalah itu. Memang ada sesetengah pelanggan masih menghadapi masalah, tetapi hanya 20% sahaja. Bagi tuan besar M, 20% itu adalah banyak dan mempengaruhi prestasinya serta memberi kesan kepada kredibiliti TM. Padaku, 20% atau berapa peratus sekalipun sudah tidak aku hiraukan. Kemarahan pelanggan padaku kerana gagal menyelesaikan masalah ini adalah seperti hama jika hendak dibandingkan dengan kekesalanku pada diri sendiri kerana tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab subuh diawal pagi. Aku melihat kredibilitiku sebagai penjilat wang melebihi dari pembina dan pemuliahara tiang agama. "Macam mana ni Pul? bila boleh settle?" tanya tuan besar M."Kejap lagi settle la ni. Sikit aje lagi" aku menjawab sambil mataku fokus pada skrin komputer."Kejap lagi tu bila?" "Lagi 30 minit""Apasal 30 minit? Kau tak panggil Tellabs ke? Diorang tak tolong ke? Kenapa Tellabs tak datang?"Inilah antara dialog tuan besar M. Aku rasa dia tengah menghafal skrip dan yg peliknya macam baghal sangatlah dia ni, sbb mcm tak de skrip lain...balik2 bila datang jumpa aku, soalan2 ini sahaja yg dia tanya. Tapi aku tak de la sebodoh dia memberi jawapan yg sama jugak. Walaupun aku menipu, aku tahu jugak erti kebosanan memberi alasan dan penipuan yg sama sepanjang masa. Setelah hampir 6 kali keluar masuk menemui aku, akhirnya tuan besar M menghantar dayangnya yg kurus dan bercermin mata. Soalan yang sama dari mulut yg berlainan. Suara yg halus seakan2 nyamuk kelaparan menambahkan keserabutan. Aku membaca surah Al-Ikhlas didalam hati untuk memberitahu diri sendiri supaya tetap dalam kesabaran. "Ezlyn, saya tengah troubleshoot lagi. Nanti dah siap kejap lagi saya bagitahu awak ye" itulah jawapan manis terakhir.Sedang aku khusyuk mencuba dan terus bekerja, akhirnya tuan besar M masuk.Kali ini dia sudah tidak sanggup membodohkan dirinya mengusulkan soalan2 yg sama.Tetapi dia berbual2 bersama dengan dayangnya dan beberapa hulubalang2 dan jembalang2 yg lain.Pada masa inilah aku berulang kali mendengar..."Apasal Tellabs tak datang ni....?".."Eh..kau pergi call Tellabs suruh diorang datang...Apex mana boleh buat kerja ni" tuan besar M berkata"Tuan, saya dah call tadi. Tellabs cakap diorang tgh on the way" jawab jembalang tuan besar M bernama 'Eh'.Selang beberapa minit setelah seorang hulubalang menerangkan kisah teknikal masalah ini, Tuan besar M menanyakan soalan yg sama juga cuma diubah sedikit beberapa perkataan...."Apasal Tellabs tak sampai lagi ni....?".."Eh..kau pergi call Tellabs tanya diorang kat mana...Apex mana boleh buat kerja ni""Okay tuan, saya call sekarang" jawab hulubalang tadi, yg juga benama 'Eh".Datang seorang lagi hulubalang TM berbangsa jawa. Mereka berbincang lagi. Kali ini mengenai impak pada pelanggan / customer kerana hulubalang jawa ini memang mahir berkata2, fasih berbahasa melayu dan menjalankan kerja2 marketing."Mana Tellabs ni....?".."Eh..kau pergi call Tellabs tanya...Apex mana boleh buat kerja ni" tuan besar M berkata lagi."Baiklah bos" jawab hulubalang jawa bernama 'Eh' tadi.Setakat ini, sudah 3 org staff TM bernama Eh menelefon Tellabs.Untuk mengelakkan aku menjadi Eh juga dan mengelakkan daripada panas telinga mendengar ayat Apex tak boleh buat kerja, maka aku pun menelefon Tellabs (kalau tak silap aku madi).Tapi aku tujuan aku menelefonnya bukanlah untuk memaksa dia datang, tetapi hanya untuk 2 perkara.1) untuk menjelaskan secara teknikal apa yg aku dah buat dan sampai mana penyelesaian akan permasalahan ini.2) untuk memberitahu aku nak blah sbb telinga aku dah panas dan jam juga sudah menunjukkan pukul 10. Sebaik sahaja ganggang telefon diletakkan, masa yg aku nanti nantikan tiba.Entah macam mana tuan besar M yg tadi berbual2 dgn hulubalang2nya dipinggir pintu antara bilik server Tellabs dan Marconi tiba2 kini merapatkan lokasi perhimpunan kecil itu.Kini mereka berada dibelakangku. Dan ayat terakhir pada ketika itu yg kudengar adalah "Apex mana boleh buat benda ni...".Inilah kata2 titik pengubah (turning point) yg menjadikan aku bersemangat seperti jembalang puaka. Semangatku tiba2 membara. Badan ku tiba2 rasa mengembang dan menggeletar. Aku tidak dapat lagi menahan getaran2 halus naluri dan tubuhku lantas terus bangun dan terus berkata pada tuan besar M"Kalau dah tak mahu saya settlekan benda ni, tak payah cakap belakang2. Bagitahu je terus jadi saya boleh blah dari sini" inilah kata2 yg tiba2 terpancul."Eh Pul...janganlah macam ni. Aku bukan kata kat engkau. Aku cuma nak Tellabs datang tolong aje..." tuan besar M cuba memujuk dgn suara yg perlahan dan lembut.Aku memandang tuan besar M seketika dengan perasaan penuh serabut, tension dan muka yg berkerut."Janganlah macam ni Pul. Alaaa...aku bukannya mengata engkau..."Sambil mengemas barang2 dan memasukkan laptop kedalam beg, aku berkata sendiri didalam hati "Mamat ni cuba nak buat karangan pulak pujuk2 aku. Pergi mampus sama dia" Akhirnya aku langsung tidak menghiraukan tuan besar M. Suasana agak kalut ketika itu.Aku yg tadinya dimarahi kini memarahi. Aku yang tadinya dibenci kini membenci. Dan tuan besar M yg memujuk tetap aku tinggalkan tanpa memberi apa2 ucapan. Aku terus bergegas ke lif dan menekan butang menuju kebawah. Pintu lif terbuka sepertimana terbukanya peluang untuk aku dibuang kerja selepas ini. Aku masuk, dan sebaik sahaja pintu lif tertutup menuju ketingkat 1, masalah2 teknikal dan masalah dengan tuan M kutinggalkan di tingkat 10. Aku terus menuju kepondok pengawal untuk menulis waktu keluar dan setelah itu berjalan menuju ke kereta kancil yg diletakkan dihadapan bangunan TM JRC yg lama. Masuk sahaja kedalam kereta dan menghidupkan enjin, aku terpandang kepada jam di dashboard yg menunjukkan pukul 8:40 pagi."Ah..mcm mana boleh aku turun cepat macam ni?..tadi kan pukul 10?..." aku mengeluh sendiri.Nyata penipuan jam ajaib ditingkat 10 tadi turut menyumbang kepada perasaan letih dan pemberontakkan kepada tuan besar M.Aku membawa kereta keluar, tetapi fikiranku masih terfikir2 lagi.."Sial la..kalau aku tahu belum pukul 9, baik aku stay kejap lagi tadi..." kesalku sendirian sambil memandang cermin sisi..kemudian cermin ditengah bagi melihat keadaan kereta dibelakang. Baru aku sedar, cermin2 yg disediakan untuk pandang kebelakang adalah lebih kecil dan sedikit berbanding dengan ruang pandangan hadapan, yg juga bercermin. Aku harus melihat dan memikirkan masa lepas yg lampau, tetapi hanyalah sekali sekala dan hanyalah sebagai panduan untuk terus maju kehadapan.Dan dengan ini, aku terus meluru laju, memikirkan masa hadapan yg lebih luas, jauh dan lebih besar. TAMMAT.... conclusionnya...aku balik ni....bukan sbb aku bengang dgn sesiapa...yg sebenar2nya sbb aku ngantuk...yg aku marah kat tuan besar M tu sebenarnya didorong oleh rasa ngantuk ..bukannya rasa marah...

ditulis pada 29 ogos 2008

Sunday 10 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 7)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD 7...
Belum pun 1 minit bercakap ditelefon, aku sudah merasakan kepanasan."Apa masalahnya ni Pul?" tanya Tuan besar M."Masalah pada kad GMX tuan. Dia reset sendiri dan software terus downgrade""Kenapa jadi macam tu?""Saya tidak tahu tuan, kami sedang troubleshoot""Macam mana boleh tak tahu?" tanya Tuan besar M lagi dalam nada ygmeniggi sedikit.Aku tahu, pada ketika ini Tuan besar M meminta aku menjawab "Sebabsaya tak tahu buat dan saya bodoh tuan".Tetapi aku tidak tunduk pada kehendak Tuan besar M. Dia boleh berkataapa sahaja yang dia mahu, tetapi tiada apa yg dapat menandingikeyakinan diriku pada anugerah Tuhan yg bernama usaha dan akal. Akucuba memikirkan apakah jawapan yg terbaik dan sesopan mungkin."Saya tak tahu sebab belum pernah jadi macam ni tuan. Saya dah reportpada Tellabs dan diorang pun tengah tengok masalah ni""Betul ke kau report? Sekarang ni diorang kat mana?""Betul tuan. Diorang ada di site dan ada juga engineer dari Singaporetengah tolong tuan""Berapa lama lagi ni boleh settle ni? Ni dah 6 jam dah ni" suarapertanyaan Tuan besar M kali ini makin tinggi dan kadang2 sepertimerengek macam mahu menangis."Lagi 1 jam tuan" aku menjawab dengan penuh yakin. Apa lagi yg dapatkuberikan selain dari ucapan penyedap hati."Kau make sure dalam 1 jam. Nanti bagi report pada Azmi""Baik tuan" aku menjawab ringkas sambil menghela nafas lega apabilaTuan besar M meletakkan ganggang.
Sebaik sahaja ganggang diletakkan, pundi kencingku kembali sakit. Akubergegas kembali keluar dari bilik FM.Aku menuruni 14 anak tangga untuk ke tandas lelaki. Atas alasanmenjimatkan kos bagi membolehkan TM dan anak syarikatnya TMnet menajasiti nurhaliza, tandas itu dikongsikan oleh staf tingkat 10 dan staftingkat 9. Aku berhenti seketika dihadapan bekas pembuangan habukrokok dan melipat kaki seluar hingga ke paras lutut. Selepas membacadoa masuk tandas, aku melangkah masuk dengan kaki kiri. Aku berjalandengan perlahan dan berjengket menuju ke bilik kecil disebelah hujungkanan tandas itu. Nasib ku agak baik kerana keadaan didalam bilikkecil itu tidak dinaiki air dan banjir seperti ruang kencing berdiridan kawasan dihadapan sinki. Selepas menunaikan qada' hajat, akumembasuh tangan di sinki paling kanan yg mengalirkan air yg tidakputus-putus seolah2 seperti mata air. Sambil melihat cermin, akuterpandang akan papantanda yg menjadi kawan kepada bekas habuk rokoktadi. " KOKOREM GNARALID"..itulah yg kunampak melalui imej pantulandari papantanda itu. Disebabkan tidak reti bahasa akan papantanda ygkubaca tadi, aku pun menyalakan sebatang rokok yg sudah masuk angin ygmemang kusimpan dalam baju jaket kulit sebagai stok kecemasan.
Didalam perjalanan balik menuju kebilik server, Jimi menahan aku lagi.Kusangka Tuan besar M mahu bercakap lagi, tetapi jimi menayakan samadaaku mempunyai rokok ataupun tidak. Jimi juga sempat memberitahu padakubahawa Tuan besar M marah dan memaki hamun padanya. Dan ada jugamemaki hamun serta memperlekeh - lekehkan aku. Aku tidak patahsemangat. . Tersebut sebuah kisah sebelum Thalut menentang Jalut,beliau juga dimaki hamun dan diperlekehkan oleh pembesar-pembesaryahudi. Thalut tidak membalas dan tidak ambil peduli kerana sedarperjuangannya adalah utk menentang Jalut. Peperangan dan bertekakdengan pembesar pembesar tadi adalah sia - sia sahaja. Aku jugabegitu. Perjuangan ku ketika ini ialah untuk menyelesaikan masalahVADS. bukannya menyelesaikan masalah mental rengekekan Tuan besar M.
Setelah mencuba dan terus mencuba, akhirnya bantuan dari singapore punmenelefon dan menyuruh aku mencuba skrip isql. kali pertama mencubaskrip tubuslocation ini, tidak menampakkan kejayaan. Hampir sahajaianya menjadi butuslocation. Kali kedua, setelah dibantu oleh adinordan pakar2 Tellabs, akhirnya isql skrip dan turbo clean itumenampakkan hasilnya. Aku gembira walaupun agak mengantuk dan laparpada ketika ini. Terkadang2 semasa menuggu jawapan dan maklumbalasdari site, aku berdoa untuk GMX itu mengambil masa yg lama utk normalsetelah direset. Walaubagaimanapun, tidur yg nenyak selama 16 minitketika GMX sedang reboot sudah mencukupi kerana aku biasa berlatihuntuk tidur sekejap begini semasa kem qiamullail.
Jimi masuk lagi. Dia memberitahu ada talian yg sudah baik danberfungsi seperti biasa. Tetapi hanya 20% sahaja. Aku gembirabercampur sedih. Aku terus menumpukan perhatian untuk membetulkan baki80% perkhidmatan yg terjejas itu. Sambil menuggu dan mencari2 linkterbabit, aku berdiri sebentar untuk menggeliat , meluruskan badan danmenghilangkan sedikit penat, mengantuk dan kebosanan. Aku berjalan -jalan sebentar menuju ke rostrum PA system yg berwarna hitam letaknyadisebelah pintu yg menjadi sempadan antara bilik server Tellabs danMarconi.Setelah memegang2 bunga plastik kepunyaan Cik Hapsah yg terletakdiatas PA system itu, aku kembali menuju ke workstation. Tiba2 akuterhenti di kabinet paling akhir letaknya bersebelahan dengan serverSun. Pandanganku tertarik dengan satu instrument muzik peninggalanseorang pakar Tellabs. Agak antik instument muzik ini kerana ianyakelihatan seperti lama wlaaupun belum sampai 10 tahun dibeli. Akumembuka pintu kabinet dan membelek2 instrument muzik itu. Nyata ianyamemang antik kerana sebelum wujudnya Sony, instrumen yg bernama Tonyini sudah mula dicipta dahulu. Sayangnya kerana terlalu antik, alatmuzik ini hanya dapat digunakan selama 3 jam sahaja kerana selapastempoh itu, ia cuba memerangkap gelombang2 radio dari Thailand,Indonesia dan Hong Kong. (masa last aku blah dari JRC, July 2008, alatmuzik ni masih ada lagi dalam kabinet tu. Aku rasa boleh la lepas nipindahkan kasik letak kat muzium telekom sebelah)

...bersambung di Episod ke8...

ditulis pada 7 ogos 2008

Saturday 9 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 6)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD 6...
Adinor baru habis sembahyang. Dia kemudiannya memeriksa node VADS ygbermasalah itu. Menurut Adinor, beberapa pakar DXX yg terunggul dariibupejabat utama Tellabs Amcorp Mall juga sedang dalam perjalananuntuk menyertai qiamulalil di VADS ini. Sementara menunggu Adinor, akumembuka 2 bilah tingkap dikananku untuk menstabilkan suhu bilik serveritu. Sambil itu aku meninjau seketika Jalan Raja Chulan. Hanyakelihatan 3 buah kenderaan sedang dipandu perlahan. Sungguh tenangkeadaan jalan itu. Berbeza sungguh dengan keadaan otak dan hati ku.Disudut kiri tingkap, kelihatan sebuah pasu plastik kecil yg dihunioleh pokok kaktus kecil yg hampir kering. Sejak pemilik pasu iniberpindah ke sarawak, kaktus ini seperti makin tidak bermaya untukmeneruskan kehidupan.Sudah 30 minit aku menunggu adinor.masih jugatiada maklum balas darinya. "Biasanya dia tidak bekerja selambatbegini. Apa masalah kali ini agaknya?"..aku berbisik didalm hati.Aku mencapai ganggang telefon diatas meja dan terus mendail."Adinor. Macam mana?" aku bertanya"Alamak..nanti jap la pul..""Kenapa slow ? Ada masaalah ke?""Alaa pul..kesian la kat aku..bagi la aku masa sikit..dulu memanglahaku laju buat kerja, tapi sekarang keupayaan aku dah kurang sikit"Adinor menjelaskan"Oklah..aku faham..sorry ye..nanti bila kau dah dapat apa2 result, kaucall aku balik"...aku membalas dengan nada yg agak sedih keranaterlanjur bertanya tentang kelajuan kerja adinor tadi. "Ahh..tak pelah..raya nanti aku mintak maaf ajelah..apa susah..tapi kali ni kenahulur 8 jari la..bukan 10..hehehhe"..aku berkata - kata untukmenyedapkan hati sendiri.
Setelah beberapa siri pencarian masalah (troubleshoot) dilakukan, nodeini masih menunjukkan sikapnya yg degil untuk bekerja pada keadaannormal. Sudah 2 kali GMX ditukar. Reset SCU juga telah dilakukan. Unitsoftware juga telah diupgrade. Banyak kali juga telah direset kadtersebut. GMX ini masih juga tidak OK. Dari NMS, aku melihat kadang2node ini boleh diakses dan kadang - kadang tidak. Apabila GMX inidalam keadaan mahu mengenal kembali dirinya (unit initialization),maka communication error akan berlaku. Aku lantas memberi idea padaAdinor untuk menyambungkan kabel 2MB dari node berhampiran. Setelahberjaya, aku menarik nafas separuh lega. Komunikasi antara node danNMS sudah stabil menggunakan sambungan 2MB ini. Kalau aku beradadihadapan adinor pada ketika itu, sudah pasti aku memberi High 5...ataupun High 3 pada dia tanda tahniah dan gembira.
Kini jam sudah menunjukkan pukul 12. Aku sudah tidak ingat berapa kalijimi sudah masuk mengambil kenyataa dan menuliskannya didalam buku logbesar berkulit tebal bersaiz A4. Pencatat TM itu tidak jemu2 menulishasil penipuan aku pada malam itu. Aku bertambah risau. Denganperasaan yg tersepit, aku berdoa kepada Allah supaya menurunkanbantuanNya. Alhamdulillah, tak sampai 1 minit, doaku dimakbulkan.Pakar Tellabs telah sampai. Tetapi aku masih belum lega. Setelahmemberitahu dan meminta izin dari pakar Tellabs yg terhormat itu tadi,lantas aku bergegas keluar sebentar dari bilik server itu untuk menujuke tingkat 9 setengah bagi mendapatkan kelegaan. Didalam perjalanan,jimi menahan aku dan menyuruh aku bercakap dengan seorang pembesar TMbernama Tuan M. Beberapa ketika, aku yang tadinya kesejukan kiniberasa agak panas...
kenapa aku panas?...apakah disebabkan perbualan?

...bersambung di Episod ke7 ...

note : ditulis pada 6 ogos 2008

Friday 8 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 5)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD 5...
Kelibat manusia seakan2 gempal terbentuk dicermin pintu masuk ke bilikFM akibat refleksi cahaya. Aku menunggu - nuggu sebentar. Rupa -rupanya mmg manusia gempal yg keluar. "Pu...oohh..baru sampapu...tunggu kejap pu. nanti aku datang. Nok gi semayang ni." katapemuda yang terkenal itu kepadaku. Memang pada saat ini aku lihatkeadaan diantara lobby, pintu masuk bilik FM dan lorong diantara bilikgeng dan bilik ghafur meriah dengan manusia2 yg mengambil kesempatanmasa diskaun solat diakhir waktu. Iaitu solat maghrib dan lepas itutunggu dalam 3 minit, terus solat isyak. Bunyi - bunyi selipar getahyg bergesel dengan kaki yg basah mengalunkan nada pengharapanahli-ahli ibadat ini supaya masa dilambatkan sedikit agar masih sempatuntuk menunaikan tanggungjawab individu.
Aku melangkah masuk kebilik FM untuk menunaikan tanggungjawab terhadapmasyarakat malaysia.Selepas mendaki bukit kecil 45 darjah dan sampaidi atas raised floor bilik FM, aku membelok kekanan berjalan melaluilebuhraya utama yg telah membahagikan bilik itu kepada 2 bahagian dgnadil. Dihadapan terdapat skrin dengan beberapa bahagian yang gelap dantidak berfungsi. Paparan di skrin gergasi ini sangat menyentuh hatikupada ketika itu kerana ternyata hanya circuit dan pelanggan Tellabssahaja yang tersenarai didalam list trouble ticket. Tanpa berlengahaku dengan pantas berjalan dan terus berjalan hingga tiba - tibapandangan ku jadi gelap seperti aku sedang pitam. Aku cuba mengawalkeadaan, meraba - raba dan memegang - megang dinding. Mujur kepalatidak pening, jadi dapatlah aku mengelakkan diri dari rebah dantumbang. Akhirnya aku berjaya mengeluarkan diri dari alam kegelapanseolah2 alam kejahilan itu dan kini berada dibilik server marconi.Setelah melangkah dan mengelak beberapa baldi yg diletakkan untukmenadah air dari bumbung yg bocor dibilik tersebut, aku sampai dibilik server yg menempatkan server dan workstation Tellabs.
Setelah itu aku duduk sebentar mengambil nafas dan bertafakurmemikirkan nikmat tuhan memberi aku deria yg membolehkan aku merasaikesejukan. Tetapi apalah gunanya deria jika tidak digunakan padasaluran yg betul. Tanpa membuang masa, aku terus mencapai jaket kulityang memang menjadi penghuni tetap bilik tersebut untuk menyetujuinaluri deria rasa itu tadi.
Jam pada ketika ini menujukkan pukul 8:30 malam. Aku bangun danberpindah ketempat duduk dihadapan workstation Tellabs paling hujungberhampiran tingkap. Dibelakang punggung aku rasakan server Sunberwarna biru itu meraung - raung seolah - olah mahu menggigit danmemaksa aku menggantikan harddsiknya yg faulty. Aku menoleh kebelakangdan memerhatikan server itu seketika sambil berkata didalam hati "Tunggulah server..bukannya aku tak nak ganti atau follow up pasalharddisk kau tu..tetapi alasan untuk aku melengah - lengahkannya masihbanyak...tunggulah sampai aku habis rehat dan kehilangan modal untukmenipu...hehehe".........
Kepala ku berpaling kembali kehadapan. Setelah memasukkan username danpassword, aku terus mendabel klik application network editor (NWED).Dari window NWED ini, dari toolbox, aku memilih node manager. Akuterus menacapkan anak panah tetikus ke node VADS yg telah lamadimaklumkan kepada aku tentang permasalahannya. Objek node tersebut ygberbentuk segiempat tak sama terpapar, tetapi masih tidak menunjukkankad2 dan unit2nya. Dibahagaian tengah objek node ini muncul satu lagikotak dengan perkataan "Please wait...Reading HW : Subrackinventory..."..aku terus menunggu dengar penuh sabar. Akhirnya kotakditengah node tadi bertukar perkataanya menjadi "Communication Error".Aku tidak cemas. Aku membawa anak panah tetikus kepenjuru atas sebelahkiri node ini dan kemudian memilih redraw. Setelah 7 kali aku redrawdan masih juga communication error, aku merasakan sesuatu msalah ygagak kritikal mungkin telah terjadi. Kemudiannya history alam ku bukamelalui aplikasi Fault Management. Aku menumpukan kekuatan otak kiriuntuk menganalisa data dari history alam ini. Sambil itu, otak kananjuga sibuk mengimaginasi apakah cerita2 bohong yg meyakinkan untuk akujawab pada pembesar - pembesar TM jika masalah ini tidak selesai dalammasa 2 jam. Dari history alarm, node ini mempunyai masalah 'reset' dan'unit initialization'. Hal ini samada kerana kad ini mempunyai masalahpembuatan (manufacturing defect) atau menghadapi konflik keranaterlalu banyak cross connection. Jadi, apabila kedua - dua faktor inigagal dikawal, kad ini akan cuba mengembalikan keadaannya yg stabilpada masa yg lalu. Manusia juga begitu. Apabila gagal mengawal hatidan perasaan akibat konflik dan crisscrashcross of problem, sesetengahmanusia akan reset kepada pemikiran budak - budak yg belum mumayyizdan apabila initilization otaknya gagal, akan berlakulah communicationerror dengan pencipta.
Aku bertafakur sekali lagi dan kali ini cuba menggunakan minda separuhsedar untuk mencari2 idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.belum sempat mendapat mimpi, nama ku dipanggil oleh jimi ygkemudiannya meminta status terkini akan masalah node ini. Jimi berlalupergi setelah itu setelah berpuas hati dan faham akan peneranganku.Akudengan ikhlas berterima kasih kepada otak kanan ku yg masih belumkehausan idea utk menyedapkan hati pelanggan.
Aku sedar jawapan yg kuberi pada jimi bakal menjerut leher sendirikerana dia akan melaporkannya pada pembesar TM yg lain satu persatu.Menurut Adinor, dalam pukul 10 dia akan sampai. Sekarang , jam telahmenunjukkan pukul 10:01 malam. Aku segera menelefon Adinor untukmenanyakan mengenai keadaan disite. Setelah habis nada dering, akumendail lagi. Setelah kali ketiga mendail dan tidak diangkat, akumenarik nafas untuk meredakan kemarahan. Selang 5 minit kemudian,telefonku berbunyi dengan melodi seperti dari mesin kuda."Sorry la Pul..aku semayang tadi..""Apa? semayang...laa...kenapa lambat? kan elok kalau solat di awalwaktu"..aku membalas dengan kata2 nasihat yang terhasil dari mindatanpa sedar dan tak sedar diri.

bersambung di episod ke6.......

dihasilkan pada 5 ogos 2008

Thursday 7 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 4)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD4... "Mi , ko tengok mamat yg kerja buat renovation tu. Cilok karpet tu..." aku berkata pada norazmi sambil muka memandang pd brader tadi"Alah pol..bior le." itu sahaja yg aku dengar jwpn dari azmi"MMM..oklah" balasku Kami berjalan menuju ke lif yg terletak disebelah kiri kaunter.Kehadiran kaunter tersebut menjadikan kawasan selepas memasuki pintu itu kelihatan seperti lobby. Kaunter kayu yg teguh itu lebih kelihatan seperti kaunter berhantu kerana tiada manusia yg menunggu disitu. Jimi dgn cepat menekan butang lif yg beranak panah ke atas.Kami menuggu kedatangan gerabak lif ini.Di ubun2 Lif sebelah kanan menunjukkan dimana gerabaknya berada.sekarang ianya naik ke atas dan berhenti di tingkat 10.selang 10 saat kemudian, lif ini turun dan berhenti di tingkat 9.kemudian 8.kemudian 7. Kemudian aku perhatikan lif disebelah kiri. dari tingkat 4, gerabaknya terus menuju ke tingkat 10 dan berhenti. Itulah skill yg dipakai oleh staff tingkat 10.semata - mata kerana ingin mengambil lif sebelah kiri dan terus turun ke tempat letak kereta di ground floor, sanggup mereka menyeksa lif sebelah kanan dengan menekan butang 1 hingga 10. Yang peliknya, bila lif ni nak balas dendam, Nazim yg tak de kena mengena dgn skill butang 1 sampai 10 ni pulak yg jadik mangsa amukannya.
Akihirnya lif sebelah kiri yg baru sahaja sampai dari ground floor membuka pintunya.didalmnya sudah ada seorang warga TM memakai baju sejuk yg berlogokan penyu huruf TM dan jug apenyu jadian. Jimi masuk dahulu dan berdiri disebelah lelaki tersebut dan aku mengikuti. Sambil menunggu pintu tertutup, mataku melihat bilah dan menuggu - nunggu gerakan dari bilah pintu sebelah kiri. Sebaik sahaja ia bergerak, aku dapat melihat tulisan "MAHA" dan dibawahnya perkataan "BO". Tulisan dgn pen permenant marker berwarna merah ini agak manimbulkan teka teki.apa maksudnya ini? akhirnya, setelah pintu kanan dan pintu kiri bertemu sempurna, barulah teka - teki itu terjawab. "MAHATHIR" adalah perkataan di barisan pertama dan "BODO" adalah dibarisan kedua. Aku tersenyum dan kemudian tergelak sedikit. Pada aku , si penconteng ini adalah sgt kreaktif kerana dapat meghasilkan satu tulisan statik yg berjaya dianimasikan secara mekanikal. Dan perkataan yg dipilih , ditulis dan dipaparkan dengan penuh simetrik. 6 huruf dikiri dan 6 huruf dikanan. Kami bergerak naik. Lif berhenti di tingkat 4. Warga TM berbaju sejuk tadi keluar. Seterusnya lif terus mandaki dan akhirnya sampailah kami ketingkat 10. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku dapat merasakan sedikit udara sejuk. Aku keluar dan membelok ke kiri menuju ke pintu masuk. Pintu kaca ini telah menampakkan sedikit titik2 air yg halus. Pemegang pintu yg berwarna keemasan itu sungguh sejuk terasa bila kupegang utk membuka bilah disebelah kiri. Pengimbas kad yg mempunyai butang bernombor mengeluarkan bunyi yg merengek rengek seperti minta dikeluarkan dari TM bersama - sama dengan penyu jadian. Aku masuk dengan langkah kanan apabila teringatkan petua org tua tua yg sudah tua, tetapi yg mula2 terasa sejuk ialah muka ku. Tiba - tiba aku terasa agak kaget dan seperti tidak yakin dapat menyelesaikan masalah GMX ini. Biasanya aku tidak berpersaan begini. Kali ini amat berbeza sekali. Seperti dapat kujangka bahawa sesuatu yg tegang dan tidak baik akan berlaku. Walaupun begitu, berbantukan iman yg teguh, aku menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan...aku berjalan melintasi sofa coklat yg empuk dan juga bilik mesyuarat utama. Belum sempat aku masuk , aku terlihat kelibat manusia seperti mahu menuju keluar dari bilik FM tersebut. Hatiku agak berdebar. Siapa mamat ni? Myzilan ke? CEO TM ke?

..bersambung di episod ke5...

written on August 1st 2008

Wednesday 6 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 3)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD3...

flashback episod2...selepas menempuh jem, dan memerhatikan warga KL menikmati senja masing2, aku sampai dan memarking kereta di hadapan bangunan JRC lama.Bila nak masuk, tiba2 ada masalah di pondok pengawal...."Tok leh masuk!" , bentak seorang pengawal mahmud sekurity dari dalam."Kenapa tak boleh masuk? Apasal tak boleh masuk?" aku bertanya kembali dgn soalan beredundancy 1+1."APEX punya surat dah tamat tempoh!""Mana? tak nampak pun?" "Sini. Mari sini tengok!""Mana?Mana nampak dari tingkap kecik ni"Akhirnya pengawal itu dengan malasnya keluar dan membawa fail surat kebenaran tersebut.Di atas poket kiri pengawal ini tertulis tag nama "NAEMATUL". Gadis yg seusia dgn bangunan JRC lama itu pun membuka dan mencari2 surat kebenaran APEX. Sungguh uzur keadaan fail itu. Surat2 didalmnya juga kelihatan kehitam - hitaman ditumbuhi koloni koloni kulat yg sungguh mikroskopik. Dan aku percaya dengan baja bersin dari pengawal2 yg ada, koloni2 ini akan tetap subur dan membiak. "Ni. Tengok ni. Tarikh dah tamat semalam!" dia memberitahu bersungguh2."Tapi skrg ni emergency kak. Saya kena repair komputer kat atas tu" aku cuba menjelaskan pada pengawal tersebut. Memanglah aku menipu. tiada komputer yg rosak. tetapi aku memilih untuk mendapat dosa menipu daripada mendapat dosa membazirkan masa untuk menerangkan equipment2 dxx yg mmg dia tak pernah tahu sejak tadika. Walaupun menipu dan membazir adalah sama2 perangai syaitan, tetapi syaitan memilih utk menipu dahulu dan kemudiannya barulah membazir. Syaitan menipu adam utk mengeluarkannya dari syurga. dan kini aku menipu pengawal utk keluar dari kesilapan diri aku sendiri sebab semalam aku lupa submit borang kebenaran masuk itu pada ketua pengawal. "OK lah. biar saya call orang TM sekejap" aku berkata"Call la.kalau ketua pengawal bagi masuk, baru boleh masuk" kata pengawal tersebut dgn nada seperti perempuan yg kedatangan haid tanpa terduga."OK, kejap lagi dia turun"aku berkata ringkas dan terus memasukkan henpon kedalam poket seluar hadapan sebelah kanan.Pintu tingkat 1 bagunan TM yg bercermin gelap itu terbuka. Kelihatan seorang makhluk separa tinggi separa rendah berjalan2 menuju ke pondok pengawal.Rambutnya ikal.wajahnya mirip2 pak uda, tetapi dia lebih muda."Apa masaklahnye ni pol" kata pemuda ini dengan loghat perak yg memang sama mcm pak uda."Ko tanya la akak tu" aku membalas
kemudian aku melihat pemuda ini bercerita dan berbincang dengan pengawal perempuan tadi.sekali sekala kedengaran suara2 tinggi dan dijawab dgn suara2 yg berpitching tinggi juga dari kelompok manusia itu. Dua org pengawal lain kelihatan datang untuk menyertai muqabalah itu. Akhirnya muqabalah menjadi muzakarah dan mencapai kata sepakat."Jom" itu sahaja yg dikatakan padaku."Terima kasih mi..." itu sahaja yg mampu aku ucapkan pada pemuda ini yg telah menyelamatkan aku dari imaginasi2 ngeri diperiksa2 dan diraba2 oleh pengawal tersebut.Kami menuju ke pintu masuk. Aku terpandangkan ucapan "SE AMAT DATA G" yg berwarna tembaga keemasan tergantung didinding sebelah kanan pintu tersebut. seperti suhaizi, ucapan ini juga kehilangan L nya.dan huruf N kelihatan terjuntai2 meminta simpati utk dibetulkan.Aku membukakan pintu untuk Jimi dan mempersilakan dia masuk ke bangunan ofisnya sendiri. Sebaik sahaja masuk, disebelah kiri, aku ternampak beberapa pekerja masih berada diruang pejabat yg baru dibina. Ruang ini dahulunya adalah galeri yg menempatkan gambar agong dan bininya dan mahathir serta bininya.Inilah satu - satunya galeri yg aku pernah pegi dan hanya mempamerkan gambar agong dan bininya serta dua doktor laki bini. "Banyak kerja bang?" aku dgn ramah menyapa pekerja yg sedang menyiapkan office yg dulunya galeri agong itu."Ehh...tak de lah..dah nak balik ni..""Oh.patutlah kerja lambat dan jawab terketar2.rupa - rupanya cilok carpet galeri.Takut kantoi la ni" aku berkata didalam hati..

bersambung di episod ke4

written on July 31st 2008

Tuesday 5 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 2)

NOTES.....
(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

......EPISOD2
Flashback episod1.... setelah kaki hampir kejang akibat bermain dgn pedal minyak dan pedal brek di federal highway, akhirnya aku sampai dilampu isyarat persimpangan 5 jalan...Jalan Tun Perak,Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan TAR,Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen...bila lampu sudah hijau, aku masih tidak dapat meneruskan perjalanan....
"Apa masalahnya ni???..haram betul la polis ni. Bagi la belah ni jalan pulak"..begitulah bentak hatiku sendirian. Nyata keberkatan yang kononnya tadi dicedok sebentar ketika melalui masjid negara gagal menyelamatkan aku. Apalah ertinya keberkatan itu jika tidak disusuli dgn amalan soleh yg istiqamah."Pret pret..pret pret.." kebingitan bunyi ini tiba2 menganggu.nombor dgn pangkalnya 032020 terpancul dipaparan henpon......"Ah...tak sabar2 la org TM ni..nak cepatttt ajee" getus hatiku lantas menyilentkan henpon tsbt (silent mode).gelombang2 gsm seperti dapat aku perhatikan menusuk2 ke telepon.dalam hati aku berfikir..."mungkin org TM ni tgh menghayati nilai2 kristal diorang, tu sbb aktif follow up..tak pe..biarkan diorang cari kristal tu sampai jumpa...heheheh"..aku perhatikan iklan2 yg menghiasi tiang2 landasan lrt yg berada kira-kira 40 meter dihadapan.dari satu tiang ke satu tiang. barulah aku tersedar akan kehebatan kristal!siti penyanyi no1 malaysia,berjaya di pikat oleh TM utk sama2 membelanjakan wang keuntungan TM hasil dari penghayatan kristal.dan dengan adanya siti, TM dikenali sebagai pemimpin dalam semua peniagaan yg TM tawarkan, terutama sekali dalam perniagaan memajukan teknologi dan industri muziknegara...dan ini selaras dgn misi pertama TM..(note : org TM dan bekas org TM jgn marah aaa..hehehe)
Kulihat kembali henpon yg berada di tempat duduk penumpang hadapan.Lampu skrin henpon aku terkedip-kedip terkedip-kedip ibarat kelopak mata noramli yg terkebil - kebil dan terkedip-kedip bila disoal-soal oleh syafreda dalam meeting.Kali ini, skrin memaparkan nama pemanggilnya. "Suhaizi JRC"..itulah tulisan yg tertera. Aku jadi serba salah. akhirnya, setelah memikirkan bahawa suhaizi ini adalah downline aku dalam website menjana duit yg terulung iaitu 12dailypro, maka aku pun terpaksalah angkat...
"Pu.Pu..mana kau Pu...cepatlah Pu...ni mayzilan dah asyik dok call aku je ni..."soal suhaizi daud. Dalam hati aku menjawab..."Alahai mamat ni..mcm la baru hari ni mayzilan asyik dok call dia...man man laa...dah la panggil nama aku sleng kelantan tak de L kat blkg"..dengan penuh sifat kejujuran, aku menjelaskan koordinat dimana aku berada.tak sanggup aku nak berbohong dangan orang yg telah dibohongi oleh 12dailypro ni.sambil aku bercakap2, tiba2 polis didepan mengarahkan kereta2 dari jalan sultan hishamuddin untuk bergerak. Aku dgn sopan dan hormat memberitahu suhaizi aku kena letak talipon sbb ada polis kat depan. Aku teruskan perjalanan dgn membelok ke kanan mengambil jalan tun perak.jalan masih sesak.beberapa kanak2 bangladesh yg berwajah seakan - akan penumpang tempat duduk belakang kereta bentley milik apex kulihat sedang berlari2 anak masuk ke masjid jamek disebelah kanan.di sebelah kiri , seorang pemuda indonesia sedang membogelkan pisang dari kulitnya dan memberikan kepada rakannya yg sedang menggoreng pisang. sambil menggoreng, pemuda dalam usia 30-an itu memerhatikan kiri dan kanan dan selepas itu mengorek2 jerawat yg ada dipipi kirinya. Di atas kepala aku, deretan gerabak2 keretapi dengan ganasnya menenyeh landasan2 besi, menghasilkan bunyi yg amat moden sekali. Dibawah aku sungai gombak mengalir lesu seolah - olah tidak sanggup mahu bercampur dengan air dari sungai kelang yg nyata kotor, busuk dan bernoda. Nyata org gombak lebih teliti dalam hal2 alam sekitar.Kereta aku mengesot kehadapan sedikit. dihadapan kereta aku perhatikan keadaan jalanraya yg sebahagiannya telah dipancutkan dgn air sireh.seorang perempuan india tua sedang keluar membakar setanggi.bau setanggi yg cukup kuat memeningkan kepala aku.sesekali terasa macam ada 6 batang tangan tumbuh disebelah kanan kiri tubuhku dan belalai tumbuh dihidungku..."inilah masyarakat majmuk.alangkah baiknya kalau masyarakat ini majmuk, tetapi kekuatan akhlaknya satu?"..aku mengandai2 dan mengkhayal2 sendirian..sedar tidak sedar, aku sudah melintasi leboh ampang, jalan Tun HS Lee dan Jalan Hang Lekiu. Aku terus membelok ke kiri masuk ke Jalan Raja Chulan. Jalan sebelah kanan ku sesak teruk. Aku menunggu sebentar lampu isyarat selepas simpang ini.Dihadapan kulihat bangunan TM JRC yg bersebelahan dgn Muzium TM tersergam menanti untuk aku bekerja. Beberapa org kontraktor pada waktu itu sedang berkemas2 utk pulang kerana senja hampir menjelang tiba dan imam yg dalam perjalanan ke masjid jamek sempat menjeling kearah mereka. Seorang pekerja itu tersenyum puas memerhatikan hasil kerjanya memasang logo berlampu. Aku juga memerhatikan logo tersebut. "Memang cantik logo TM yg baru ini.Berkepala merah, berbadan oren. Seakan2 penyu jadian rupanya. Cuma penyu ni mcm nak keluar lari dari TM.Kenapa agaknya?" aku berkata2 sendiri sambil tersenyum.Aku sampai dihadapan gate TM JRC. Pengawal disitu sedang asyik mendengar radio dibawah bagunan lama itu. aku membunyikan hon. kali ketiga hon dibunyikan, barulah datang seorang pengawal yg kurus dgn lencana mahmud sekuriti membukakan gate sambil berkata ,"Sorry pul, tak dengo tadi". Aku menjawab ringkas "tak pe".Aku lantas meletakkan kenderaan kancilku disebelah sebuah kancil milik TM.Tanpa membuang masa, laptop dan fail2 yg aku pun tak tahu apa isinya kubawa.Sesampai sahaja di pondok pengawal, aku tidak dibenarkan masuk. "Tok leh masuk!" itulah kata2 yg keluar dari seorang pengawal perempuan dari dalam pondok itu....kenapa aku tak boleh masuk? siapakah pengawal tersebut yg tidak memberi aku masuk?siapa yg membantu aku dalam hal ini?....

bersambung di episod ke-3.....

written on July 27th 2008

Monday 4 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 1)

NOTES.....
(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

Kisah ini sebenarnya kisah silam. Aku pun sudah lupa tahun bila dan bulan bila ianya berlaku. Tetapi detik2 kenaikan suhu badan dan darah aku ketika itu masih tetap segar dalam ingatan. Kisah ini mendapat liputan yg agak meluas walaupun youtube masih belum wujud.blog juga masih belum masyur. Setelah kejadian pergaduhan itu, banyak maklumbalas positif dan negatif yg aku terima. Ada yg melihat aku sebagai hero, seolah - olah seperti jebat.cuma bezanya aku tak de gundik.ada juga yg marah dan mengatakan tindakan aku adalah sesuatu yang bodoh. memanglah bodoh, tapi yg kata aku bodoh tu pun bodoh juga sebab aku pernah dengar ong meng cheng sendiri cakap kat dia yg dia tu bodoh.tetapi majoriti memberikan ucapan terima kasih dan tahniah. Cuma rata2 manusia yg pro dan kons ini tidak tahu sebab musabab sebenarnya mengapa aku bertindak demikian... adakah sebab diprovokasi?...adakah disebakan aku terlalu pressure dengan masalah kerja dan kehidupan yg tak dapat diselesaikan?...adakah sebab aku dimarahi, lantas aku meradang dan merajuk?.masing2 membuat persepsi sendiri. Maka...setelah beberapa tahun berlalu....biarlah aku singkapkan kembali kisah ini. Semoga sebab musabab itu diketahui dgn rasminya dan tidak tergantung lama menanti kurun.Akan ku berterus terang kapada kalian semua dengan sejujur jujurnya dan dengan seikhlas2nya akan hal ini...
Petang itu menyaksikan sebuah kereta kancil EX850i berwarna silver meluncur laju menuju ke Lebuhraya Persekutuan. Kereta itu baru sahaja keluar dari ibu pejabat Apex yg kedua terbesar di Malaysia yg terletak di USJ. Apex pada masa ini adalah syarikat yg terkenal dan peneraju didalam industri mengumpul kereta dan tersohor dgn teknologi lobi melobi. Di dalam kereta kancil itulah aku. Aku terus memecut kereta dan terus memotong sebuah BMW dihadapan aku. Kaki kanan ku tekankan lagi utk menambahkan kelajuan. BMW cuba mengejar dan memotong kembali.terjadi sedikit kejar mengejar.keadaan agak tegang.bau beer dari kilang carlsberg disebelah kanan aku mengingatkan aku kepada jersi liverpool yg ada dibelakang boot kereta aku sebab bau jersi dan bau busuk dari kilang itu seakan2 sama. Aku tersenyum bangga dengan keupayaan kancil ku.walaupun hanya mempunyai wheelbase sepanjang 2280mm, tetapi mampu menewaskan BMW tsbt.Seorang mamat dari kereta sebelah sempat memandang aku dgn muka yg agak kagum bercampur tensiĆ³n. Aku tidak hirau. Aku terus memecut ibarat mengejar kancil betina berwarna merah dihadapan. Akhirnya aku terbehenti disitu. "Ciss..sial..baik aku ambik lane sebelah kanan tadi…"marah hati ku pada diri sendiri. Kini kereta BMW yg telah kupotong tadi dgn perlahan2 memotong kereta ku semula.Jalan yg sesak dengan kenderaan berpiusu2 itu mengingatkan aku akan kambing2 yg pulang kekandang pada waktu petang ..dan pada waktu ini, kambing kat kl semua tgh pulang kekandang masing2 dikawal oleh anjing2 putih yg menunggang motosikal honda 500cc.....
Dipendekkan cerita, setelah melalui kota darul ehsan yg menyusur masuk ke jalan bangsar dan mengambil sedikit keberkatan dgn mencilok ke jalan di sebelah kanan masjid negara,aku berhenti .lampu merah.fikiran ku melayang sebentar memerhatikan bendera malaysia di dataran merdeka disebelah kiri.ku lihat ianya separuh terkibar dan separuh tertutup. fikiran remaja2 yg melepak2 disekitarnya juga kulihat separa terkibar dan separa tertutup.disebelah kanan, ku lihat beberapa peguam india sedang berbual2. Ada sepasang peguam india sedang bersiap sedia untuk melintas jalan dari sebelah kanan menuju ke bangunan pernas dihadapan. Aku memerhatikan cermin sisi kiri. kulihat seorang india memandu CRV sedang memberi signal untuk mencilok kekanan. Muka india ini mengingatkan aku kepada agustine paul. Dalam hati aku tertanya2...mungkinkah makhluk2 gelap ini mampu mewujudkan sinar cerah didalam sistem perundangan negara?....pemikiranku terhenti seketika apabila lampu isyarat menjadi hijau kembali.aku bersedia untuk bergerak.entah kenapa kereta kancil ku gagal bergerak kali ini. "ahh..adakah ini satu petanda yg tidak baik?"...aku berbisik sendirian agak risau. aku melihat penanda aras minyak dikok pit. Ianya melebihi separuh.suhu kereta juga OK.tangan kiri ku kemudiannya memegang brek tangan dan ibu jariku mengentel2 punat dihujung brek tsbt sambil mereka-reka sebab kenapa kereta aku masih tak boleh bergerak..."apa masalahnya ni!!"..aku sudah hampir nak naik angin.... Apakah yg terjadi pada kereta kancil kesayangan aku?..adakah aku akan lambat sampai ke JRC dan kemudian dimarahi?..adakah makhluk2 gelap ini membawa sial seperti mana kesialan perangai dan bau hapak mereka?....besambung di episod ke-2.....

written on July 24th 2008....

Sunday 3 August 2008

Trip to Indigo

I went to Indigo Beach this morning with Suresh, Renu (suresh's wife) and Peeh.
We move from Montana Apartment at 8:00 and arrived at 10:30.

We pay USD15 for entrance and USD20 for lunch buffet.
usd5 dolars coupon was given to us and we use it to buy softdrinks and junk food.

A lot of people, especially haitian local were there.
Food was bad. Only dishes of smoked turkey, lambi and pork.and 2 dishes of vegetables, a french fries, 3 dishes of salad.For dessert, they have 2 types of cakes and one biscuits. There are no fruits. Only a cocktail of mixed fruit were served. Its not worth of usd20..even usd10.
Before, food quality and quantity was 2 times better.
About the palce...
Water is very nice. Very clear and mixed of warm and cold.
Weather is good.not so hot and not so cloudy.
I put on my sunblock as we arrived and went to the sea 20 minutes later.

Anyway...Its a good trip, and good place but good weather not last forever.
Like malays proverb "kusangka panas sampai ke petang, rupanya huja ditengah hari"..
Well..happened exactly like that...at 1:30 PM, rain start.
We just finished our lunch at that time.
So, sadly, we decide to pack up our things, change our clothes and leave at 3:00PM.

I wish I could go to Wahoo Bay next week as I can feel my time to spend and enjoy here will finish soon. rasa macam dah nak blah dari sini secepat mungkin...dah bosannn

Saturday 2 August 2008

Market Trip - Part Two

As usual, on Saturday, I will go to the Caribbean Market.
Where else...this is the most big, safe and almost 60% groceries that I want is here. (might be this is because it is the only 'big' place that we can go and we dont know where else bigger here)..

and today, I want to buy eggs with Omega Plus, which is less cholestrol and healthier, eventhough slightly expensive.

At the end, I couldnt find it.
It's not there.
Yupp.This is the situation of the market here.
Whenever you found something, its better to take it two or more(if possible, of course expired date is the main concern to buy and keep these groceries). Because, if this item finished, you might never see it again for another next two or three months!
I dont know whether they dont make an order regularly, or problem in ports or smuggling is not possible all the time or what....but this is te case.....and this is a little piece of difficulties that I have to overcome here.....This is life..here in Haiti

Friday 1 August 2008

Kenalpasti 'Peperangan' Kita

Semua manusia tidak dapat lari dari peperangan.
Hanya tempat dan lawan shj yg berbeza mengikut SKOP pandangan tertentu.
Peperangan tetap ada dan tetap akan ditempuhi oleh setiap insan walau seaman manapun bumi yg dipijaknya.
Contohnya, dari skop dunia, peperangan di Iraq antara askar amerika dan Iraq.
dari skop negeri, peperangan antara BN dan Pakatan Rakyat dalam merebut kuasa untuk memerintah.
dari skop tempat kerja, peperangan dengan majikan dalam mendapatkan kenaikan gaji.
dan juga yg terkecil, peperangan antara diri dan nafsu dalam mengelakkan untuk melakukan maksiat.

Ada pelbagai jenis peperangan. Dan amatlah penting untuk kita mengenal pasti peperangan ini supaya ianya berbaloi. Apakah ciri2 peperangan yg perlu kita sungguh2 perjuangkan, beri tumpuan dan berlawan hingga menang? Mudah sahaja. Apa shj peperangan yg disebabkan peperangan itu Allah redhai akan nasib kita selepas kita memenanginya (ataupun Allah redha dengan keputusan dan usaha kita berperang), maka peperangan ini adalah yg sepatutnya kita terlibat.

Contoh 1:
Kita memandu, ada orang mencelah. Kita jadi marah dan mengejar kereta tersebut.
Fikirkan:
Adakah peperangan ini berbaloi untuk kita menangi?
Adakah nasib dan kehidupan kita akan berubah dan bertambah baik jika kita memenanginya?
Sudah tentu tidak.
Mungkin kita dapat mengejar org itu dan menunjukkan penumbuk kepadanya, atau memberhentikan keretanya dan menerajang perutnya. Tetapi apakah penyudah akhirnya?
Manakah peperangan yg lebih utama?peperangan untuk berlawan dengan pemandu kurang ajar tadi ataupun peperangan untuk menjinakkan hati kita daripada menjadi seorang pemarah?

Contoh 2:
Kita sedang membuat kerja amal untuk membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap penyakit. Kemudian beberapa orang pemuda telah merendah - rendahkan kebolehan kita untuk melakukan kerja.
Apakah berbaloi untuk kita berperang dgn pemuda tersebut?
Atau adakah lebih berbaloi jika kita meneruskan peperangan hingga menang dan akhirnya masyarakat faham dan mempunyai ilmu yg tinggi?
Sudah tentu yg berbaloi adalah usaha untuk memahamkan masyarakat kerana peperangan inilah yg akan mengubah nasib masyarakat kepada tahap yg lebih baik dan inilah yg dimahukan oleh Allah yg bersifat maha berilmu.

Inilah pengajaran yg dapat diambil dari kisah Thalut, Nabi Nuh dan Nabi Muhammad.

Dikisahkan, Thalut telah dipilih menjadi pemimpin untuk berperang dengan tentera Jalut. Dan disaat beliau ditauliahkan, pemuka2 bani israel menentang dan merendah-rendahkan kredibiliti Thalut. tetapi Thalut tidak melawan dan tidak memberi apa2 reaksi bahkan terus menumpukan perhatiannya pada peperangan. Kenapa?
Kerana beliau telah mengenalpasti bahawa peperangan dengan pemuka2 tersebut adalah sia - sia dan peperangan dengan tentera Jalut itu adalah peperangan yg bakal mengubah nasib masyarakat daripada penindasan.

Nabi Nuh juga diejek ketika beliau membina kapal atas arahan Allah. mengapa beliau tidak melawan dan membalas ejekan2 itu? kerana beliau telah mengenalpasti bahawa usaha yg perlu dibuat dan yg diarahkan ialah untuk menyiapkan kapal terebut, jadi peperangan dengan org yg mengejek tadi adalah sia2 dan tidak akan mengubah apa2 nasib dan keadaan.

Nabi Muhammad apabila diejek, dicemuh dan dibaling batu hingga cedera. Jibril memohon izin untuk menimpakan azab pada penduduk Thaif yg kurang ajar tersebut. Dan beliau tidak menyetujuinya dan mendoakan supaya anak2 dan generasi thaif yg akan datang akan dapat menerima Islam. Atau dgn kata lain, semogo Allah mendengar ejekan mereka dan memberi kemenangan dan keredhaan kepadaku di masa akan datang.

Kesimpulan dari 3 kisah ini, pastikan peperangan kita (berdasarkan situasi) sepertimana Thalut, tumpukan usaha dalam peperangan, sepertimana Nuh dan biarkan segala ejekan dan cemuhan berlalu pergi sepertimana Muhammad yg akhirnya mendapat keredhaan Allah dan kemenangan apabila generasi terkemudaian dari Thaif menjunjung Islam.

-wassalam

Wednesday 30 July 2008

Trans Fat


Petikan dari website : http://health.usnews.com/articles/health/2008/07/28/health-buzz-california-trans-fats-ban-and-other-health-news.html

California last week became the first state to ban trans fats in food sold in restaurants, the Los Angeles Times reports. Found in many oils and margarines, trans fats extend the shelf life of products but have been linked to clogged arteries, diabetes, and other serious health conditions.
California Gov. Arnold Schwarzenegger, known for being health-conscious, signed the bill into law Friday. By Jan. 1, 2010, California's restaurants are required to use margarines, oils, and shortening that contain less than half a gram of trans fat per serving; deep-fried bakery products must adopt the standard by Jan. 1, 2011.

Trans fat ni mmg bahaya. boleh sempitkan salur darah sbb akan hasilkan mendakan di dinding pembuluh darah, arteri dll..so, diharamkan.

Ini bezanya negara maju dgn negara yg tak maju.
Negara maju dah fikir bagaimana utk jadikan warganya lebih sihat dan panjang umur...so yg warganya boleh hidup lama dan sempat utk dapatkan inovasi2 baru dan mendidik org muda.
Negara tak maju, masih sibuk macam mana nak carik makan, kenapa tak cukup makan, siapa makan suap, siapa yg asyik makan projek...sampai mengabaikan dan tidak ada masa untuk memikirkan aspek2 kesihatan yg penting ini...tapi pemimpin negara tak maju ni mmg pandai cakap "Mencegah lebih baik dari mengubati"...nak cegah kemende kalau byk buang masa pada perpecahan dan mengayakan individu dan nafsu peribadi...

Bila agaknya Malaysia akan maju dan berfikiran maju dan prihatin pada kesihatan?.....

note : gambar hiasan - makanan yg aku masak kat negara miskin...aku rasa trans fat quantity = 60%

Tuesday 29 July 2008

Books...books...books...

Books I have read for this month

1) Bila Cinta Bertasbih Jilid II - on the way from KL to New York...to be exact, start from Kabul and finish in the middle of Atlantic Ocean..well..good book...byk kisah2 yg tragis..tapi tidaklah sejiwang tajuknya...
2) Nak ke Tak Nak - on the way from JFK airport to PAP..good book...santai dan enjoyable
3) Hujan Pagi - 2 bulan stgh baru abis...kengkadang aku pun mcm konfius bila baca buku ni...anyway, gaya bahasa mmg best..
4) Politik Dalam Islam - 2 weeks baru habis...idea2 yg bernas, kritis dan sesetengahnya tidak berselindung2.
5) 8th Habit - 1 month..buku ni aku kena baca balik..byk terms yg tak paham...dan technically mmg byk benda kena implement slow and steady and one by one bila baca buku ni....
6) Pelangi membeku - 4 days...ok...not so bad...i enjoy it....

Books to finish in July
1) Membina Imaginasi Cemerlang
2) Jangan Main - Main
3) Berpetualang ke Acheh siri 2
4) Become a Better You
5) How to talk to anyone, anywhere, anytime

I wish I could read all these books......