Thursday 18 September 2008

Khutbah Jumaat 19 September

Hari ni aku baca khutbah jumaat dari website http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/.
Khutbah ini disediakan oleh JAKIM, bertarikh 19 Ramadhan 1429H bersamaan 19 september 2008.
Mungkin utk masjid2 seluruh KL atau mungkin juga Malaysia.
Disini, aku tak pernah lagi sembahyang jumaat. Keadaan keselamatan tidak mengizinkan.
Tetapi manager aku yg bernama Abdel Kader Aid (warga Algeria) memberitahu ada disediakan kenderaan utk solat jumaat dan sekiranya aku mahu pergi, boleh ikut bersamanya. InsyaAllah dibulan hadapan aku ikut serta kerana minggu ini dia bercuti dan minggu depan aku balik cuti raya aidilfitri.

Berbalik kepada topik khutbah jumaat.
Tajuk Khutbah : ALQURAN MERENTASI ZAMAN
(khutbah ini juga adalah bersempena dengan nuzul Al - Quran, 17 ramadhan)
Berikut adalah point2 dari khutbah ini...dan sedikit pandanganku.

1)Turunnya Al - Quran telah membawa sinar kepada kegelapan, kemaksiatan dan kekalutan masyarakat jahiliah.Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul Al-Qur’an telah menjana perubahan dan membina peradaban umat.
- Mengapa kini peradaban umat Islam tidak berada dipuncak kemuliaan walaupun telah diturunkan Al - Quran pada kita semua? Aku melihat hal ini disebabkan kegagalan umat islam melihat keadaan diri, masyarakat, negara dan sekitaran. Masing2 merasa cukup dgn syahadah yg ada, cukup dgn solat 5 waktu dan puasa yg tidak pernah tinggal, cukup dgn zakat yg tak seberapa dan title haji yg ada. Apakah dgn sempurnanya rukum islam, bermakna cukuplah seorang individu itu bergelar islam? Adakah had tanggungjawab seorang islam terhenti setakat itu? Apabila merasa cukup, akhirnya menjadi melampaui batas. dan bila melampaui batas, umat islam yg dulunya memimpin akan dipimpin setelah digantikan. Apabila dipimpin dgn tidak mengikut lunas2 Al Quran, akhirnya jadilah Al Quran itu pada umat islam hanya sebagai kitab yg dijunjung dan dikucup didalam keadaan suasana yg gelap, kalut dan penuh dgn kemaksiatan.

2)Al - Quran adalah mukjizat yg diturunkan untuk semua manusia dan merupakan kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat.
- Apabila menceritakan tentang mukjizat, seperti menjadi mindset/Penetapan minda bahawa ianya adalah sesuatu yg magic. contohnya Musa dapat membelah laut. Ibrahim dapat menyejukkan api. Ya benar. Memang mukjizat itu adalah sesuatu yg ajaib dan akan menjadi keajaiban. tetapi ajaib tidak bermakna ianya magic. Jika minda masih berfikiran bahawa mukjizat adalah sesuatu yg magic, tidak hairanlah Al Quran hanya digunakan untuk hal2 menghalau hantu, ayat pendinding, jampi mengubat dan pelbagai hal2 yg lebih berbentuk spiritual sahaja, sedangkan rasulullah telah menggunakannya bukan sahaja untuk memajukan hal2 keimanan dan spiritual, tetapi juga dalam hal2 pembangunan fizikal, ekonomi, pertanian dan perniagaan. Sunnah ini diikuti juga oleh muslimin yg kemudiannya dapat membina peradaban yg unggul bukan sahaja di tanah arab, malah di Eropah. Jadi, wajarkah kita masih berfikiran bahawa mukjizat ini sesuatu yg magic?

3)marilah sama-sama kita menjadikan al-Qur’an sebagai pedoman dan panduan hidup bermula diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya semua hukum dan peraturan-Nya menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat.
- Seruan ini amatlah baik. Yg penting, pendekatan yg harus dilakukan mestilah selaras dgn apa yg telah ditunjukkan Rasulullah. Kita boleh belajar Al - Quran sampai dapat Phd. Org Kristian pun boleh melakukan perkara yg sama. Tetapi ada bezanya. Bezanya ialah dengan ilmu yg dimiliki, Phd yg islam akan memperjuangkan perlaksanaan Al - Quran manakala bagi pelajar kristian, denagn ilmu yg ada, dia akan cuba utk mencari cara bagaimana Al - Quran ini dapat digunakan untuk kepentingan kristian, dan menghalang umat islam dari melaksanakan 100% apa yg ada didalamnya.

Pada aku, yg penting, sebelum kita menjadikan Al Quran sebagai pedoman dan panduan hidup, perlulah kita melihat Al Quran sebagai satu mukjizat yg bukan magic. Dengan itu ianya akan dihargai. Dan sesuatu yg mahal harganya amatlah berbaloi untuk kita perjuangkan. Ubahlah mindset. Pedoman bintang dilangit tidak dapat diikuti kiranya mindset masih mengatakan bintang itu hanyalah sebagai hiasan penyeri malam. Pedoman dari Al Quran tidak mungkin dapat diikuti kiranya mindset masih mengatakan ianya mukjizat magic yg hanya dapat dilaksanakan apabila turunnya bantuan Allah...maka sementara menuggu nuggu bantuan dari langit itu...tinggalah Al Quran sebagai hiasan penyeri kehidupan (kononnya) dan penghias rak2 buku dirumah (ada jugak sesetengah badigol yg balut dgn kain kunig)....

No comments: