Sunday 10 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 7)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD 7...
Belum pun 1 minit bercakap ditelefon, aku sudah merasakan kepanasan."Apa masalahnya ni Pul?" tanya Tuan besar M."Masalah pada kad GMX tuan. Dia reset sendiri dan software terus downgrade""Kenapa jadi macam tu?""Saya tidak tahu tuan, kami sedang troubleshoot""Macam mana boleh tak tahu?" tanya Tuan besar M lagi dalam nada ygmeniggi sedikit.Aku tahu, pada ketika ini Tuan besar M meminta aku menjawab "Sebabsaya tak tahu buat dan saya bodoh tuan".Tetapi aku tidak tunduk pada kehendak Tuan besar M. Dia boleh berkataapa sahaja yang dia mahu, tetapi tiada apa yg dapat menandingikeyakinan diriku pada anugerah Tuhan yg bernama usaha dan akal. Akucuba memikirkan apakah jawapan yg terbaik dan sesopan mungkin."Saya tak tahu sebab belum pernah jadi macam ni tuan. Saya dah reportpada Tellabs dan diorang pun tengah tengok masalah ni""Betul ke kau report? Sekarang ni diorang kat mana?""Betul tuan. Diorang ada di site dan ada juga engineer dari Singaporetengah tolong tuan""Berapa lama lagi ni boleh settle ni? Ni dah 6 jam dah ni" suarapertanyaan Tuan besar M kali ini makin tinggi dan kadang2 sepertimerengek macam mahu menangis."Lagi 1 jam tuan" aku menjawab dengan penuh yakin. Apa lagi yg dapatkuberikan selain dari ucapan penyedap hati."Kau make sure dalam 1 jam. Nanti bagi report pada Azmi""Baik tuan" aku menjawab ringkas sambil menghela nafas lega apabilaTuan besar M meletakkan ganggang.
Sebaik sahaja ganggang diletakkan, pundi kencingku kembali sakit. Akubergegas kembali keluar dari bilik FM.Aku menuruni 14 anak tangga untuk ke tandas lelaki. Atas alasanmenjimatkan kos bagi membolehkan TM dan anak syarikatnya TMnet menajasiti nurhaliza, tandas itu dikongsikan oleh staf tingkat 10 dan staftingkat 9. Aku berhenti seketika dihadapan bekas pembuangan habukrokok dan melipat kaki seluar hingga ke paras lutut. Selepas membacadoa masuk tandas, aku melangkah masuk dengan kaki kiri. Aku berjalandengan perlahan dan berjengket menuju ke bilik kecil disebelah hujungkanan tandas itu. Nasib ku agak baik kerana keadaan didalam bilikkecil itu tidak dinaiki air dan banjir seperti ruang kencing berdiridan kawasan dihadapan sinki. Selepas menunaikan qada' hajat, akumembasuh tangan di sinki paling kanan yg mengalirkan air yg tidakputus-putus seolah2 seperti mata air. Sambil melihat cermin, akuterpandang akan papantanda yg menjadi kawan kepada bekas habuk rokoktadi. " KOKOREM GNARALID"..itulah yg kunampak melalui imej pantulandari papantanda itu. Disebabkan tidak reti bahasa akan papantanda ygkubaca tadi, aku pun menyalakan sebatang rokok yg sudah masuk angin ygmemang kusimpan dalam baju jaket kulit sebagai stok kecemasan.
Didalam perjalanan balik menuju kebilik server, Jimi menahan aku lagi.Kusangka Tuan besar M mahu bercakap lagi, tetapi jimi menayakan samadaaku mempunyai rokok ataupun tidak. Jimi juga sempat memberitahu padakubahawa Tuan besar M marah dan memaki hamun padanya. Dan ada jugamemaki hamun serta memperlekeh - lekehkan aku. Aku tidak patahsemangat. . Tersebut sebuah kisah sebelum Thalut menentang Jalut,beliau juga dimaki hamun dan diperlekehkan oleh pembesar-pembesaryahudi. Thalut tidak membalas dan tidak ambil peduli kerana sedarperjuangannya adalah utk menentang Jalut. Peperangan dan bertekakdengan pembesar pembesar tadi adalah sia - sia sahaja. Aku jugabegitu. Perjuangan ku ketika ini ialah untuk menyelesaikan masalahVADS. bukannya menyelesaikan masalah mental rengekekan Tuan besar M.
Setelah mencuba dan terus mencuba, akhirnya bantuan dari singapore punmenelefon dan menyuruh aku mencuba skrip isql. kali pertama mencubaskrip tubuslocation ini, tidak menampakkan kejayaan. Hampir sahajaianya menjadi butuslocation. Kali kedua, setelah dibantu oleh adinordan pakar2 Tellabs, akhirnya isql skrip dan turbo clean itumenampakkan hasilnya. Aku gembira walaupun agak mengantuk dan laparpada ketika ini. Terkadang2 semasa menuggu jawapan dan maklumbalasdari site, aku berdoa untuk GMX itu mengambil masa yg lama utk normalsetelah direset. Walaubagaimanapun, tidur yg nenyak selama 16 minitketika GMX sedang reboot sudah mencukupi kerana aku biasa berlatihuntuk tidur sekejap begini semasa kem qiamullail.
Jimi masuk lagi. Dia memberitahu ada talian yg sudah baik danberfungsi seperti biasa. Tetapi hanya 20% sahaja. Aku gembirabercampur sedih. Aku terus menumpukan perhatian untuk membetulkan baki80% perkhidmatan yg terjejas itu. Sambil menuggu dan mencari2 linkterbabit, aku berdiri sebentar untuk menggeliat , meluruskan badan danmenghilangkan sedikit penat, mengantuk dan kebosanan. Aku berjalan -jalan sebentar menuju ke rostrum PA system yg berwarna hitam letaknyadisebelah pintu yg menjadi sempadan antara bilik server Tellabs danMarconi.Setelah memegang2 bunga plastik kepunyaan Cik Hapsah yg terletakdiatas PA system itu, aku kembali menuju ke workstation. Tiba2 akuterhenti di kabinet paling akhir letaknya bersebelahan dengan serverSun. Pandanganku tertarik dengan satu instrument muzik peninggalanseorang pakar Tellabs. Agak antik instument muzik ini kerana ianyakelihatan seperti lama wlaaupun belum sampai 10 tahun dibeli. Akumembuka pintu kabinet dan membelek2 instrument muzik itu. Nyata ianyamemang antik kerana sebelum wujudnya Sony, instrumen yg bernama Tonyini sudah mula dicipta dahulu. Sayangnya kerana terlalu antik, alatmuzik ini hanya dapat digunakan selama 3 jam sahaja kerana selapastempoh itu, ia cuba memerangkap gelombang2 radio dari Thailand,Indonesia dan Hong Kong. (masa last aku blah dari JRC, July 2008, alatmuzik ni masih ada lagi dalam kabinet tu. Aku rasa boleh la lepas nipindahkan kasik letak kat muzium telekom sebelah)

...bersambung di Episod ke8...

ditulis pada 7 ogos 2008

No comments: