Saturday 20 September 2008

Perpaduan

Hari ini aku menonton berita mengenai keadaan mangsa ribut taufan (Hurricane Fay, Gustav , Hanna dan Ike). Kerja2 pembersihan sedang dilakukan. Seorang penduduk tempatan / mangsa ditemuraramah. Walaupun apa yg diperkatakan tidak kufahamai, tetapi pemandangan dipintu masuk gereja tersebut yg dipenuhi dengan sampah sarap dan puin2 hasil hentakan ribut taufan membuatkan aku tertanya2. Apakah mereka ini manusia2 yg tidak tahu akan erti kerjasama untuk kebersihan? Kemudian pemandangan bandar juga sama. Sebuah jentera pengaut sedang sibuk memunggah sampah sarap sambil diperhatikan oleh sekumpulan kira2 50 orang pemuda. Apakah dengan melihat sahaja sudah cukup? Bukankah dengan menghulurkan kerjasama dapat mempercepatkan kerja2 pembersihan dan seterusnya pemulihan?

Kemudian, aku mengubah siaran TV ke berita CNN. Kerja2 pembersihan juga sedang dilakukan di Galverston, Texas.(Walaupun sudah hampir 2 minggu taufan ini melanda). situasi yg hampir sama seperti di Haiti. Jentera penolak sibuk menjalankan kerja2 pembersihan. Cuma bezanya, tiada manusia2 yg memerhatikan. Yg ada cuma manusia yg bekerja shj. Kenapa? Kerana penduduk buat sementara waktu ini dipindahkan atau berpindah keluar ke bandar lain dan masih belum balik. Temuramah juga dilakukan kepada mangsa2 dipusat2 pemindahan sementara tersebut. Rata2 menyatakan ketidaksabaran mereka untuk pulang dan sama2 membersihkan serta mebangunkan semula bandar yg telah musnah itu.

Dua tempat yg dilanda ribut yg sama.
Dua pendekatan yg berbeza untuk membersihkan dan mebangunkan semula.
Pemikiran dan mindset yg berbeza.

Kembali ke Malaysia dengan kisah pergolakan politiknya.
Masing2 sibuk mengutuk, mengumpat, mencari salah org lain, dan pelbagai hal2 cucuk mencucuk, jatuh menjatuhkan. Macam sudah tiada kerja lain. Untuk mendapatkan sokongan, Rakyat sepatutnya dihidangkan dengan difahamkan akan perancangan2 pembaikpulihan ekonomi dan pembangunan, bukannya dengan berita2 percakaran yg saling tak sudah. PM dan TPM mesyuarat hingga 4 jam hanya untuk menyelesaikan isu ini. Apabila kerja2 pentadbiran PM lemah, PM disalahkan kerana tak buat kerja. Mcm mana nak buat kerja kalau 4 jam buang masa melayan kerja bodoh? Jadi siapa yg buat kerja pentadbiran skrg? Dan mampukah pula hanya bersikap tunggu dan lihat untuk hal ini selesai?

Mindset utk tidak mahu bersatu ini mmg punca ketegangan dan punca ketidakstabilan.
Di Haiti, rakyatnya malasuntuk menyatukan fikiran dan tenaga.
Di Malaysia, rakyatnya malas untuk menyatukan fikiran dan perasaan.
Hasilnya sama. Kekecohan.Kekalutan.Kemasalahan.Dan Kebodohan yg tak sudah sejak zaman kejatuhan Melaka.

No comments: