Monday 11 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 8) - bahagian akhir

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD 8...(episod terakhir).. Fikiran2 mengenai pokok kaktus shahnaz dan radio tony madi adalah informasi2 akhir yg menggerakkan dendrit didalam neuron2 otak aku sebelum aku terlena sebentar diatas kerusi empuk pemberian ikhlas dari APEX kepada TM.Sesedar shj, matahari sudah menampakkan sinar cemerlangnya.Dikejauhan kelihatan Menara TM yang berbentuk rebung yg memang takkan boleh dilentur.Jalan Tun Perak seperti biasa telah disesakkan oleh warga kota kelas pertengahan. Aku hanya mampu beristighfar sambil menggeleng2kan kepala beberapa kali sambil mulut mengeluh kecil memohon ampun kepada yg esa kerana tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab solat subuh kepadanya. Belum sempat aku mencuci taik mata, telingaku menangkap gelombang suara yg memang ku kenal.Suara tuan besar M. Disebabkan mengantuk dan letih, aku tidak terpanggil untuk memperjelaskan akan situasi sebenar masalah itu. Memang ada sesetengah pelanggan masih menghadapi masalah, tetapi hanya 20% sahaja. Bagi tuan besar M, 20% itu adalah banyak dan mempengaruhi prestasinya serta memberi kesan kepada kredibiliti TM. Padaku, 20% atau berapa peratus sekalipun sudah tidak aku hiraukan. Kemarahan pelanggan padaku kerana gagal menyelesaikan masalah ini adalah seperti hama jika hendak dibandingkan dengan kekesalanku pada diri sendiri kerana tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab subuh diawal pagi. Aku melihat kredibilitiku sebagai penjilat wang melebihi dari pembina dan pemuliahara tiang agama. "Macam mana ni Pul? bila boleh settle?" tanya tuan besar M."Kejap lagi settle la ni. Sikit aje lagi" aku menjawab sambil mataku fokus pada skrin komputer."Kejap lagi tu bila?" "Lagi 30 minit""Apasal 30 minit? Kau tak panggil Tellabs ke? Diorang tak tolong ke? Kenapa Tellabs tak datang?"Inilah antara dialog tuan besar M. Aku rasa dia tengah menghafal skrip dan yg peliknya macam baghal sangatlah dia ni, sbb mcm tak de skrip lain...balik2 bila datang jumpa aku, soalan2 ini sahaja yg dia tanya. Tapi aku tak de la sebodoh dia memberi jawapan yg sama jugak. Walaupun aku menipu, aku tahu jugak erti kebosanan memberi alasan dan penipuan yg sama sepanjang masa. Setelah hampir 6 kali keluar masuk menemui aku, akhirnya tuan besar M menghantar dayangnya yg kurus dan bercermin mata. Soalan yang sama dari mulut yg berlainan. Suara yg halus seakan2 nyamuk kelaparan menambahkan keserabutan. Aku membaca surah Al-Ikhlas didalam hati untuk memberitahu diri sendiri supaya tetap dalam kesabaran. "Ezlyn, saya tengah troubleshoot lagi. Nanti dah siap kejap lagi saya bagitahu awak ye" itulah jawapan manis terakhir.Sedang aku khusyuk mencuba dan terus bekerja, akhirnya tuan besar M masuk.Kali ini dia sudah tidak sanggup membodohkan dirinya mengusulkan soalan2 yg sama.Tetapi dia berbual2 bersama dengan dayangnya dan beberapa hulubalang2 dan jembalang2 yg lain.Pada masa inilah aku berulang kali mendengar..."Apasal Tellabs tak datang ni....?".."Eh..kau pergi call Tellabs suruh diorang datang...Apex mana boleh buat kerja ni" tuan besar M berkata"Tuan, saya dah call tadi. Tellabs cakap diorang tgh on the way" jawab jembalang tuan besar M bernama 'Eh'.Selang beberapa minit setelah seorang hulubalang menerangkan kisah teknikal masalah ini, Tuan besar M menanyakan soalan yg sama juga cuma diubah sedikit beberapa perkataan...."Apasal Tellabs tak sampai lagi ni....?".."Eh..kau pergi call Tellabs tanya diorang kat mana...Apex mana boleh buat kerja ni""Okay tuan, saya call sekarang" jawab hulubalang tadi, yg juga benama 'Eh".Datang seorang lagi hulubalang TM berbangsa jawa. Mereka berbincang lagi. Kali ini mengenai impak pada pelanggan / customer kerana hulubalang jawa ini memang mahir berkata2, fasih berbahasa melayu dan menjalankan kerja2 marketing."Mana Tellabs ni....?".."Eh..kau pergi call Tellabs tanya...Apex mana boleh buat kerja ni" tuan besar M berkata lagi."Baiklah bos" jawab hulubalang jawa bernama 'Eh' tadi.Setakat ini, sudah 3 org staff TM bernama Eh menelefon Tellabs.Untuk mengelakkan aku menjadi Eh juga dan mengelakkan daripada panas telinga mendengar ayat Apex tak boleh buat kerja, maka aku pun menelefon Tellabs (kalau tak silap aku madi).Tapi aku tujuan aku menelefonnya bukanlah untuk memaksa dia datang, tetapi hanya untuk 2 perkara.1) untuk menjelaskan secara teknikal apa yg aku dah buat dan sampai mana penyelesaian akan permasalahan ini.2) untuk memberitahu aku nak blah sbb telinga aku dah panas dan jam juga sudah menunjukkan pukul 10. Sebaik sahaja ganggang telefon diletakkan, masa yg aku nanti nantikan tiba.Entah macam mana tuan besar M yg tadi berbual2 dgn hulubalang2nya dipinggir pintu antara bilik server Tellabs dan Marconi tiba2 kini merapatkan lokasi perhimpunan kecil itu.Kini mereka berada dibelakangku. Dan ayat terakhir pada ketika itu yg kudengar adalah "Apex mana boleh buat benda ni...".Inilah kata2 titik pengubah (turning point) yg menjadikan aku bersemangat seperti jembalang puaka. Semangatku tiba2 membara. Badan ku tiba2 rasa mengembang dan menggeletar. Aku tidak dapat lagi menahan getaran2 halus naluri dan tubuhku lantas terus bangun dan terus berkata pada tuan besar M"Kalau dah tak mahu saya settlekan benda ni, tak payah cakap belakang2. Bagitahu je terus jadi saya boleh blah dari sini" inilah kata2 yg tiba2 terpancul."Eh Pul...janganlah macam ni. Aku bukan kata kat engkau. Aku cuma nak Tellabs datang tolong aje..." tuan besar M cuba memujuk dgn suara yg perlahan dan lembut.Aku memandang tuan besar M seketika dengan perasaan penuh serabut, tension dan muka yg berkerut."Janganlah macam ni Pul. Alaaa...aku bukannya mengata engkau..."Sambil mengemas barang2 dan memasukkan laptop kedalam beg, aku berkata sendiri didalam hati "Mamat ni cuba nak buat karangan pulak pujuk2 aku. Pergi mampus sama dia" Akhirnya aku langsung tidak menghiraukan tuan besar M. Suasana agak kalut ketika itu.Aku yg tadinya dimarahi kini memarahi. Aku yang tadinya dibenci kini membenci. Dan tuan besar M yg memujuk tetap aku tinggalkan tanpa memberi apa2 ucapan. Aku terus bergegas ke lif dan menekan butang menuju kebawah. Pintu lif terbuka sepertimana terbukanya peluang untuk aku dibuang kerja selepas ini. Aku masuk, dan sebaik sahaja pintu lif tertutup menuju ketingkat 1, masalah2 teknikal dan masalah dengan tuan M kutinggalkan di tingkat 10. Aku terus menuju kepondok pengawal untuk menulis waktu keluar dan setelah itu berjalan menuju ke kereta kancil yg diletakkan dihadapan bangunan TM JRC yg lama. Masuk sahaja kedalam kereta dan menghidupkan enjin, aku terpandang kepada jam di dashboard yg menunjukkan pukul 8:40 pagi."Ah..mcm mana boleh aku turun cepat macam ni?..tadi kan pukul 10?..." aku mengeluh sendiri.Nyata penipuan jam ajaib ditingkat 10 tadi turut menyumbang kepada perasaan letih dan pemberontakkan kepada tuan besar M.Aku membawa kereta keluar, tetapi fikiranku masih terfikir2 lagi.."Sial la..kalau aku tahu belum pukul 9, baik aku stay kejap lagi tadi..." kesalku sendirian sambil memandang cermin sisi..kemudian cermin ditengah bagi melihat keadaan kereta dibelakang. Baru aku sedar, cermin2 yg disediakan untuk pandang kebelakang adalah lebih kecil dan sedikit berbanding dengan ruang pandangan hadapan, yg juga bercermin. Aku harus melihat dan memikirkan masa lepas yg lampau, tetapi hanyalah sekali sekala dan hanyalah sebagai panduan untuk terus maju kehadapan.Dan dengan ini, aku terus meluru laju, memikirkan masa hadapan yg lebih luas, jauh dan lebih besar. TAMMAT.... conclusionnya...aku balik ni....bukan sbb aku bengang dgn sesiapa...yg sebenar2nya sbb aku ngantuk...yg aku marah kat tuan besar M tu sebenarnya didorong oleh rasa ngantuk ..bukannya rasa marah...

ditulis pada 29 ogos 2008

No comments: