Thursday 18 September 2008

Erissa - Kelas Tadika

Sebelum terluput dari ingatan , baik kiranya aku catatkan mengenai kelas tadika anak aku yg bernama Erissa. (Tahun ini dia dah berumur 5 tahun)

Constrain utk pemilihan tadika ini ialah:
1) Isi kandungan dan sistem pendidikan tadika - mestilah yg baik, aktif dan menyeronokkan bagi Erissa..untuk ini, Ernie telah pergi sendiri ke pusat2 tadika ini , bertanya pada cikgu2nya, menilai dan kemudian bertanya pada Erissa samada dia suka atau tidak. Hal ini juga dapat dilihat dari suasana sekitaran pusat tadika, keadaan kelas, kemudahan2 yg ada, kebersihan dan juga keadaan murid2 yg sedia ada.
2) Lokasi - hendaklah dekat dengan tempat kerja Ernie (isteriku) supaya urusan menghantar dan mengambil pulang dari sekolah adalah mudah dan selamat.
3) Masa pembelajaran - hendaklah dari pagi sampai 5 petang...supaya Ernie boleh hantar masa pergi kerja dan ambil masa balik kerja.
4) Kos / kewangan - hendaklah tidak terlalu murah. Hendaklah berbaloi untuk perbelanjaan (value for money).

Mulanya aku nak masukkan dia ke Tadika Vital Years.(lokasi = Pandan Indah)
Yuran bulanan RM300.
Jangkamasa kelas = 2jam setengah (8 am - 10:30 am)
kemudian ke kelas Smart Reader.(bersebelahan dgn Vital Years)
Yuran bulanan RM250.
Jangkamasa kelas = 2 jam (11:00 am - 1:00 pm)
kemudian pkl 1 PM - 2 PM , Erissa akan lunch dgn Ernie sebelum dia dihantar ke Nurseri.
Yuran bulanan nurseri RM300 termasuk transport untuk mengambil Erissa dari Smart Reader ke nurseri tersebut (sekiranya Ernie sibuk).

....kedua2 Vital Years dan Smart Reader adalah bagus...isi kandugan dan sistem pembelajarannya mmg terbukti bagus dan berkualiti.lokasi mmg sesuai dan mudah bagi ernie.begitu juga dengan masa.Masalahnya, selepas tamat 2 kelas ini, Erissa akan diangkut ke nurseri.

ada 2 persoalan.
1) pemindahan dari satu tadika ke tadika yg lain melibatkan risiko dari segi keselamatan.
2) kualiti nurseri tersbut yg dhaif dan kanak2 didalamnya yg pasif.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memasukkan Erissa ke sekolah Tadika Yu Der di pandan indah. Nama tadika ini memang tak sedap dan tak glamer.mcm nama sekolah kung fu / wusyu pun ada.tapi sekolah tadika cina ini memiliki 80% kriteria yg aku kehendaki.
1) sistem pembelajaran yg ok.
2) lokasi yg mudah utk ernie hantar dan ambil.
3) masanya dari pkl 8.00 pagi sampai 5 petang (lepas pkl 1, masuk nurseri..-pkl 1 makan, pkl 1:30 Erissa dimandikan, pkl 2 tidur sampai pkl 3...then ada sedikit aktiviti ringan tetapi aktif)
4) kemudahan2 yg baik dan persekitaran yg bersih dan menyeronokkan utk Erissa belajar...yg ini adalah melalui apa yg Ernie cerita pada aku...dan aku amat mempercayai citarasa isteriku ini.biasanya dalam hal ini, pilihannya lebih baik berbanding aku.

Dan dengan ini....muktamad pilihanku , Ernie dan Erissa utk tadika Yu Der.
Setakat ini, banyak perkembangan positif pada Erissa.
Aku tidak meletakkan harapan utk melihat anakku menjadi yg terpandai.
Aku cuma berharap supaya dia suka akan tadika tersebut dan seronok belajar.
Harapanku cuma supaya keseronokan belajar itu dapat diteruskan semasa dia berada di sekolah rendah nanti dan seterusnya utk kehidupan mendatang.
Dan aku percaya Yu Der dapat memainkan peranan utk menyediakan 'tapak perasaan seronok' ini kerana setiap malam Erissa sibuk membaca buku dan membuat kerja sekolah. TV hanya menjadi pilihannya yg kedua..dan hanya semasa hujung minggu.

Kenapa Yu Der?
Kenapa tadika cina dan bukannya tadika islam?
Kenapa memilih tempat yg mengaut RM650 dari poket sedangkan ada yg agak lebih murah?

Sebenarnya, aku bukanlah bersikap sombong diri pada tadika islam, tetapi aku cuba untuk mewujudkan persekitaran yg harmoni dimana wujudnya rasa persaingan dan aktif utk menimba ilmu. Dan aku dapati hal ini hanya berlaku di tadika yg mempunyai pelbagai kaum dan pelbagai bangsa. Kerana disitu juga akan adanya pelbagai budaya. Dan akan menunaskan pelbagai kegiatan dan sikap2 positif yg belum pernah wujud dalam generasiku.

Mengenai kos...bukanlah aku ni kaya dan banyak duit...utk mejelaskan kenapa pilih yg mahal dan tidak yg murah (dalam lingkungan bawah rm500 pun ada),biarlah aku imbau sedikit kisah diriku.
Semasa aku kecil, aku masuk tadika hanya setelah berumur 6 tahun.
Dan tadika itu amatlah tidak glamer samapai aku pun tak ingat apa namanya.Aku pasti ayah dan ibuku juga sama.
Cuma yg masih aku ingat, tadika pilihanku ketika itu ialah St. Ronan.
Kenapa? sebab kawan2 setaman (masa ini di Tmn Desa Minang) yg masuk sekolah ini pandai cakap org putih, ada uniform sendiri dan kawan2 mak aku selalu puji sekolah St. Ronan bagus....tetapi mahal.
Dan sememangnya tiada rezeki utk aku masuk kesitu walaupun byk kali aku menangis2 meminta2 pd ayahku.
Kini...aku bersyukur...sbb ramai lagi kanak2 lain (masa itu) yg tidak pernah masuk tadika pun....sebab itu ada yg tak tahu ABC langsung bila first day darjah satu (rakan sekelas).
So..ayah aku yg sekolah sampai darjah 5 sahaja...boleh masukkan aku ke tadika tanpa berkira pasal wang....takkanlah aku yg ada ijazah nak masukkan anak aku ke tadika yg biasa dan berkira pasal wang? Dimanakah peningkatannya kalau aku berbuat demikian? Ayahku telah menujukkan tapak yg terbaik. Aku seharusnya memilih jalan utk meninggikannya. Dan inilah sunnah yg dilalui oleh Ibrahim utk meninggikan Kaabah yg dibina Adam...dan semasa ini Ibrahim mendidik Ismail dan seterusnya dicontohi akhirnya oleh Muhammad.
Akhirkata, inilah sunnah nabi yg aku nak ikut.(keazaman utk meninggikan apa yg sedia ada)
Aku mengenal pasti tapak yg telah dibina. Dan pasti aku akan meniggikannya.

1 comment:

Lily Tan said...
This comment has been removed by the author.