Tuesday 25 December 2012

Club Indigo Haiti

Bercuti di resort yang bernama Club Indigo , Haiti adalah pengalaman yang amat menakjubkan.

Pemandangan yang indah, makanan yang pelbagai pilihan dan kemudahan kolam renang yang besar dan cantik.

Laut Caribbean sememangnya terkenal dengan kebiruan dan kejernihan yang mengundang ramai pelancong dari seluruh dunia, tetapi tidak ramai yang mahu datang ke Haiti kerana ketidak stabilan politk, ekonomi dan keselamatan.

Di kesempatan percutian ini, aku telah mengambil video lompatan / terjunan kolam mandi...ini bukanlah video dalam air yang pertama, tetapi, disebabkan ianya bagi ku amat menarik...jadi elok rasanya aku share...



Inilah anak aku...Erissa...terjun...dan tak sangka, sekarang dia dah pandai berenang, hanya belajar sendiri sahaja...dan boleh berenang di kolam orang dewasa....aku bangga sebab dia berani dan yakin pada diri sendiri...
cita - citanya nak jadi macam Pandalela Rinong.....aku akan cari cara macam mana nak jumpakan dia dengan Pandalela...macam mana agaknya?...