Friday 8 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 5)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD 5...
Kelibat manusia seakan2 gempal terbentuk dicermin pintu masuk ke bilikFM akibat refleksi cahaya. Aku menunggu - nuggu sebentar. Rupa -rupanya mmg manusia gempal yg keluar. "Pu...oohh..baru sampapu...tunggu kejap pu. nanti aku datang. Nok gi semayang ni." katapemuda yang terkenal itu kepadaku. Memang pada saat ini aku lihatkeadaan diantara lobby, pintu masuk bilik FM dan lorong diantara bilikgeng dan bilik ghafur meriah dengan manusia2 yg mengambil kesempatanmasa diskaun solat diakhir waktu. Iaitu solat maghrib dan lepas itutunggu dalam 3 minit, terus solat isyak. Bunyi - bunyi selipar getahyg bergesel dengan kaki yg basah mengalunkan nada pengharapanahli-ahli ibadat ini supaya masa dilambatkan sedikit agar masih sempatuntuk menunaikan tanggungjawab individu.
Aku melangkah masuk kebilik FM untuk menunaikan tanggungjawab terhadapmasyarakat malaysia.Selepas mendaki bukit kecil 45 darjah dan sampaidi atas raised floor bilik FM, aku membelok kekanan berjalan melaluilebuhraya utama yg telah membahagikan bilik itu kepada 2 bahagian dgnadil. Dihadapan terdapat skrin dengan beberapa bahagian yang gelap dantidak berfungsi. Paparan di skrin gergasi ini sangat menyentuh hatikupada ketika itu kerana ternyata hanya circuit dan pelanggan Tellabssahaja yang tersenarai didalam list trouble ticket. Tanpa berlengahaku dengan pantas berjalan dan terus berjalan hingga tiba - tibapandangan ku jadi gelap seperti aku sedang pitam. Aku cuba mengawalkeadaan, meraba - raba dan memegang - megang dinding. Mujur kepalatidak pening, jadi dapatlah aku mengelakkan diri dari rebah dantumbang. Akhirnya aku berjaya mengeluarkan diri dari alam kegelapanseolah2 alam kejahilan itu dan kini berada dibilik server marconi.Setelah melangkah dan mengelak beberapa baldi yg diletakkan untukmenadah air dari bumbung yg bocor dibilik tersebut, aku sampai dibilik server yg menempatkan server dan workstation Tellabs.
Setelah itu aku duduk sebentar mengambil nafas dan bertafakurmemikirkan nikmat tuhan memberi aku deria yg membolehkan aku merasaikesejukan. Tetapi apalah gunanya deria jika tidak digunakan padasaluran yg betul. Tanpa membuang masa, aku terus mencapai jaket kulityang memang menjadi penghuni tetap bilik tersebut untuk menyetujuinaluri deria rasa itu tadi.
Jam pada ketika ini menujukkan pukul 8:30 malam. Aku bangun danberpindah ketempat duduk dihadapan workstation Tellabs paling hujungberhampiran tingkap. Dibelakang punggung aku rasakan server Sunberwarna biru itu meraung - raung seolah - olah mahu menggigit danmemaksa aku menggantikan harddsiknya yg faulty. Aku menoleh kebelakangdan memerhatikan server itu seketika sambil berkata didalam hati "Tunggulah server..bukannya aku tak nak ganti atau follow up pasalharddisk kau tu..tetapi alasan untuk aku melengah - lengahkannya masihbanyak...tunggulah sampai aku habis rehat dan kehilangan modal untukmenipu...hehehe".........
Kepala ku berpaling kembali kehadapan. Setelah memasukkan username danpassword, aku terus mendabel klik application network editor (NWED).Dari window NWED ini, dari toolbox, aku memilih node manager. Akuterus menacapkan anak panah tetikus ke node VADS yg telah lamadimaklumkan kepada aku tentang permasalahannya. Objek node tersebut ygberbentuk segiempat tak sama terpapar, tetapi masih tidak menunjukkankad2 dan unit2nya. Dibahagaian tengah objek node ini muncul satu lagikotak dengan perkataan "Please wait...Reading HW : Subrackinventory..."..aku terus menunggu dengar penuh sabar. Akhirnya kotakditengah node tadi bertukar perkataanya menjadi "Communication Error".Aku tidak cemas. Aku membawa anak panah tetikus kepenjuru atas sebelahkiri node ini dan kemudian memilih redraw. Setelah 7 kali aku redrawdan masih juga communication error, aku merasakan sesuatu msalah ygagak kritikal mungkin telah terjadi. Kemudiannya history alam ku bukamelalui aplikasi Fault Management. Aku menumpukan kekuatan otak kiriuntuk menganalisa data dari history alam ini. Sambil itu, otak kananjuga sibuk mengimaginasi apakah cerita2 bohong yg meyakinkan untuk akujawab pada pembesar - pembesar TM jika masalah ini tidak selesai dalammasa 2 jam. Dari history alarm, node ini mempunyai masalah 'reset' dan'unit initialization'. Hal ini samada kerana kad ini mempunyai masalahpembuatan (manufacturing defect) atau menghadapi konflik keranaterlalu banyak cross connection. Jadi, apabila kedua - dua faktor inigagal dikawal, kad ini akan cuba mengembalikan keadaannya yg stabilpada masa yg lalu. Manusia juga begitu. Apabila gagal mengawal hatidan perasaan akibat konflik dan crisscrashcross of problem, sesetengahmanusia akan reset kepada pemikiran budak - budak yg belum mumayyizdan apabila initilization otaknya gagal, akan berlakulah communicationerror dengan pencipta.
Aku bertafakur sekali lagi dan kali ini cuba menggunakan minda separuhsedar untuk mencari2 idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.belum sempat mendapat mimpi, nama ku dipanggil oleh jimi ygkemudiannya meminta status terkini akan masalah node ini. Jimi berlalupergi setelah itu setelah berpuas hati dan faham akan peneranganku.Akudengan ikhlas berterima kasih kepada otak kanan ku yg masih belumkehausan idea utk menyedapkan hati pelanggan.
Aku sedar jawapan yg kuberi pada jimi bakal menjerut leher sendirikerana dia akan melaporkannya pada pembesar TM yg lain satu persatu.Menurut Adinor, dalam pukul 10 dia akan sampai. Sekarang , jam telahmenunjukkan pukul 10:01 malam. Aku segera menelefon Adinor untukmenanyakan mengenai keadaan disite. Setelah habis nada dering, akumendail lagi. Setelah kali ketiga mendail dan tidak diangkat, akumenarik nafas untuk meredakan kemarahan. Selang 5 minit kemudian,telefonku berbunyi dengan melodi seperti dari mesin kuda."Sorry la Pul..aku semayang tadi..""Apa? semayang...laa...kenapa lambat? kan elok kalau solat di awalwaktu"..aku membalas dengan kata2 nasihat yang terhasil dari mindatanpa sedar dan tak sedar diri.

bersambung di episod ke6.......

dihasilkan pada 5 ogos 2008

No comments: