Friday 1 August 2008

Kenalpasti 'Peperangan' Kita

Semua manusia tidak dapat lari dari peperangan.
Hanya tempat dan lawan shj yg berbeza mengikut SKOP pandangan tertentu.
Peperangan tetap ada dan tetap akan ditempuhi oleh setiap insan walau seaman manapun bumi yg dipijaknya.
Contohnya, dari skop dunia, peperangan di Iraq antara askar amerika dan Iraq.
dari skop negeri, peperangan antara BN dan Pakatan Rakyat dalam merebut kuasa untuk memerintah.
dari skop tempat kerja, peperangan dengan majikan dalam mendapatkan kenaikan gaji.
dan juga yg terkecil, peperangan antara diri dan nafsu dalam mengelakkan untuk melakukan maksiat.

Ada pelbagai jenis peperangan. Dan amatlah penting untuk kita mengenal pasti peperangan ini supaya ianya berbaloi. Apakah ciri2 peperangan yg perlu kita sungguh2 perjuangkan, beri tumpuan dan berlawan hingga menang? Mudah sahaja. Apa shj peperangan yg disebabkan peperangan itu Allah redhai akan nasib kita selepas kita memenanginya (ataupun Allah redha dengan keputusan dan usaha kita berperang), maka peperangan ini adalah yg sepatutnya kita terlibat.

Contoh 1:
Kita memandu, ada orang mencelah. Kita jadi marah dan mengejar kereta tersebut.
Fikirkan:
Adakah peperangan ini berbaloi untuk kita menangi?
Adakah nasib dan kehidupan kita akan berubah dan bertambah baik jika kita memenanginya?
Sudah tentu tidak.
Mungkin kita dapat mengejar org itu dan menunjukkan penumbuk kepadanya, atau memberhentikan keretanya dan menerajang perutnya. Tetapi apakah penyudah akhirnya?
Manakah peperangan yg lebih utama?peperangan untuk berlawan dengan pemandu kurang ajar tadi ataupun peperangan untuk menjinakkan hati kita daripada menjadi seorang pemarah?

Contoh 2:
Kita sedang membuat kerja amal untuk membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap penyakit. Kemudian beberapa orang pemuda telah merendah - rendahkan kebolehan kita untuk melakukan kerja.
Apakah berbaloi untuk kita berperang dgn pemuda tersebut?
Atau adakah lebih berbaloi jika kita meneruskan peperangan hingga menang dan akhirnya masyarakat faham dan mempunyai ilmu yg tinggi?
Sudah tentu yg berbaloi adalah usaha untuk memahamkan masyarakat kerana peperangan inilah yg akan mengubah nasib masyarakat kepada tahap yg lebih baik dan inilah yg dimahukan oleh Allah yg bersifat maha berilmu.

Inilah pengajaran yg dapat diambil dari kisah Thalut, Nabi Nuh dan Nabi Muhammad.

Dikisahkan, Thalut telah dipilih menjadi pemimpin untuk berperang dengan tentera Jalut. Dan disaat beliau ditauliahkan, pemuka2 bani israel menentang dan merendah-rendahkan kredibiliti Thalut. tetapi Thalut tidak melawan dan tidak memberi apa2 reaksi bahkan terus menumpukan perhatiannya pada peperangan. Kenapa?
Kerana beliau telah mengenalpasti bahawa peperangan dengan pemuka2 tersebut adalah sia - sia dan peperangan dengan tentera Jalut itu adalah peperangan yg bakal mengubah nasib masyarakat daripada penindasan.

Nabi Nuh juga diejek ketika beliau membina kapal atas arahan Allah. mengapa beliau tidak melawan dan membalas ejekan2 itu? kerana beliau telah mengenalpasti bahawa usaha yg perlu dibuat dan yg diarahkan ialah untuk menyiapkan kapal terebut, jadi peperangan dengan org yg mengejek tadi adalah sia2 dan tidak akan mengubah apa2 nasib dan keadaan.

Nabi Muhammad apabila diejek, dicemuh dan dibaling batu hingga cedera. Jibril memohon izin untuk menimpakan azab pada penduduk Thaif yg kurang ajar tersebut. Dan beliau tidak menyetujuinya dan mendoakan supaya anak2 dan generasi thaif yg akan datang akan dapat menerima Islam. Atau dgn kata lain, semogo Allah mendengar ejekan mereka dan memberi kemenangan dan keredhaan kepadaku di masa akan datang.

Kesimpulan dari 3 kisah ini, pastikan peperangan kita (berdasarkan situasi) sepertimana Thalut, tumpukan usaha dalam peperangan, sepertimana Nuh dan biarkan segala ejekan dan cemuhan berlalu pergi sepertimana Muhammad yg akhirnya mendapat keredhaan Allah dan kemenangan apabila generasi terkemudaian dari Thaif menjunjung Islam.

-wassalam

No comments: