Thursday 7 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 4)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD4... "Mi , ko tengok mamat yg kerja buat renovation tu. Cilok karpet tu..." aku berkata pada norazmi sambil muka memandang pd brader tadi"Alah pol..bior le." itu sahaja yg aku dengar jwpn dari azmi"MMM..oklah" balasku Kami berjalan menuju ke lif yg terletak disebelah kiri kaunter.Kehadiran kaunter tersebut menjadikan kawasan selepas memasuki pintu itu kelihatan seperti lobby. Kaunter kayu yg teguh itu lebih kelihatan seperti kaunter berhantu kerana tiada manusia yg menunggu disitu. Jimi dgn cepat menekan butang lif yg beranak panah ke atas.Kami menuggu kedatangan gerabak lif ini.Di ubun2 Lif sebelah kanan menunjukkan dimana gerabaknya berada.sekarang ianya naik ke atas dan berhenti di tingkat 10.selang 10 saat kemudian, lif ini turun dan berhenti di tingkat 9.kemudian 8.kemudian 7. Kemudian aku perhatikan lif disebelah kiri. dari tingkat 4, gerabaknya terus menuju ke tingkat 10 dan berhenti. Itulah skill yg dipakai oleh staff tingkat 10.semata - mata kerana ingin mengambil lif sebelah kiri dan terus turun ke tempat letak kereta di ground floor, sanggup mereka menyeksa lif sebelah kanan dengan menekan butang 1 hingga 10. Yang peliknya, bila lif ni nak balas dendam, Nazim yg tak de kena mengena dgn skill butang 1 sampai 10 ni pulak yg jadik mangsa amukannya.
Akihirnya lif sebelah kiri yg baru sahaja sampai dari ground floor membuka pintunya.didalmnya sudah ada seorang warga TM memakai baju sejuk yg berlogokan penyu huruf TM dan jug apenyu jadian. Jimi masuk dahulu dan berdiri disebelah lelaki tersebut dan aku mengikuti. Sambil menunggu pintu tertutup, mataku melihat bilah dan menuggu - nunggu gerakan dari bilah pintu sebelah kiri. Sebaik sahaja ia bergerak, aku dapat melihat tulisan "MAHA" dan dibawahnya perkataan "BO". Tulisan dgn pen permenant marker berwarna merah ini agak manimbulkan teka teki.apa maksudnya ini? akhirnya, setelah pintu kanan dan pintu kiri bertemu sempurna, barulah teka - teki itu terjawab. "MAHATHIR" adalah perkataan di barisan pertama dan "BODO" adalah dibarisan kedua. Aku tersenyum dan kemudian tergelak sedikit. Pada aku , si penconteng ini adalah sgt kreaktif kerana dapat meghasilkan satu tulisan statik yg berjaya dianimasikan secara mekanikal. Dan perkataan yg dipilih , ditulis dan dipaparkan dengan penuh simetrik. 6 huruf dikiri dan 6 huruf dikanan. Kami bergerak naik. Lif berhenti di tingkat 4. Warga TM berbaju sejuk tadi keluar. Seterusnya lif terus mandaki dan akhirnya sampailah kami ketingkat 10. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku dapat merasakan sedikit udara sejuk. Aku keluar dan membelok ke kiri menuju ke pintu masuk. Pintu kaca ini telah menampakkan sedikit titik2 air yg halus. Pemegang pintu yg berwarna keemasan itu sungguh sejuk terasa bila kupegang utk membuka bilah disebelah kiri. Pengimbas kad yg mempunyai butang bernombor mengeluarkan bunyi yg merengek rengek seperti minta dikeluarkan dari TM bersama - sama dengan penyu jadian. Aku masuk dengan langkah kanan apabila teringatkan petua org tua tua yg sudah tua, tetapi yg mula2 terasa sejuk ialah muka ku. Tiba - tiba aku terasa agak kaget dan seperti tidak yakin dapat menyelesaikan masalah GMX ini. Biasanya aku tidak berpersaan begini. Kali ini amat berbeza sekali. Seperti dapat kujangka bahawa sesuatu yg tegang dan tidak baik akan berlaku. Walaupun begitu, berbantukan iman yg teguh, aku menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan...aku berjalan melintasi sofa coklat yg empuk dan juga bilik mesyuarat utama. Belum sempat aku masuk , aku terlihat kelibat manusia seperti mahu menuju keluar dari bilik FM tersebut. Hatiku agak berdebar. Siapa mamat ni? Myzilan ke? CEO TM ke?

..bersambung di episod ke5...

written on August 1st 2008

No comments: