Wednesday 6 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 3)

NOTES.....(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

EPISOD3...

flashback episod2...selepas menempuh jem, dan memerhatikan warga KL menikmati senja masing2, aku sampai dan memarking kereta di hadapan bangunan JRC lama.Bila nak masuk, tiba2 ada masalah di pondok pengawal...."Tok leh masuk!" , bentak seorang pengawal mahmud sekurity dari dalam."Kenapa tak boleh masuk? Apasal tak boleh masuk?" aku bertanya kembali dgn soalan beredundancy 1+1."APEX punya surat dah tamat tempoh!""Mana? tak nampak pun?" "Sini. Mari sini tengok!""Mana?Mana nampak dari tingkap kecik ni"Akhirnya pengawal itu dengan malasnya keluar dan membawa fail surat kebenaran tersebut.Di atas poket kiri pengawal ini tertulis tag nama "NAEMATUL". Gadis yg seusia dgn bangunan JRC lama itu pun membuka dan mencari2 surat kebenaran APEX. Sungguh uzur keadaan fail itu. Surat2 didalmnya juga kelihatan kehitam - hitaman ditumbuhi koloni koloni kulat yg sungguh mikroskopik. Dan aku percaya dengan baja bersin dari pengawal2 yg ada, koloni2 ini akan tetap subur dan membiak. "Ni. Tengok ni. Tarikh dah tamat semalam!" dia memberitahu bersungguh2."Tapi skrg ni emergency kak. Saya kena repair komputer kat atas tu" aku cuba menjelaskan pada pengawal tersebut. Memanglah aku menipu. tiada komputer yg rosak. tetapi aku memilih untuk mendapat dosa menipu daripada mendapat dosa membazirkan masa untuk menerangkan equipment2 dxx yg mmg dia tak pernah tahu sejak tadika. Walaupun menipu dan membazir adalah sama2 perangai syaitan, tetapi syaitan memilih utk menipu dahulu dan kemudiannya barulah membazir. Syaitan menipu adam utk mengeluarkannya dari syurga. dan kini aku menipu pengawal utk keluar dari kesilapan diri aku sendiri sebab semalam aku lupa submit borang kebenaran masuk itu pada ketua pengawal. "OK lah. biar saya call orang TM sekejap" aku berkata"Call la.kalau ketua pengawal bagi masuk, baru boleh masuk" kata pengawal tersebut dgn nada seperti perempuan yg kedatangan haid tanpa terduga."OK, kejap lagi dia turun"aku berkata ringkas dan terus memasukkan henpon kedalam poket seluar hadapan sebelah kanan.Pintu tingkat 1 bagunan TM yg bercermin gelap itu terbuka. Kelihatan seorang makhluk separa tinggi separa rendah berjalan2 menuju ke pondok pengawal.Rambutnya ikal.wajahnya mirip2 pak uda, tetapi dia lebih muda."Apa masaklahnye ni pol" kata pemuda ini dengan loghat perak yg memang sama mcm pak uda."Ko tanya la akak tu" aku membalas
kemudian aku melihat pemuda ini bercerita dan berbincang dengan pengawal perempuan tadi.sekali sekala kedengaran suara2 tinggi dan dijawab dgn suara2 yg berpitching tinggi juga dari kelompok manusia itu. Dua org pengawal lain kelihatan datang untuk menyertai muqabalah itu. Akhirnya muqabalah menjadi muzakarah dan mencapai kata sepakat."Jom" itu sahaja yg dikatakan padaku."Terima kasih mi..." itu sahaja yg mampu aku ucapkan pada pemuda ini yg telah menyelamatkan aku dari imaginasi2 ngeri diperiksa2 dan diraba2 oleh pengawal tersebut.Kami menuju ke pintu masuk. Aku terpandangkan ucapan "SE AMAT DATA G" yg berwarna tembaga keemasan tergantung didinding sebelah kanan pintu tersebut. seperti suhaizi, ucapan ini juga kehilangan L nya.dan huruf N kelihatan terjuntai2 meminta simpati utk dibetulkan.Aku membukakan pintu untuk Jimi dan mempersilakan dia masuk ke bangunan ofisnya sendiri. Sebaik sahaja masuk, disebelah kiri, aku ternampak beberapa pekerja masih berada diruang pejabat yg baru dibina. Ruang ini dahulunya adalah galeri yg menempatkan gambar agong dan bininya dan mahathir serta bininya.Inilah satu - satunya galeri yg aku pernah pegi dan hanya mempamerkan gambar agong dan bininya serta dua doktor laki bini. "Banyak kerja bang?" aku dgn ramah menyapa pekerja yg sedang menyiapkan office yg dulunya galeri agong itu."Ehh...tak de lah..dah nak balik ni..""Oh.patutlah kerja lambat dan jawab terketar2.rupa - rupanya cilok carpet galeri.Takut kantoi la ni" aku berkata didalam hati..

bersambung di episod ke4

written on July 31st 2008

No comments: