Tuesday 5 August 2008

PERGADUHAN SEMALAM (EPISOD 2)

NOTES.....
(actual date yg dipost ke blog adalah 5th September...but recorded date in blog was backdated according to the day i wrote this story...)

......EPISOD2
Flashback episod1.... setelah kaki hampir kejang akibat bermain dgn pedal minyak dan pedal brek di federal highway, akhirnya aku sampai dilampu isyarat persimpangan 5 jalan...Jalan Tun Perak,Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan TAR,Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen...bila lampu sudah hijau, aku masih tidak dapat meneruskan perjalanan....
"Apa masalahnya ni???..haram betul la polis ni. Bagi la belah ni jalan pulak"..begitulah bentak hatiku sendirian. Nyata keberkatan yang kononnya tadi dicedok sebentar ketika melalui masjid negara gagal menyelamatkan aku. Apalah ertinya keberkatan itu jika tidak disusuli dgn amalan soleh yg istiqamah."Pret pret..pret pret.." kebingitan bunyi ini tiba2 menganggu.nombor dgn pangkalnya 032020 terpancul dipaparan henpon......"Ah...tak sabar2 la org TM ni..nak cepatttt ajee" getus hatiku lantas menyilentkan henpon tsbt (silent mode).gelombang2 gsm seperti dapat aku perhatikan menusuk2 ke telepon.dalam hati aku berfikir..."mungkin org TM ni tgh menghayati nilai2 kristal diorang, tu sbb aktif follow up..tak pe..biarkan diorang cari kristal tu sampai jumpa...heheheh"..aku perhatikan iklan2 yg menghiasi tiang2 landasan lrt yg berada kira-kira 40 meter dihadapan.dari satu tiang ke satu tiang. barulah aku tersedar akan kehebatan kristal!siti penyanyi no1 malaysia,berjaya di pikat oleh TM utk sama2 membelanjakan wang keuntungan TM hasil dari penghayatan kristal.dan dengan adanya siti, TM dikenali sebagai pemimpin dalam semua peniagaan yg TM tawarkan, terutama sekali dalam perniagaan memajukan teknologi dan industri muziknegara...dan ini selaras dgn misi pertama TM..(note : org TM dan bekas org TM jgn marah aaa..hehehe)
Kulihat kembali henpon yg berada di tempat duduk penumpang hadapan.Lampu skrin henpon aku terkedip-kedip terkedip-kedip ibarat kelopak mata noramli yg terkebil - kebil dan terkedip-kedip bila disoal-soal oleh syafreda dalam meeting.Kali ini, skrin memaparkan nama pemanggilnya. "Suhaizi JRC"..itulah tulisan yg tertera. Aku jadi serba salah. akhirnya, setelah memikirkan bahawa suhaizi ini adalah downline aku dalam website menjana duit yg terulung iaitu 12dailypro, maka aku pun terpaksalah angkat...
"Pu.Pu..mana kau Pu...cepatlah Pu...ni mayzilan dah asyik dok call aku je ni..."soal suhaizi daud. Dalam hati aku menjawab..."Alahai mamat ni..mcm la baru hari ni mayzilan asyik dok call dia...man man laa...dah la panggil nama aku sleng kelantan tak de L kat blkg"..dengan penuh sifat kejujuran, aku menjelaskan koordinat dimana aku berada.tak sanggup aku nak berbohong dangan orang yg telah dibohongi oleh 12dailypro ni.sambil aku bercakap2, tiba2 polis didepan mengarahkan kereta2 dari jalan sultan hishamuddin untuk bergerak. Aku dgn sopan dan hormat memberitahu suhaizi aku kena letak talipon sbb ada polis kat depan. Aku teruskan perjalanan dgn membelok ke kanan mengambil jalan tun perak.jalan masih sesak.beberapa kanak2 bangladesh yg berwajah seakan - akan penumpang tempat duduk belakang kereta bentley milik apex kulihat sedang berlari2 anak masuk ke masjid jamek disebelah kanan.di sebelah kiri , seorang pemuda indonesia sedang membogelkan pisang dari kulitnya dan memberikan kepada rakannya yg sedang menggoreng pisang. sambil menggoreng, pemuda dalam usia 30-an itu memerhatikan kiri dan kanan dan selepas itu mengorek2 jerawat yg ada dipipi kirinya. Di atas kepala aku, deretan gerabak2 keretapi dengan ganasnya menenyeh landasan2 besi, menghasilkan bunyi yg amat moden sekali. Dibawah aku sungai gombak mengalir lesu seolah - olah tidak sanggup mahu bercampur dengan air dari sungai kelang yg nyata kotor, busuk dan bernoda. Nyata org gombak lebih teliti dalam hal2 alam sekitar.Kereta aku mengesot kehadapan sedikit. dihadapan kereta aku perhatikan keadaan jalanraya yg sebahagiannya telah dipancutkan dgn air sireh.seorang perempuan india tua sedang keluar membakar setanggi.bau setanggi yg cukup kuat memeningkan kepala aku.sesekali terasa macam ada 6 batang tangan tumbuh disebelah kanan kiri tubuhku dan belalai tumbuh dihidungku..."inilah masyarakat majmuk.alangkah baiknya kalau masyarakat ini majmuk, tetapi kekuatan akhlaknya satu?"..aku mengandai2 dan mengkhayal2 sendirian..sedar tidak sedar, aku sudah melintasi leboh ampang, jalan Tun HS Lee dan Jalan Hang Lekiu. Aku terus membelok ke kiri masuk ke Jalan Raja Chulan. Jalan sebelah kanan ku sesak teruk. Aku menunggu sebentar lampu isyarat selepas simpang ini.Dihadapan kulihat bangunan TM JRC yg bersebelahan dgn Muzium TM tersergam menanti untuk aku bekerja. Beberapa org kontraktor pada waktu itu sedang berkemas2 utk pulang kerana senja hampir menjelang tiba dan imam yg dalam perjalanan ke masjid jamek sempat menjeling kearah mereka. Seorang pekerja itu tersenyum puas memerhatikan hasil kerjanya memasang logo berlampu. Aku juga memerhatikan logo tersebut. "Memang cantik logo TM yg baru ini.Berkepala merah, berbadan oren. Seakan2 penyu jadian rupanya. Cuma penyu ni mcm nak keluar lari dari TM.Kenapa agaknya?" aku berkata2 sendiri sambil tersenyum.Aku sampai dihadapan gate TM JRC. Pengawal disitu sedang asyik mendengar radio dibawah bagunan lama itu. aku membunyikan hon. kali ketiga hon dibunyikan, barulah datang seorang pengawal yg kurus dgn lencana mahmud sekuriti membukakan gate sambil berkata ,"Sorry pul, tak dengo tadi". Aku menjawab ringkas "tak pe".Aku lantas meletakkan kenderaan kancilku disebelah sebuah kancil milik TM.Tanpa membuang masa, laptop dan fail2 yg aku pun tak tahu apa isinya kubawa.Sesampai sahaja di pondok pengawal, aku tidak dibenarkan masuk. "Tok leh masuk!" itulah kata2 yg keluar dari seorang pengawal perempuan dari dalam pondok itu....kenapa aku tak boleh masuk? siapakah pengawal tersebut yg tidak memberi aku masuk?siapa yg membantu aku dalam hal ini?....

bersambung di episod ke-3.....

written on July 27th 2008

No comments: