Tuesday 25 December 2012

Club Indigo Haiti

Bercuti di resort yang bernama Club Indigo , Haiti adalah pengalaman yang amat menakjubkan.

Pemandangan yang indah, makanan yang pelbagai pilihan dan kemudahan kolam renang yang besar dan cantik.

Laut Caribbean sememangnya terkenal dengan kebiruan dan kejernihan yang mengundang ramai pelancong dari seluruh dunia, tetapi tidak ramai yang mahu datang ke Haiti kerana ketidak stabilan politk, ekonomi dan keselamatan.

Di kesempatan percutian ini, aku telah mengambil video lompatan / terjunan kolam mandi...ini bukanlah video dalam air yang pertama, tetapi, disebabkan ianya bagi ku amat menarik...jadi elok rasanya aku share...



Inilah anak aku...Erissa...terjun...dan tak sangka, sekarang dia dah pandai berenang, hanya belajar sendiri sahaja...dan boleh berenang di kolam orang dewasa....aku bangga sebab dia berani dan yakin pada diri sendiri...
cita - citanya nak jadi macam Pandalela Rinong.....aku akan cari cara macam mana nak jumpakan dia dengan Pandalela...macam mana agaknya?...

Friday 3 August 2012

Hilang handphone

Ahad lepas, 29 Julai 2012..aku menginap di hotel Beau Rivage..di bandar Cap Haitien, bahagian utara Haiti.

Selepas selesai tugasan kerja,,aku dan 2 org kawan dari Mexico serta sorang pemandu warga Haiti mengambil kesempatan melawat Citadel dan pantai Labadie...

Dipendekkan cerita, setibanya aku dirumah setelah melalui perjalanan 6 jam Cap Haitien ke Port Au Prince...baru aku sedar iPhone aku takde....bila ingat2 balik,,memang aku tertinggal di bilik hotel...dan memang pasti sangat tersorok bawah selimut masa aku snooze alarm....

Dalam hidup aku, ni kali kedua aku hilang handphone...first time tahun 2000...kira2 12 tahun yg lalu...masa kerja kat CK Teknik...hilang dalam office masa tengah charge,,sementara aku ke bilik air,handphone pun lesap..tapi kali ni lagi pedih,sebab iphone...dulu nokia harga RM750...skrg iphone 3gs 32GB..RM2,200 masa aku beli...

yg lagi buat aku tak boleh tidur,,,macam2 maklumat ada dalam tu.....
gambar ica....gambar family...gambar bini.....gambar kawan2....maklumat username website2 dan juga hal2 peribadi dan sulit melibatkan diri , kerja dan syarikat....

akhirnya aku SMS kat member aku.....jurutera sistem MSC...atau CORE,,,,,bahagian yg bertanggung jawab dalam segala hal2 yg berkaitan sambung menyambung kan talian/panggilan antara phone kat Haiti...

Member aku cakap dia akan tolong aku detect kat mana phone tu,,,,,
aku pun bagi no phone...akhirnya,walaupun bagi no Malaysia, dapat juga dia detect IMEI phone dan lokasi phone....

Cuma keadaan masih blurr,,,sebab, walaupun tahu lokasi...sapa yg nak pegi cari?...lokasi pun dalam lingkungan 500m persegi.....dan bila aku call, no ni tak akftif....

Malamnya aku check, gambar seorang warga Haiti dah di muat naik ke laman Facebook aku...
Ahhhh..kacau....aku terus google cara nak logout FB remotely,,dan juga lock iphone secara remote..
Ok..selesai dua perkara tu,,,,kalau mamat tu connect ke internet...fb aku dah logout..dan iphone akan autolock.....

Esoknya aku masih menanti email mengatakan hp aku dah dilock.....masih takde,,,,,pandai juga budak ni rupanya,,tak connect internet takut hp dikesan dan lock.....takpe....aku tak putus asa,,,dan terus mencuba.....

Aku minta member kerja MSC tadi bagi nombor dari SIM card yg diganti ke iPhone aku...yesss...dapat......

Aku terus cerita kat Rosemond (rakan sekerja, orang Haiti) ,,dan minta dia call budak tu bgtahu pulangkan hp aku balik.

First call....budak tu bgtahu dia ada kemas bilik hotel tu tapi tak jumpa apa2....

....Rosemond terdiam buntu,,,,aku tergamam manggu sambil tak percaya....dan geram marah pun mula timbul......

aku cakap kat Rosemond....suruh dia bagitahu kat budak tu "handphone yang dia ambil adalah handphone orang yg kerja dgn digicel...dengan operator...kitorang yg jaga sistem...kitorang yg monitor segala keluar masuk call dan rangkaian telekomuniakasi di Haiti..apa shj nombor dan aktiviti phone kami tahu!...tukarlah sim card berapa banyak pun...pergi lah kemana sekali pun..kami tahu lokasi dia! dia tak boleh lari dan dia tak boleh nak tipu! sbb tu kita boleh kesan nombor ni ...sim card yg dia cucuk ke iphone tu....jadi, sebelum kami cari dia dan bawa pergi balai,sebelum kami report dan dia hilang kerja serta masuk penjara...baik selesaikan cara baik!...pulangkan phone,,owner akan bagi duit upah...dan sama2 senang hati!..."

Second Call.....

Rosemond pun cakap macam yg aku suruh.....

budak tu akhirnya mengaku hp tu ada kat dia dan suruh dtg ambil......
ok...kitorang ckp weekend kitorang gi ambil .....

selang beberapa lama budak tu call balik...cakap dia takde hp tu.....
Rosemond jadi hangin....rupanya budak tu dah takut dan cuak kalau dia hilang kerja dan masuk penjara,,,,,,puas Rosemond pujuk bgtahu kita settle cara baik...akhirnya dia setuju.....

tak berapa lama kemudian, budak tu call lagi bgtahu kitorang tak perlu datang....biar dia je yg hantar kat owner, dia takut nanti boss dia nampak dan aku bawak polis kalau aku datang ke hotel..esok juga dia ckp dia akan hantar....hmmm....aku dan Rosemond senyum dan iyakan aje.....Alhamdulillah...

Ya memang benar...esoknya dia datang....dan pulangkan phone aku...
keadannya baik....cuma ada beberapa SMS aku dah terdelete dan beberapa SMS baru yg tak berkenaan wujud......takpelah...sikit punya hal..yg penting maklumat sulit terjaga dan masih ada.....

Tapi Rosemond pulak jadi rimas.....sebab bini budak ni berkali2 call dia bgtahu jangan apa2kan laki dia dan jangan masukkan laki dia dalam penjara....aduhhh...payah juga kalau ayat ugut terlebih ni.......
Rupa2nya budak ni sebelum pergi pun dah bagitahu bini dia yg dia mungkin tak balik sebab kena masuk penjara....kesian la pulak aku kat dia.....

Aku upah budak ni 3,000 Gourdes.....(100 usd = 4,100 gourdes)....mula2 dia tak nak ambil sebab takut tu umpan utk tangkap dia masuk ke penjara...tapi last dia ambik sebab aku expalin tu utk tambang dia pergi balik dan duit makan dia......aku bagi Rosemond 1,000 gourdes,,,,,maknanya hampir USD 100 aku belanja utk dapatkan balik iphone aku.....

Tak tahulah harga iPhone ni berapa skrg....mungkin RM300 - 500 boleh dapat....tapi maklumat dalam iphone aku mmg tiada nilainya......

tak kisahlah aku habis USD100...sbb minyak , makan dan hotel nak ke Cap Haitien kalau aku pergi pun dah lebih dari usd150.....masa , tenaga lagi....

Kesimpulannya......berhati2lah jangan sampai hilang handphone, terutamanya smartphone ..bila alat telekomunikasi ada macam2 maklumat sulit....dia dah jadi macam alat sulit juga,,,tak jaga privasi betul2 bahaya......... dan juga, kalau jumpa smartphone,,pulangkanlah atau tak payah ambil....sbb dia akan menjadikan hidup kita bertambah sulit....
 
Aku ucapkan terima kasih kat kawan2 aku yg membantu....diorang ckp kejayaan ni sebab Jesus bersama2 kita...ya..aku mengangguk setuju....

Tribute to:
Rosemond, Jose Luis and Jesus Bucio.

  

Wednesday 2 May 2012

4 hari di Miami - Part #1

Sementara ingatan masih segar, biarlah aku ceritakan pengalaman yang aku harap dapat memberi manafaat dan info2 yg sihat...pada sesiapa sahaja yang membacanya,,terutama sekali pada diriku sendiri,,yang selalu lupa akan kesilapan yg telah dilakukan.....

Kisah ini, adalah hasil dari perjalanan dan keberadaan di Miami selama 4 hari..yang aku manafaatkan untuk merasai pengalaman dalam beberapa perkara:

1) Perkhidmatan pengangkutan awam
2) Perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan / urusan beli - belah
3) Pendidikan kanak - kanak
4) Hubungan dan sambutan terhadap org luar...
5) Perkhidmatan awam..(polis, imigresen,kastam,,,dll)

..Hari pertama,,27 April 2012...
Jam 8 malam aku sampai di Miami International Airport..penerbangan dari Port Au Prince (PAP) tadi memang mengasyikkan,,,gegaran demi gegaran akibat menempuh turbulence demi turbulence membuatkan nama Tuhan disebut berkali2 oleh semua penumpang...

Pemeriksaan di imigresen Miami amat ketat...sebelum ke kaunter imigresen, ada 2 borang yang harus dilengkapkan.
1 - borang boarding / imigresen
2 - borang declare barang yg dibawa ..utk kastam...
Line beratur punyalah panjang....lebih 50 orang...dan ada lebih daripada 20 line...masa ni lah aku tengok ada sorang pak cik tua,,dengan sadisnya disuruh ke belakang, beratur semula..sebabnya?...tak isi borang dengan betul..bukan apa,,xde alamat lengkap di USA...ya,,,kalau nak masuk USA, prepare alamat hotel atau motel yang nak dituju...kalau xde, hasilnya kena beratur ke belakang,,atau lebih teruk, kena masuk bilik khas,,,disoal jawab sbb ditakuti masuk nak kerja dan jadi PATI...tapi pegawai imigresen gemuk, berambut separa botak mcm clown dan berperut buncit ni mmg tak patut halau pak cik tadi...bagi la kesian sikit kat org tua...tapi itulah USA...

Tiba giliran aku...mudah,,sekejap shj...ambil cap jari pun cuma 5 jari tangan kiri shj, tak perlu 10....rekod dah ada ,,senang...tapi ada juga soalan2 pemerangkap...contohnya:
1) Bila last sekali masuk USA?
2) Apa nak buat kat USA?
3) Buat apa kat Haiti? Kerja apa? Post apa?
Ya..berdasarkan rekod lama...kalau aku jawab tak konsisten..memang masuk bilik khas jawabnya....
Dengan yakin, lafaz yang jelas lagi lancar aku jawab...sama mcm jwpn dulu2...so, lepas lah aku dgn mudah....

Ambil beg...sbb lama sangat beratur tadi (dekat sejam)..beg pun dah disusun cantik...conveyor pun dah berenti....off...tiba2 aku nampak anjing 2 ekor menyalak2 kat sorang mak cik...yupp...aku dah risau,,,takkan makcik yg innocent ni ada bawa dadah...rupanya,,,bila dibuka,,,ada buah2an..mmm..betul la mcm video penghilang boring yg ditayangkan masa beratur tadi...sambil beratur semua hadirin dihidangkan tayangan mengenai proses dan prosedur kemasukan ke USA...di sempadan dan pintu masuk....undang2 USA,bagaimana isi borang,mcm mana cara diambil cap jari dan photo...dan juga termasuklah anjig pengesan dadah dan buah....buah pun anjing ni pandai kesan..

Nak keluar, melalui kastam...beratur lagi....aku bagi peluang pada org yang berkerusi roda utk pergi dulu....kesian...bila aku bagi,,tanpa ucap terima kasih,,,terus dia panggil family dia....mak oiii...8 orang semua!!..banyak pulak tu beg....lambatlah aku nak lepas...makan masa 3 minit juga...nampak sekejap 3 minit...tapi sbb hati panas sbb xde hormat ucap terima kasih, rasa mcm lama sgt..hmm..nampak sangat tak ikhlas..heheh

sampai sahaja diluar...aku terus menuju tingkat 1....walaupun bas utk menunggu shuttle ke hotel adalah di tingkat 2....kenapa?..sbb aku nak call free ke hotel....phone free ada kat tingkat 1...aku mencari2 hotel nama hotel howard johnson yg dah dibooking dan dibayar secara online melalui website hotwire.com, hampa...hampa sbb xde!..cheh..aku dah rasa hotel ni kedekut dan servisnya haprak...akhirnya, aku pun terpaksa call pakai phone sendiri..nasib baik kredit masih ada,,,,

"Sorry..the shuttle just left the airport ...you have to wait for 30 to 45 minutes...which airline are you in?..."...
dgn hampa aku menjawab....
"Whatttt??? 45 minutes?...huh...ok..ok..I will wait at American Airline area..."...
slm hati aku berkata..."nak free call...last2 free2 kena tunggu lagi sejam!"....
sejam pun sejamlah...dah dia kasi naik free pun kira ok...

Aku menunggu di aras 2...Hampa...lagu dari iphone dah byk kali aku tukar dan putar.....menghilangkan kebosanan dan meredakan hati yang panas.....tepat masanya,,,setelah 45 minit,,,shuttle pun sampai dan berhenti setelah dilambai.....

setelah 40 minit...sampai aku di Hotel Howard Johnson...di bandar yg namanya Hilaleah....deposit USD25...satu malam harganya USD98 kalau walk in,,paling murah..tapi aku dapat harga USD58...sbb pakai hotwire,,,,disebabkan restoran tutup pkl 11 mlm dan hanya bar buka sampai pukul 1..aku pun pergi settlekan perut aku dulu.....restorannya cantik..lobby hotel ok..orgnya friendly...mmg tak sama dari apa yg aku sangkakan....

biliknya ada 2 katil queen size..bilik air ada tub...kopi semua ada...syukur sgt,,,dan mohon ampun pada Tuhan,,,sbb bersangka buruk pada ciptaannya tadi...bersangka buruk pada hotel, staff keseluruhan hotel ni,,,dan hari ini sebelum tidur aku belajar satu benda....bersangka buruk yang paling buruk bagi seseorang manusia terutamanya aku ,,adalah bersangka buruk akan masa depan nasib sendiri..kerana Tuhan didalam Al-Quran banyak menceritakan dan menjanjikan tentang masa depan yg lebih baik dari masa sekarang..hanya kerana pra sangka buruk, kebaikan itu gagal dicapai..









Sunday 22 April 2012

sembahyang kau dan sembahyang aku

setiap ahad, pasti bunyi muzik dari perkampungan depan apartment aku mengalunkan muzik2 gerejanya...bermula jam 6 pagi...ada yang diiringi nyanyian,ada juga muzik dari organ shj....dan kadang2 lagu dari radio..kemudian diikuti dgn tarbiah dari penceramah yang melontarkan kata2 penuh semangat....

itulah cara sembahyang/solat mereka....

Membawa ke petang ahad,,dalam pkl 8...berenti sekejap muzik2 gereja...dan keadaan sunyi seketika...hening..hanya kedengaran bunyi katak yg menandakan sistem ekologi masih lagi terkawal...

..dan mula dari jam 9 tadi,,sampai skrg ni pkl 1.15 pagi...mulalah lagu2 kompa,R&B, jazz dipasang,,dgn volume yg sama kuat mcm ceramah tadi...

"Harammm woi!!! aku nak tido laaa!!!" itulah jeritan batinku...kalau gereja tadi mmg aku boleh faham sbb semua menuju kebaikan...menuju tuhan....menuju keamanan...tapi kutu joget kampung mmg takde maaf!!!....

Tiba2 teringat aku masa kat KL dulu...seketika dulu ,,,,masa zaman2 muda...hari jumaat...pagi jumaat...mmg pagi dan hari yg paling ceria....

Pkl 12.30 pegi solat...di beri ceramah, tazkirah..dan khutbah....

Pkl 12.30 juga,,malamnya....keadaan aku hampir sama mcm penduduk kampung depan ni...hmmm...mungkin ini balasan tuhan....

dan akhirnya aku tertanya.....sembahyang kau, sembahyang aku...adakah sama?..hanya utk cuci dosa, dan kotorkan semula dgn cukup segera....

note: dulu pernah jugak jadi mcm ni...tak boleh tido sbb bising...selepas puas berdoa, berharap, memohon dicampuri dgn sumpah seranah,,,,akhirnya hajat dikabulkan..muzik berenti..tapi dgn  cara yg mmg amat mencuakkan....berenti sbb ada gaduh dan ada bunyi tembakan....lepas tu aku tak boleh tidur sbb juga,,,takut peluru sesat...






Thursday 5 April 2012

kisah babi dua kali

Kisah yang aku nak cerita ni agak memualkan,,sebab berkaitan dengan kes tersalah makan.
Jadi pada yg tak larat dan cepat kembang tekak, dinasihatkan berhenti disini.

Babi..ye,..bila marah dan naik angin memang sedap mencarut pakai nama binatang ni...
contohnya:
- Babi betul la kereta depan ni,,masuk simpang tak bagi signal!....
- Babi punya boss,,sikit punya hal pun nak marah!
......banyak lah lagi....dan boleh dikatakan babi ni mmg binatang yg paling betul (sbb byk kali disebut babi betul la...) dan paling kerap disebut (sekurang2nya di Malaysia)...

Ye..mencarut babi memang sedap...kalau termakan babi amacam?...

Minggu lepas, aku dgn tuanku azham jalan2 kat lincoln road miami,,,sedar2 dah pkl 2...khusyuk test mengetest apple iPad punya pasal, tak teringat nak mkn tgh hari...dipendekkan citer, kami pun cari restoran...tuanku ckp nak gi burger king..aku ikut aje...lapar memang tahap giler babi ni....jalan punya jalan,,cari punya cari tak jumpa2...aku pun ambik gps kat dlm kereta..ikut koordinat dalam gps...tak jumpa juga...yg babinya tu,bau burger ada,,restoran nya tak jumpa...

akhirnya, kami masuk McDonald...sbb dah 2 kali pusing (jaraknya sama mcm jalan dari klcc ke lot 10..pergi balik..)..aku order set filet - o - fish...sedappp...mulalah lepas tu jadi tamak..tak cukup..kononnya lapar lagi,,,nak beli single burger,,dan gatal2 aku pun order McChicken...(ni mmg salah aku sbb tak order filet juga..)

Tanpa buang masa, aku pun ngap burger ayam ni...nasib baik mulut aku kecik,,kalau besar mau separuh aku dah telan...tiba2 azham yg dok depan aku slow2 cakap...
"Bro,,apa tu?..bukan babi ke?"....
"Mana?..."
aku pun selak roti lapisan atas...maka semerta itu bau hanyir babi pun ditransmitkan...dan dgn synchronizenye terus terucap dari mulutku "Babi betul laaa....."...Aku cuba buang babi yang dinamakan bacon ni..bacon yang digoreng garing,,saiz 1cm x 8cm...cuba nak makan roti dan bahagian burger yg tak kena babi ni,,,,tapi betul lah,,kalau dah babi tu memang babi juga,,,bau hanyirnya tak sanggup aku nak ingat lagi....nasib baik aku dah makan filet-o-fish tadi,,,

............

Esoknya,,,kami ke Orlando..pagi,lepas beli-belah lebih kurang (rabak juga aku kat Orlando Premium Outlet ni...)...kami terus ke Universal Studio....sampai tengah hari mmg lapar..+ kempunan Burger King smlm..tiba2 kat City Walk ada Whopper Bar...tercapailah hasrat kami.....
(utk makluman, tempat lain pun semuanya tak serve mknn yg halal....)

Aku order Angry Whopper....namanya sedap...mcm angry bird pun ada....aku ambik sbb gambarnya tunjuk berapi2..pedas katanya...aku ngapp...memang pedas,,tapi ok lagi...lidah dan langit2 aku masih boleh terima pedasnya...daging dan sayurnya pun fresh....juicy....air liur aku keluar dua kali ganda dari biasa.....

tiba2 aku terasa rangup2 ...hish...mende plak ni....
kali ni aku tak payah nak selak roti...sebab dah tinggal kurang dari suku.,,intai je...lepas tu tolak sikit...ada la dalam 4 keping benda halus2 nipis garing saiznya lebih kurang 0.5cm x 3cm.....sambil buang semua benda halus ni, aku terus makan dan habiskan baki whopper tadi..
dan bersangka baik ianya bukan babi,,,lepas siap makan aku tengok balik benda halus tu...

"Babi betul la....babi garing lagi..." aku menyumpah2..
"Bukanlah..takkan babi kot"...kata azham...
kemudian kami pun membuat analisa ringkas...dengan perbahasan dan brainstorming yang mencabar minda dan perasaan...

Memang meragukan...macam bukan babi pun ye..tapi mana ada daging disalai dan goreng garing mcm tu...akhirnya...memang babi....aku nengok cashier black kat kaunter tadi,,rasa nak je maki babi kat dia,,,tapi bukan dia paham pun.....tadi masa order aku dah cakap..no ham, bacon or pork..dia kata 'yes,,only beef'..rupanya burger tu mmg beef, yg lain2 accessories tu bukan.....

....aku nengok balik menu board electronic kat atas dinding kaunter....takde pulak tulis ada babi....yg aku nampak...angry whopper..dan juga babi2 dalam game angry bird..."babiii betul!2 kali terkena!!!"..tu lah last sekali yang aku dapat cakap....

sekian.

Thursday 8 March 2012

Khabar Angin


Pukul 2 tadi HR Director Group hantar email pasal pakaian...tak boleh pakai jeans...kena pakai slack, kemeja...t-shirt pun dah tak boleh...kasut tak leh sneakers...hmm....dah bertahun2 baru skrg nak implement mcm ni?..kata dulu dress down sbb tak nak jadi target penculik dan gangster..skrg nak tunjuk imej pada customer pulak,..kalau ye pun,,department aku yg teknikal jumpa mesin aje ni tak payah la nak kecoh2..,kena dress smart..
lantaklah,,yang penting kerja aku jalan, gaji aku masuk....aku pakai la apa yg ada....tapi tetap kalau keluar outing, aku pakai selekeh...tak mau jadi tarikan dan umpanan pada gangster..

Pukul 4 tadi HR Director company pulak hantar email....cakap hari ni balik mcm biasa...pkl 5 pm...tak boleh balik awal...walaupun byk romours/khabar angin ckp ada kekecohan akan berlaku....
aku terpinga2...apa cerita ni?...kecoh apasal pulak??...
rupa2nya President diorang nak berucap dan nak letak jawatan,,,,aduhai.......macam2 kes lah korang ni....dah la masing2 sibuk nak gi jadi warganegara Kanada dan USA...siap hantar bini pergi sana beranak supaya anak dapat kerakyatan luar...berapa tak patriotik punya perangai....
masa ni lah baru aku terpikirkan baju aku,,,baju jersi Malaysia warna biru yang selalu aku pakai....ada bendera Malaysia kat dada...kat blkg bendera malaysia tu (bahagian dalam - yang menyentuh kulit) tertulis " tanah tumpahnya darahku"...ya,,,biarlah org sibuk dengan jersi MU, Arsenal, Liverpool atau Barcelona...aku tetap dengan jersi Malaysia walaupun baru2 n setakat seri dgn pinoy...tu pun gol last minit....

Itulah dia..patriotiknya aku...patriotik dan politik 2 benda yg beza...org politik tak semestinya patriotik...tapi org patriotik sudah pasti nak politik yg lebih baik pada negaranya.....org patriotik tak pentingkan diri sendiri,,,tu sbb aku ckp org politik tak semua patriotik bila kepentingan diri jadi matlamat utama....
uhh...lupa lak...cakap pasal patriotik, baju tu aku tak basuh lagi.....

perkembangan terkini : takde apa2 yg kecoh pun ...presiden tak resign,,dan xde apa2...

Wednesday 7 March 2012

Gegaranku

(Melodi ikut lagu Ratuku nyanyian Ahmad Azhar Othman)

Gegaran yang pertama
Membawa erti untuk sementara
Ku bagaikan tak percaya
Apa yang telah pun ku rasa...
Engkau bagaikan ohhh...kejutanku
Engkau pun jua....ketakutanku...

Engkaulah segalanya....
Terasa bukan hanya pada ku...
Aku mesti kuatkan diri ku
Itulah janjiku padamu

Kita bagaikan rumah dan tanah...
Mungkin kan terpisah nanti
Walaupun kuatnya, walaupun perlahannya skalar....

Ratapan naluri memanggilkan jiran2ku
kerana gegaran ini...
akan ku abadikan,segala memori...ku lewati...waktu itu
didalam pelukakan ku...gugurnya bantal pemisah
diantara aku,,terciptanya,,satu mercu rasa
takut yg tersisa,,,meredahi malam
meniti niti tangga
hingga ke akhirnya,,kami bercerita2...
di malam ini....di hari ini.......

........

Dalam pkl 9.50 tadi,,aku rasa mcm ada goyang2 dan gegar2 sikit....aku terus terjaga dari lelapan sbb penat balik kerja tadi....masih terpinga2, aku keluar dari bilik dan pergi ke varendah luar...bila tengok kat bawah,,Jose Luiz, Jesus Bucio, Roberto, Waqas dan bininya dah ada kat bawah tgh borak2 citer2....keadaan perkampungan luar kecoh bising dgn orang berbual, berteriak diselangi dgn bunyi anjing menyalak...

Tanpa buang masa,,dgn rasa sedikit cuak, aku pun nak kuar....ahhhh...masa ni lah pulak tombol pintu buat hal..baru aku sedar kadang - kadang banyak kunci kat pintu selain menyusahkan dan melambatkan pencuri utk masuk,,ianya juga menyusahkan aku utk keluar...

dgn pantas aku menuruni apartment 3 tingkat dgn melangkau setiap 3 anak tangga...sampai di bawah,,masing2 jiranku berbual2 menghibur dan menyedapkan hati masing2....Ada 3 org dari mereka berada disini pada 12 Januari 2010.....aku pun jadi ala2 reporter majalah 3 sekejap tanya pengalaman diorang dan perasaan diorang.

Setelah hampir 30 minit menyedapkan hati beramai2 diluar, dan rasa yakin...kami pun masuk...
tak sampai 15 minit...aku dengar muzik dari radio dan pancaragam dimainkan dgn agak kuat dari kampung2 sekitar...."Hishhh...bangsa apa laaa diorang ni,,,tgh keadaan mcm ni pun sebok nak beronggeng!"..dalam hati aku sedikit mencemuh sambil menggeleng2 kepala.

Sampai rumah,,aku lapar..sambil wazap2 dgn member dan makan spaghetti....

Huhhh!...rasa boring pulak.. tak boring ke post ni?....aku yang taip pun boring....so,,aku pun pasang la lagu kat iTunes...ahhh...peduli lah aku pasal cemuhan bangsa tadi,,,,lagipun sedikit je cemuhan aku tu...hihihihi...

Monday 27 February 2012

Ikan merah dari Bizoton


Bizoton ialah nama tempat, dipinggir laut menghala ke selatan Haiti.
(Nak tahu detail lokasinya boleh la guna Google map)

Aku pernah dok sini 2 tahun 8 bulan dulu...(pertengahan 2006 - awal 2009)..tapi tak pernah pulak aku jumpa pasar ni....
mungkin dulu aku terlampau takut dan skeptikal dengan keadaan orang, keselamatan dan keadaan sekitar...takut yang ntah hapa2...kalau tidak mesti tiap minggu aku pergi,,,ahad ni mesti mau pegi lagi!

Ahad baru2 ni aku ke sana..(24 Februari 2012)..Dipendekkan cerita, Azham Raja Freelance, Pak Ghofar Raja Node B dan aku pun tawar menawar...ada ikan yang segar,,ada yang dah pucat lesi...ada yang dah kering keras macam ikan batu hiasan...Akhirnya kami membeli ikan merah...2 ekor....150 Gourdes utk yg 1.5 kg....dan 1,500 Gourdes utk yg 10kg....(masing - masing bersamaan RM11.20 dan RM112.00 klu ditukar ke RM)...ada tambahan lobster..5 kg dalam RM100 (lain kali aku citer pasal lobster pulak)..dan lain2 ikan kecik...

Terbayang aku kat KL masa nak beli ikan merah,,,lihat kat papan tanda...1 kg = RM23....terus pelan2 letak balik dan ambik ikan kembong...

.............

Petang tadi, aku dapat email....contractor punya kereta kena hijacked dan samun dgn group Cite Soleil...habis laptop semua kena kebas..tapi org tak cedera....

...Err..rasanya...baik beli kat Malaysia kot ikan merah ni....mahal pun tapi selamat..:P....

Saturday 25 February 2012

Maggi dan Spaghetti



Maggi...makanan ruji utk manusia2 terdesak...
tak kiralah terdesak sbb duit,masa,tenaga,kepakaran atau perasaan....

Hari ni,,sekali lagi aku masak maggi tomyam.
Tapi sebab terpengaruh dengan bacaan internet,aku tak ikut cara tradisional...aku ikut cara sendiri...

1) Mula2 panaskan air...mendidih masukkan maggi..toskan maggi...asingkan dalam mangkuk.

2) Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili api..masukkan garammm pleaseee...

3) Bila dah naik bau, masukkan sotong...gaul dalam 1 minit...masukkan air 1/2 liter..dan perencah2 maggi tomyam yang penuh dgn msg

4) Bila dah mendidih, masukkan maggi tadi...dan spaghetti...ooo...lupa...aku campur dgn spaghetti..cara masak spaghetti senang...rebus 10 minit dalam air yg banyak...toskan...

5) Maggi tomyam + spaghetti siap utk dimakan...

Masa diambil untuk memasak...30 minit....??? kejadahnya....org biasa masak 3 minit...ni la contoh org tak terdesak masa....tapi terdesak takut stok maggi habis,,jadi,kena campur dgn spaghetti...duit pun jimat...hehehe....berapa punya byk terdesak laaa kat sini....

Friday 17 February 2012

cuti - cuti Haiti (1)

Esok, bermulalah cuti musim karnival di Haiti...
karnival..ya,,pesta nyanyian dan perarakan kebudayaan...
penuh dengan muzik, tarian...dan pelbagai hiasan...(kalau kat Brazil pesta karnival ni mmg top dgn tarian2 ghairah menitis air liur dan air mazi...kat sini biasa2 je)...
dari hari sabtu sampai rabu berpesta..5 hari...khamis baru mula kerja,,,,
tahun 2008 dulu aku pernah join karnival ni...kat Petionville...mewakili staf2 Digicel...ye lah nak merasa mcm mana sambutan kebudayaan ni....tahun ni aku tak join...cuma melihat sahaja...
...itulah perayaan karnival ,,,yang ala2 jom heboh kat Malaysia....masalahnya....kat sini setahun sekali....kat Malaysia setahun berkali2........

Wednesday 15 February 2012

Sebulan di perantauan

Hari ni cukup sebulan aku meninggalkan tanah air tercinta,,Malaysia... Dan hari ini pertama Kali aku menulis blog pakai iPhone..
Pemergian Kali ini memberi dimensi yg berbeza..apa pun,aku mengharapkan ketabahan dan kekuatan yg lebih baik Dari dahulu.
Moga Kali ini,manafaatnya lebih banyak.
-tidur pkl 10. Bgn pkl 5...