Thursday 24 July 2008

Yg Terpisah

Kenyatan dibawah dipetik dari website malaysiakini.com

"Umno dan PAS akan meneruskan muzakarah tetapi ia akan dihadkan kepada isu-isu mengenai Islam, kata ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.Katanya, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - yang juga presiden Umno - telah memberi taklimat mengenai perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.Menurutnya, perdana menteri telah menegaskan bahawa orang Islam boleh berbeza pendapat mengenai isu-isu politik, tetapi tidak sepatutnya dalam isu agama."

Aku pun tak pasti sejak bila isu agama , isu islam, isu politik dan isu negara ni terpisah2 dan mempunyai blok2 tertentu. aku pasti ini adalah satu penetapan pemikiran yg telah diacukan dan diaturkan oleh penjajah barat. Kita pasti tidak diberikan kemerdekaan selagi pemikiran kita masih belum dapat diikat dengan ideologi cetek seperti ini.

Hakikat sebenarnya, perencanaan barat mmg telah berjaya untuk bukan sahaja membeza dan memecah-belahkan masyarakat dari segi politik dan agama, tetapi berjaya menjerumuskan masyarakat islam untuk memusnahkan islam dalam pelbagai segi, pelbagai bentuk dan pelbagai cara, samada sedar atau tidak.

Masyarakat islam dulu ada juga yg berbeza pendapat dari segi agama dan politik.
Tetapi akhirnya bersatu dan menerima juga keputusan pemimpin.
Kini, itu tidak berlaku.Kenapa?sebab kita tidak lagi mempunyai negara yg islam, pemimpin yg islam , hukum yg islam dan rakyat yg islam sebenar2nya.semuanya hanya tinggal nama.
Hanya tinggal nama.dan umat islam juga sibuk mengejar nama.mengejar nama utk individu.cuma, apalah yg ada pd nama andaikata diri tidak mengenalinya....

No comments: