Friday 18 July 2008

PENAKLUKAN - Kehidupan yang mati - Bhgn 1 - Ep 1

Shafiq meraba-raba telefon yang berada diatas meja bersebelahan dengan katil empuknya. Tangannya cuba mencari - cari dimana letaknya benda yg menyedarkan dia dari tidurnya itu. Bunyi dari telefon itu masih membingitkan hatinya. Ia mahu terus tidur lagi. "Ah.Sial sungguh telefon ini. Tak tahu ke aku kerja malam tadi" keluh hatinya marah. Telefon itu gagal dicapai.Akhirnya dia terpaksa akur.Dengan malas dia mengangkat sedikit kepalanya, sekadar cukup untuk membolehkan dia melihat objek2 yg berada diatas meja tersebut. "Sial. Mana pulak telefon ni?"soal hatinya. Shafiq terpaksa juga akhirnya mengangkat kepalanya lebih tinggi, dan akhirnya mengaggkat badannya. Kali ini dia cuba lagi mencari dimana telefon itu dengan menggunakan panca indera penglihatan dan pendengarannya dengan lebih cermat. Isyarat bunyi yg diterima melalui gegendang telinganya dihantar ke otak setelah diadun diolah dan dibaikbentuk melalui 3 tulang kecil ditelinganya. Otaknya kemudian mencongak2 dimana datangnya bunyi tersebut. Shafiq dengan malas bangun menuju ke tempat yg dicongakkan oleh otaknya tadi. Matanya juga membantu. Melilau - lilau kekiri dan kekanan mencari kemungkinan terjumpa dengan telefon tersebut.
Akhirnya Shafiq menemui telefonnya. Letaknya disebalik sepahan2 nota mesyuarat, nota teknikal dan surat2 lama yang sesetengahnya sudah mencapai usia 2 tahun. Dimatikan terus dengan perasaan yang bercampur geram dan puas. "Huh.Susah lah aku nak tidur balik macam ni..." keluh hatinya. Tiba2 dia terpandang akan keselerakan tadi. Ada fail, kertas dan buku. Dia terpandangkan satu buku yang menarik hati nuraninya.
Kulit buku itu kelihatan cantik. Masih berkilat, keras dan masih kelihatan baru. Sebaik sahaja kulit buku itu dibuka, tertulis kata2 'untuk sahabat sepengajianku , jangan lupa baca tiap2 hari - Shabiha'. Dia tersenyum. Sambil membuka helaian pertama buku tersebut, dia terkenangkan kisah kisah singkatnya dengan gadis tersebut. Fikirannya terlayang sejenak ke 10 tahun yang lalu. Ibu jari dan jari telunjuknya berkerjasama menyelak helain buku itu satu persatu. Sesekali jari hantunya turut membantu. Helaian demi helaian terbuka sambil fikiran Shafiq melayan detik demi detik akan kehidupan silam.
"Ah. mengapa boleh jadi begini???"dia bercakap sendiri separa terkejut sebaik sahaja buku tersebut dibuka jauh. Hatinya sedikit keliru dan risau. Dibukanya lagi helaian berikutnya. Kosong. Helaian demi helaian berikutnya kosong. Baru kini dia perasan yg tertulis dimukasurat sebelumnya tadi hanyalah index, alu-aluan dan prakata sahaja."Apakah ertinya ini?"sinaps2 diotaknya mula menghantar isyarat2 pantas melalui otak kiri dan otak kanannya.
"Mungkinkah Tuhan menyuruh kembali membaca kata - kata dan arahan - arahanNya?"hati kecilnya pula memberi fakta saranan.
Shafiq masih termanggu...nyata semua entiti dirinya kini bersatu kembali dialam nyata disaat itu setelah fikirannya tadi mengenjoykan dirinya ketahun 1998...
"Bagaimana dengan naskah yg lain? Adakah sama? Baik aku periksa"
Shafiq perlahan menuju ke rak bukunya. Dia masih ingat ada satu naskah yg diletakkannya dengan baik didalam laci paling atas.Laci yang paling tinggi. Sebaik sahaja laci tersebut disorotkan, dia ternampak akan beberapa telur cicak. satu darinya sudah menetas dan hanya meninggalkan serpihan2 putih sahaja.
Dia lantas mencapai naskhah Al-Quran itu...dengan separuh berdebar dan separuh berani, dia membukanya perlahan2......

.....bersambung ke Episod 2......

No comments: