Saturday 19 July 2008

MENCARI KASIH DAN SAYANG - Siri 1 - Ep 1

Kisah ni, ada kena mengena dengan yg hidup..tetapi nama2 yg ada dirahsiakan atas sebab2 keselamatan negara. Harapannya janganlah anda meneka2 siapa mereka...tetapi enjoylah sahaja ceritanya...:-)....


Luis termenung. Dia merenung jauh menuju langit terbentang luas diatas kepalanya. Terdapat pintalan2 awan yg membentuk satu jaluran lurus hasil dari laluan roket dari utara menuju ke selatan. Tetapi fikirannya melayang jauh membatasi ruang angkasa dan terus balik menuju ke tanah airnya. Dia kini teringat kembali detik2 dimana dia di'ignore'kan oleh Inah pada malam itu. Dia tersenyum. Apabila teringat akan kegembiraan hatinya hasil kejutan Sinuy yg membawa Inah datang. Titik pusat hatinya mengembang kegembiraan. Dia tidak hirau dan tidak kisah jika ujian ultrasound yg akan dilakukannya esok menunjukkan adanya pembesaran hati. Yang penting, saat mekar bunga kegembiraan hatinya dapat dinikmati. Belum sempat kelopak kegembiraan itu mengembang penuh, dia tersentak. Tanganya ditepis. Luis tidak berputus asa. Dia cuba lagi menyirami bunga hatinya itu dan menyapa manis bertanya khabar kepada gadis tersebut. Sayangnya, siraman yg disangka menyegarkan rupanya melayukan bunga tersebut. Jawapan dari gadis itu nyata bersahaja dan lemah.
Gadis tadi nyata amat berbeza kali ini. Dia tertanya2. Adakah Sinuy membawa org lain atau aku yg mabuk?...Luis memandang ketempat lain seletika, cuba mencari2 andaikata ada pedoman yg boleh diperolehi. Dia mencari2 dimana pedoman tersebut. Akhirnya dia ketemu lantas dia mengorder satu lagi air limau panas pekat dari pedoman. Pelayan yg baru datang dari bandung itu terus menuju ke dapur. 10 minit kemudian, air limau dibawa. Asap putih dari gelas itu meliuk2 seolah2 megajak luis menari2. "Tunggu.Kejap lagi.Boleh menari sama2 dgn Inah..."bisik hati kecilnya sambil tersenyum dalam separa yakin dan separa mengharap.
Sambil menuggu air itu sejuk, Luis cuba utk merawat sedikit kelayuan hatinya. Kali ini dia cuba sedikit merapati gadis tersebut sambil merenungnya. Punggungnya diesotkan 6 inci ke arah gadis itu.Dalam fikirannya penuh dengan bayangan2 indah yg telah dan akan dilakukan. Neuron2 otaknya bekerja ligat membentukkan imaginasi2 indah dan mampan.
Sangkut! Tiba-tiba neuronnya menerima isyarat yg tidak baik dari mata. Mata Luis memerhatikan gadis itu menjauhkan diri darinya. "Kenapa Inah? Awak marah kat saya ke? Saya ada buat apa2 salah?"..tanya Luis dalam keadaan yg agak hampa. "Nanti ya, saya fikirkan sekejap....mmmm...tak de..."..jawabnya ringkas dalam nada yg menimbulkan sangsi. "Betulke? Sure?"...Luis bertanya lagi untuk kali kedua. Cuba mendapatkan kepastian. "Ya. Takde pa pe..." jwb Inah kembali. Saat ini, kelopak bunga yg layu tadi sudah mula melonggarkan ikatannya dengan pangkal tangkai tempat ia terpaut. "Awak tak nak minum apa2? Minum la dulu sebelum kita pergi Jalan Ampang"..soal Luis.Harapannya agar dia dapat melanjutkan masa dan bersama dengan Inah sebentar nanti..."Tak bolehlah Luis. Saya dah ada temujanji. Saya datang ni pun tiba2 je abg sinuy dtg ambil tadi" jawapan dari Inah kali ini sudah cukup membuatkan kelopak bunga gembiranya tadi gugur. Satu kelopak gugur. kelopak lain yg kelayuan menunggu masa. ...Luis cuba merpati Inah lagi. Walaupun mukanya sudah mula menebal akibat malu, dia masih mahu mencuba...

......apakah yg Inah tetap menolaknya kali ini?..kenapakah inah berkelakuan sedemikian?..apakh yg terjadi pada bunga kegembiraan hati Luis?...

...bersambung di Ep 2....



-sambung dilain kali sebab aku dah ngantuk...petang tadi aku makan kat Chez Woo.....buffet..USD35..(dalam RM100 = 1050 + 20 Gourdes).. .aku makan 5 round lauk..2 round buah dan satu round kuih...so...perut aku pun dah penuh dan sendat macam guni beras seludup...dan aku pun nak tidur dulu sekejap...sambung lagi di episod akan datang....adios....

No comments: