Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Saturday, 10 January 2009

Hijrah - penjelasan kanak2 6 tahun

Budak A: Apa itu Hijrah? Kau tahu ke B?
Budak B: Ntah. Aku pun tak tahu.Apa itu Hijrah? Kau tahu ke C?
Budak C: Aku tahu sikit. Hijrah tu berpindah.Apa itu Hijrah? Kau tahu ke D?
Budak D: Aku tahu sikit sikit. Hijrah tu berpindah dari satu tempat ke tempat
lain. Apa itu Hijrah? Kau tahu ke E?
Budak E: Aku tahu sikit lagi. Hijrah itu berpindah meninggalkan satu
tempat.Lepas tu pergi ke tempat lain yang baru. Apa itu Hijrah?
Kau tahu ke F?
Budak F: Aku tahu banyak sikit. Hijrah tu berpindah sebab bahaya.
Apa itu Hijrah? Kau tahu ke G?
Budak G: Aku tahu banyak. Hijrah tu berpindah sebab bahaya.
Supaya jadi baik, kita kena lari dan pindah.

Tiba - tiba datang satu budak baru.

Budak H: Akulah Hijrah.Kamu semua ini akan aku hijrahkan!

Semua budak A-F tercengang2 sambil berkata "Bagaimana?"

Budak H: Mari kita berpindah dari bawah pokok ini menuju kebawah pokok sana!
Budak A-F: Kenapa?
Budak H: Kerana ini pokok kelapa. Bahaya. Nanti buahnya jatuh menimpa kepala!
Budak A-F: Pokok mana kita mahu pergi?
Budak H: Hijrah kepokok rambuatn yang rendang. Yang teduh.
Yang berbuah lebat dan sedap untuk dimakan.
Budak A-F: Wow. Bestnya. Mari kita semua pergi.
Budak H: Tunggu. Sebelum pergi, ada syaratnya.
Budak A-F: Apa syaratnya?
Budak H: Sampai dipokok rambutan,mesti jadi baik. Mesti berbaik - baik
dengan semutnya. Mesti berbaik - baik dengan lebahnya.mesti berbaik - baik
dengan semua penghuninya.
Budak A-F: Baiklah, kami setuju!

Setibanya mereka dibawah pohon rambutan yang rendang itu, Budak A bertanya;

Budak A: Sudahkah kami berhijrah?
Budak H: Belum!
Budak B: Kenapa? Kan sekarang kita bukan lagi dibawah pokok kelapa?
Budak C: Kenapa? Kan sekarang kita dibawah pokok rambutan yang rendang?
Budak H: Belum! Hijrah kamu belum sempurna!
Budak D: Kenapa? Kan sekarang kita dibawah pokok rambutan yang
rendang dan berbuah lebat?
Budak H: Hijrah kamu belum sempurna. Kerana kamu perlu bekerja.
Budak E: Kerja apa?
Budak H: Kerja untuk mencantikkan pokok rambutan ini.
Budak F: Baiklah, kami akan bekerja!
Budak H: Sebelum bekerja, kamu mesti bersama - sama dengan penghuni pokok ini.
Budak G: Kenapa?
Budak H: Kerana barulah kamu akan hidup bekerjasama.
Budak A-F: Baiklah! Kami akan lakukan.

Setelah selesai kerja mencantikkan pokok rambutan itu, semua budak2 tersebut bertanya kepada budak H.

Budak A-F: Sudahkah kami berhijrah?
Budak H: Ya. Kamu sudah berhijrah! Sekarang fahamkah kamu maksudnya hijrah?
Budak A-F: Ya. Kami faham!
Hijrah ertinya berpindah.
Berpindah meninggalkan yang bahaya menuju yang selamat.
Bila selamat, kita kena bekerja.
Bila bekerja, kita kena sama-sama semuanya.
Bila sama-sama bekerja, barulah kita bekerjasama.
Berkerjasama untuk mencantikkan.
Yang cantik perlu dibesarkan.
Bila besar sampai ke pokok kelapa, tempat yang tak selamat
akan bertukar jadi selamat.
Bila semua selamat, dunia akan aman.
Barulah hijrah sempurna.

Mereka semua kemudiannya meneruskan kerja dengan gembira...

Friday, 9 January 2009

Boycott barangan Yahudi

boikot atau juga pemulauan ni adalah satu pakatan secara sukarela untuk menjauhkan diri dari menggunakan, membeli atau membuat apa2 perundingan / hubungan kepada sesuatu pihak bertujuan sebagai protes dan menyatakan rasa tidak puas hati, biasanya disebabkan alasan2 politik dan juga kemanusiaan.
(ni ikut terjemahan dari internet, kalau ada terjemahan lain dari kamus dewanbahasa, boleh tambah/ betulkan)

Jadi, main point dari boikot ni ialah:

1) Pakatan
2) Sukarela
3) Jauhkan diri
4) Menyatakan rasa tidak puas hati

Pakatan
Ertinya kesatuan. Bukannya individu2 atau nafsi2. Lagi besar kesatuan itu, lagi kuatlah pakatannya.
Lagi kuat pakatannya. maka lagi kuatlah kuasa pemualauan. Dan kekuatan kuasa pemualaun ini akhirnya akan menguatkan kesatuan itu hanya saling bergantung diantara ahli2 didalam pakatannya sahaja.

Sukarela
Adalah suatu sikap dan iltizam yg datang dari hati yg ikhlas dan nekad.
Seluruh ahli didalam pakatan harus menjadi sukarelawan. Melakukan pemulauan atas kerelaan yg ikhlas dan nekad adalah berbeza dgn pemulauan yg dilakukan dgn hati yg marah dan benci.
Marah dan benci akan sejuk dan berubah mengikut masa.
Ikhlas tidak berubah sampai bila2 selagi mengakui Allah itu Maha Esa.
dan Nekad menidakkan segala kesusahan dan rintangan yg bakal dihadapi.
Ikhlas disertai nekad akan mewujudkan tindakan yg memberikan hasil yg dihajati.

Jauhkan diri
Adalah satu perlaksaan yg perlu didalam pemulauan.
Tetapi sebelum ianya dilakukan, perlulah berilmu.
Tidak cukup dengan hanya mengetahui apa yg perlu dipulau.
Tidak juga cukup dengan hanya mengetahui kenapa, bagaimana dan dimana.
Tetapi setiap ahli kesatuan wajar jelas akan matlamat penjauhan diri ini.
Apakah impian akan hasil dari perlaksanaan ini?
Apakah perancangan dan langkah - langkahnya?
Bagaimanakah penilaian / 'benchmark' terhadap hasil dari apa yg kita laksanakan?
Apabila kita jauhkan diri daripada kebergantungan terhadap sesuatu pihak, apakah gantiannya?
Cukupkah kita jauhkan diri dan wujudkan vakum tanpa dicari ganti akan apa yg kita jauhi itu?
Pastikah kita apabila diri kita jauh dari Nestle, kita tidak akan mendekatkan diri kepada MeadJohnson?

Menyatakan rasa tidak puas hati
Ya. Segala tindakan pemualaun adalah hasil dari rasa tidak puas hati.
Tetapi puaskah kita jika setiap kali dikejami dan ditindas, tiap kali itulah kita melahirkan rasa tidak puas hati?
Bukankah lebih baik dalam masa yg sama, kita ubati rasa tidak puas hati itu dengan rasa puas hati.
Rasa puas hati apabila Coca-Cola dijauhi dan Mecca Cola didekati.
Rasa puas hati apabila Nokia dijauhi dan Yeskia didekati (handphone buatan umat Islam)
Rasa puas hati apabila Starbuck dijauhi dan Moonbuck didekati (Kedai kopi ternama milik umat Islam)
Rasa puas hati apabila Intel dijauhi dan Ontel didekati (mikrochip komputer ciptaan dan milik umat Islam)
Rasa puas hati apabila McDonald dijauhi dan MatDonald didekati (Restoran ternama milik umat Islam)

Setakat dari apa yg telah ditulis ini, banyak yg perlu dikupas, difahami dan difikirkan selain dari hanya melafazkan kata boikot.

Dari sudut sejarah, Rasulullah juga melaksanakan boikot apabila beliau menjadi pemimpin Madinah.
Ini adalah kerana penindasan yg dilakukan oleh peniaga2 Yahudi yg memonopoli ekonomi.

Rasullullah kemudiannya dengan sungguh hikmah meminta umat Islam memboikot kaum Yahudi.
Beliau tidak dengan keras mengharamkan urusnuaga dengan pihak Yahudi, tetapi cukup dengan menyatakan "Adalah lebih baik membeli air dari telaga orang Islam".

Hasilnya, pemulauan yg dilakukan berjaya memecahkan monopoli dan penindasan Yahudi serta mengembalikan keadilan dalam sistem ekonomi.

Bagaimana ianya berjaya?
Kerana keempat2 elemen yg perlu dalam perlaksanaan pemulauan dirancang dan dilakukan sungguh2.

1) Pakatan
- sememangnya ketika ini umat Islam yg dipimpin Rasulullah mempunyai ukhwah kuat.

2) Sukarela
- sekarelawan2 Islam berjihad dengan harta dan diri. Pengorbanan harta, peniagaan, kemewahan, masa, tenaga dan perasaan dilakukan dengan ikhlas dan nekad.

3) Jauhkan diri
- Penjauhan diri dari telaga yahudi akhirnya mendekatkan mereka kepada telaga umat Islam.
Dan lama sebelum pemulauan dilakukan, hasil dari perancangan yg terperinci dan teliti, telaga2 air telah dibeli bagi menjadi alternatif kepada umat Islam sebelum pemulauan dilangsungkan.

4) Menyatakan rasa tidak puas hati
- Rasa tidak puas hati pada yahudi dapat ditunjukkan melalui pembelian air dari telaga umat Islam dan mengelakkan kebergantungan kepada mereka. Dan perasaan ini digantikan dengan rasa puas hati apabila kesatuan umat Islam bekerja dan bersepakat memajukan hasil keluaran umat Islam sendiri.

Masa kini, umat Islam ada pelbagai persatuan, tetapi tiada kesatuan.
Hasilnya, wujudlah sukarelawan2 yang tiada kerelaan.
Tanpa kerelaan, penjauhan diri berlaku tanpa penjauhan di hati.
Dan tanpa penglibatan hati didalam penjauhan diri, bagaimana hendak memuaskan hati?
Maka hiduplah didalam ketidak puashatian yang bermusim.
Bila Israel menyerang, musim tidak puas hati tiba.
Bila gencatan senjata berlaku, musim tidak puas hati reda.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus berputus asa dan hanya menanti kedatangan kesatuan umat Islam yg kuat. Kita juga tidak patut hanya berdoa dan berdoa untuk kemenangan dan melihat. Tunggu dan lihat perlu digantikan dengan sikap Cari dan buat, dan kerja kuat.

Yang penting, masing2 melihat diri masing2 dan teruskan usaha untuk mencari kebenaran. Kebenaran itu ada dimana2. Jika kita berusaha, pasti akan menemukannya.

Tidak salah memulakan pemualauan keatas barangan yahudi. Memang patut kita pulaukan. Dan jika kita dapat laksanakan pada bermula dari diri dan keluarga, pasti ianya akan menjadi asas dan tapak yg kukuh untuk anak2 dan generasi kita dikemudian hari.Tetapi biarlah pemulauan dilakukan dengan kefahaman.Supaya pemulauan menghasilkan keamanan dan bukan hanya bermusim. Dan moga pemulauan menghasilkan kekuatan kesatuan dan kesepakatan serta menghapuskan kebergantungan pada yahudi , serta memastikan telaga air untuk umat islam disediakan dan telah dibeli dan seterusnya meninggikan syiar Islam.

Selamat memulaukan barangan2 yahudi sebanyak mungkin, sebaik mungkin dan sefaham mungkin untuk selamanya.

wassalam.


note : hari jumaat ni kena citer benda yg serius2 sikit...baru balik solat jumaat tadi....so artikel ni jatuh pada kategori non - fiction.

-thanks for reading....please comment....

Friday, 26 December 2008

Menyampaikan amanah Allah

"Kenapa macam nak menagis ni Ica?" soalku pada anak kesayangan yg matanya mula terkebil2 bila mahu menyambung ejaan muqaddamnya.
"Ica boring la ayah. Ica selalu tak dapat. Ica tak pandai nak baca sebab selalu salah - salah' jawabnya dalam suara yg hampir2 mahu menangis.
Sambil memeluknya aku berkata,
"Tidak mengapa. Ayah tak marah kalau tak dapat. Yg penting Ica mesti cuba dan mesti lawan rasa boring yg syaitan hasut tu"

Erissa un meneruskan bacaannya. Walaupun malam itu dia tidak berjaya beralih ke mukasurat lain, dia tetap ceria dengan kata2 pujukan aku tadi.

"Ayah. Kenapa kita kena baca Quran? Kenapa kita kena belajar Al-Quran?" tiba2 Erissa bertanya.
"Kerana Allah suruh. Kerana kita kena tahu apa yg Allah nak bagitahu pada kita. Hanya dalam Al-Quran sahaja kita boleh tahu apa yg Allah nak cakap pada kita"
"Tapi kenapa nak kena tahu? Sebab apa ayah kena ajar?"
"Sebab itu yg Dia suruh dan sebab itu adalah amanahnya"
"Ooo...okay.Kalau mcm tu Ica mesti cuba lagi belajar dan baca dan lawan syaitan" jawab Erissa yg puas dengan penjelasanku.

Tetapi aku yg tidak puas dengan jawapanku sendiri.
Benarkah aku telah menjalankan amanahnya?
Benarkah aku menyampaikan dan mengajarkan Al-Quran pada anakku ini seperti mana yg Allah mahukan? Atau aku mengajar lebih kepada memenuhi adat turun temurun , iaitu semua keluargaku mesti pandai baca Al-Quran? Atau hanya mengajar disebabkan tidak mahu dia ketinggalan dibandingkan dengan kanak2 lain yg sebaya?

Aku berpusing2 memikirkan hal ini hinggalah aku menjalankan sedikit penyelidikan melalui internet dan Al-Quran, bermula dengan penjelasan makna amanah.

Sesungguhnya KAMI telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka mereka semua enggan memikulnya karena mereka khawatir akan mengkhianatinya, maka dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh…” (QS 33/72)

MAKNA AMANAH

1. Secara Bahasa: Bermakna al-wafa’ (memenuhi) dan wadi’ah (titipan).

2. Secara Definisi: Seorang muslim memenuhi apa yang dititipkankan kepadanya. Hal ini didasarkan pada firman ALLAH SWT:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”

(QS 4/58)

(note: makna amanah diatas ini diambil dari website www.kebunhikmah.com/article-detail.php?artid=229)

Berdasarkan ayat dan makna ini, timbul beberapa persoalan.
Apakah titipan yg telah Allah berikan?
Dan kemudian dapat menghukumi antara manusia dgn titipan itu?

Tak lain ianya adalah Al - Quran.
Titipan / amanat ini telah perlu dikembalikan kepada pemiliknya.

Siapakah pemiliknya? Pemiliknya ialah manusia. Semua manusia tak kira bangsa dan dimana mereka berada.Ini adalah berdasarkan dalilnya seperti dibawah ini.

"Dan Al Qur'an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian."
(17 : 106)

Kembali kepada konteks pembelajaran untuk anak kecil, yg mana ini mereka ini juga adalah manusia.

Berpandukan kata2 Allah tadi, perlunya Al-Quran ini diajarkan kepada anak2 dengan memenuhi kriteria2 berikut:

1) Dibacakan perlahan2 - ertinya, khatam Quran, ceat habis, jauh sudah dibaca dan apa shj yg berkaitan dengan kuantiti bukanlah matlamatnya.Yg penting faham dan akan dipraktikkan.

2) Diajar secara beransur2, bahagian demi bahagian - dari mengenal huruf, mengeja dan kemudian membaca secara lancar.Perlunya satu sillibus / sukatan pelajaran yg menarik dan sistematik.

3) Diturunkan - mesti konsisiten/istiqamah.mesti diajarkan.tak boleh 100% harap pada ustat.

4) Menimbulkan rasa tanggungjawab pada anak utk mempelajari Al-Quran kerana itulah haknya.

5) Sebagai penunjuk ajar pada anak, perlu ada perasaan yg amanah Allah itu perlu disampaikan kerana itu adalah arahanNya dan amanatNya.

6) Menetapkan hukum / aturan - dibuat jadual/schedule utk anak belajar Al-Quran dengan sistematik.

7) Matlamat utama pembelajaran ialah supaya anak dapat menggunakan Al-Quran sebagai sumber rujukan utk membuat keputusan, dan barulah semua tidakannya dalam hidup dapat dibuat dan ditetapkan dengan adil.

Tujuh perkara diatas adalah asas dan panduan yg dapat diambil oleh penulis berpandukan 2 ayat diatas.

Hakikatnya tidak terkira banyaknya panduan dalam pendidikan anak2 yg boleh diambil dari Al-Quran. Dan segalanya dari Al-Quran itu tiada batasnya.

Tetapi matlamat pembelajaran yg betul dan tepat adalah penting supaya hasilnya menjadi manafaat pada manusia dan dunia. Dan yg lebih utama, supaya Allah meredhai kita sebagai hamba yg telah menyempurnakan amanahNya.

Ritualnya telah ada. Matlamatnya telah nyata. Actualnya terpulang kepada kita.

wassalam.
@ PAP - Turgeau

Thursday, 18 September 2008

Khutbah Jumaat 19 September

Hari ni aku baca khutbah jumaat dari website http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/.
Khutbah ini disediakan oleh JAKIM, bertarikh 19 Ramadhan 1429H bersamaan 19 september 2008.
Mungkin utk masjid2 seluruh KL atau mungkin juga Malaysia.
Disini, aku tak pernah lagi sembahyang jumaat. Keadaan keselamatan tidak mengizinkan.
Tetapi manager aku yg bernama Abdel Kader Aid (warga Algeria) memberitahu ada disediakan kenderaan utk solat jumaat dan sekiranya aku mahu pergi, boleh ikut bersamanya. InsyaAllah dibulan hadapan aku ikut serta kerana minggu ini dia bercuti dan minggu depan aku balik cuti raya aidilfitri.

Berbalik kepada topik khutbah jumaat.
Tajuk Khutbah : ALQURAN MERENTASI ZAMAN
(khutbah ini juga adalah bersempena dengan nuzul Al - Quran, 17 ramadhan)
Berikut adalah point2 dari khutbah ini...dan sedikit pandanganku.

1)Turunnya Al - Quran telah membawa sinar kepada kegelapan, kemaksiatan dan kekalutan masyarakat jahiliah.Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul Al-Qur’an telah menjana perubahan dan membina peradaban umat.
- Mengapa kini peradaban umat Islam tidak berada dipuncak kemuliaan walaupun telah diturunkan Al - Quran pada kita semua? Aku melihat hal ini disebabkan kegagalan umat islam melihat keadaan diri, masyarakat, negara dan sekitaran. Masing2 merasa cukup dgn syahadah yg ada, cukup dgn solat 5 waktu dan puasa yg tidak pernah tinggal, cukup dgn zakat yg tak seberapa dan title haji yg ada. Apakah dgn sempurnanya rukum islam, bermakna cukuplah seorang individu itu bergelar islam? Adakah had tanggungjawab seorang islam terhenti setakat itu? Apabila merasa cukup, akhirnya menjadi melampaui batas. dan bila melampaui batas, umat islam yg dulunya memimpin akan dipimpin setelah digantikan. Apabila dipimpin dgn tidak mengikut lunas2 Al Quran, akhirnya jadilah Al Quran itu pada umat islam hanya sebagai kitab yg dijunjung dan dikucup didalam keadaan suasana yg gelap, kalut dan penuh dgn kemaksiatan.

2)Al - Quran adalah mukjizat yg diturunkan untuk semua manusia dan merupakan kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat.
- Apabila menceritakan tentang mukjizat, seperti menjadi mindset/Penetapan minda bahawa ianya adalah sesuatu yg magic. contohnya Musa dapat membelah laut. Ibrahim dapat menyejukkan api. Ya benar. Memang mukjizat itu adalah sesuatu yg ajaib dan akan menjadi keajaiban. tetapi ajaib tidak bermakna ianya magic. Jika minda masih berfikiran bahawa mukjizat adalah sesuatu yg magic, tidak hairanlah Al Quran hanya digunakan untuk hal2 menghalau hantu, ayat pendinding, jampi mengubat dan pelbagai hal2 yg lebih berbentuk spiritual sahaja, sedangkan rasulullah telah menggunakannya bukan sahaja untuk memajukan hal2 keimanan dan spiritual, tetapi juga dalam hal2 pembangunan fizikal, ekonomi, pertanian dan perniagaan. Sunnah ini diikuti juga oleh muslimin yg kemudiannya dapat membina peradaban yg unggul bukan sahaja di tanah arab, malah di Eropah. Jadi, wajarkah kita masih berfikiran bahawa mukjizat ini sesuatu yg magic?

3)marilah sama-sama kita menjadikan al-Qur’an sebagai pedoman dan panduan hidup bermula diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya semua hukum dan peraturan-Nya menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat.
- Seruan ini amatlah baik. Yg penting, pendekatan yg harus dilakukan mestilah selaras dgn apa yg telah ditunjukkan Rasulullah. Kita boleh belajar Al - Quran sampai dapat Phd. Org Kristian pun boleh melakukan perkara yg sama. Tetapi ada bezanya. Bezanya ialah dengan ilmu yg dimiliki, Phd yg islam akan memperjuangkan perlaksanaan Al - Quran manakala bagi pelajar kristian, denagn ilmu yg ada, dia akan cuba utk mencari cara bagaimana Al - Quran ini dapat digunakan untuk kepentingan kristian, dan menghalang umat islam dari melaksanakan 100% apa yg ada didalamnya.

Pada aku, yg penting, sebelum kita menjadikan Al Quran sebagai pedoman dan panduan hidup, perlulah kita melihat Al Quran sebagai satu mukjizat yg bukan magic. Dengan itu ianya akan dihargai. Dan sesuatu yg mahal harganya amatlah berbaloi untuk kita perjuangkan. Ubahlah mindset. Pedoman bintang dilangit tidak dapat diikuti kiranya mindset masih mengatakan bintang itu hanyalah sebagai hiasan penyeri malam. Pedoman dari Al Quran tidak mungkin dapat diikuti kiranya mindset masih mengatakan ianya mukjizat magic yg hanya dapat dilaksanakan apabila turunnya bantuan Allah...maka sementara menuggu nuggu bantuan dari langit itu...tinggalah Al Quran sebagai hiasan penyeri kehidupan (kononnya) dan penghias rak2 buku dirumah (ada jugak sesetengah badigol yg balut dgn kain kunig)....

Friday, 12 September 2008

Lailatul Qadar


Sempena bulan puasa, tiap2 tahun umat Islam di Malaysia berlumba2 mencari malam Lailatul Qadar. Menunggu dan menanti. Mindsetnya bila buat baik, akan dibalas seribu kali. solat 2 rakaat, jadi 2000 rakaat. Minta doa, akan makbul. Mari kita renung sejenak firman Allah didalam satu surah yg khusus untuk menceritakan malam ini:


1) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
2) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3) Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4) Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5) Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

(surah ke - 097. AL QADR)


Kupasan2 yg perlu difikir dan direnungkan;

1) Pada 'malam' ini diturunkankan Al - Quran(AQ). Jadi, org yg menemui 'malam' ini seharusnya dapat menerima AQ itu dgn redha.

2) Allah bertanya kerana manusia, walaupn dlm keadaan yg sudah berilmu apabila menerima AQ tadi, masih dalam samar2 akan erti sebenar 'malam' ini.

3) Allah menerangkan bahawa 'malam' tersebut adalah lebik baik dari seribu bulan. Kenapa? Macam mana satu 'malam' sahaja boleh mengatasi 1000 bulan? Tidak lain tidak bukan apabila manusia mengamalkan isi kandungan AQ yg diturunkan tadi secara keseluruhan.100%. total tanpa kompromi.

4) Bayangkan kerja yg biasanya disiapkan dalam masa 1000 bulan, tetapi dengan mukjizat AQ dapat disiapkan dengan hanya 1 malam shj. Jadi sudah tentu memerlukan pengurusan yg baik utk mengatur hal2 ini. Oleh itu perlulah setiap umat Islam bekerja seperti malaikat, iaitu ketaatan yg tidak berbelah bahagi pada pemimpin yg mempunyai kredibiliti seperti Jibril.

5) Setelah (1) - (4) diatas terlaksana, barulah sejahtera segalanya. Manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sejagat. semuanya akan sejahtera, sehingglah mencapai cahaya kegemilangan yg cemerlang (terbit fajar).


persoalannya...

1- siapa pemimpin kita masa kini?

2 - dapatkah kita mengubah mindset dari nenek moyang kita mengenai 'malam' ini?


Mari kita lakukan pengiraan 1 malam dan 1000 bulan.


1 malam = 12 jam
1000 bulan = 1000 x 30 hari x 24 jam = 720,000 jam
12 : 720,000 = 1:60,000

iaitu 1 jam bekerja ...hasil dan ganjarannya adalah 60,000 jam

Jangkamasa Rasulullah berjuang menegakkan Islam di Madinah ialah 23 tahun (570 - 632)
Jangkamasa Wujudnya Kerajaan Islam (kekhalifahan) ialah 1291 tahun (632 - 1923)
(*note 1)

23 tahun x 1 malam (*note 2) x 8 jam (*note 3) = 184 jam
1291 tahun x 365 hari x 24 jam = 11,309,160 jam
184 : 11,309,160 = 1: 61,462

iaitu 1 jam bekerja...hasil dan ganjarannya adalah selama 61,462 jam.dan telah pun dinikmati oleh org terdahulu sejak zaman khalifah Abu Bakar sampailah hari terakhir kerajaan Uthmaniah.

Ini telah dibuktikan rasulullah. Nyata beliau telah mempraktikkan dan membenarkan kata2 Allah ini.
Bila masanya pula untuk kita mengikuti sunnahnya?
Pada 'mlm' ini, apakah cukup untuk kita bersembahyang sunat tasbih sehingga kebas kaki dan sembahyang sunat taubat sehingga basah sejadah, sedangkan apa yg kita lakukan itu hasilnya pada generasi akan datang dari sudut pencapaian ilmu, akhlak dan ketamadunan masih merempat pada org kafir?


Wassalam.
note 1 - jangkamasa , tahun dan hari tidaklah 100% tepat dan perlu diperhalusi.tetapi ketidaktepatannya itu tidaklah melebihi 90%.Kiraan tahun dan hari diambil mengikut tahun Masehi. (pasti perkiraan dengan tahun Hijriah adalah lebih tepat)

note 2 - dalam 23 tahun perjuangan rasulullah, beliau akan bertemu bulan ramadhan sebanyak 23 kali.

note 3 - 8 jam digunakan untuk ibadah kepada Allah dan 4 jam untuk berehat / tidur. Menurut kajian sejarah, kebanyakan ulama' dan solehin hanya tidur 4 jam shj.