Tuesday, 29 January 2013

Marahkan anak

Terdengar dari radio semalam..nasihat dari pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi...kalau marah anak, jangan marah ketika marah..kerana ketika itu kita akan tegur dia dengan perasaan marah.

Tunggu reda dan tenang, baru marah dia. Tapi kali ni lebih kepada berlakon marah.

Dan nak marah, kalau anak salah, jangan bagi hukuman, tetapi berilah pendidikan. Supaya anak tidak buat kesilapan yang sama atas sebab dia faham benda itu salah, bukan kerana takut pada ibu bapa.

Bila nak marah, dan bagitahu anak itu salah, banyak kan soal jawab dan pertanyaan dengan anak..
Contohnya, anak tak buat kerja sekolah..tanya kenapa tak buat? kenapa tak sempat? mana lebih penting, tengok tv atau buat kerja sekolah? kerja sekolah untuk jadikan kita pandai atau tak? nak pandai atau tak? nak jadi orang pandai, kena buat kerja rumah..(begitulah lebih kurang..kalau ada idea - idea lain boleh komen atau tambah).

Berbanding dengan keadaan bila marah kita marah - marah dan melabel anak malas, tak pandai dan sebagainya..jadi, daripada menghukum dengan kata - kata, lebih baik menyoal dan membiarkan anak sendiri yang faham akan kesalahannya. Kadang - kadang kita bagitahu anak salah, tapi pada dia tidak..sebab dia tak faham.

Semoga aku dapat mengaplikasi teknik di atas. Amin.

No comments: