Sunday, 25 January 2009

detik detik akhir di Haiti 01 - Caribbean Market

Sabtu, 24 January 2009, adalah hari terakhir aku membeli barangan keperluan dapur dan makanan di Caribbean Market. Aku gunakan kad kredit supaya tercatat tarikh akhir aku berbelanja di pasaraya ini didalam bil kad kreditku.

Pasaraya ini tidaklah begiu besar. Mungkin besar sedikit sahaja daripada pasaraya Giant yg paling kecil di Malaysia. Tetapi disini, kebanyakan barang2 keperluan boleh diperolehi.

Aku memerhatikan pasaraya ini buat kali terakhir,..susunan barangnya..rak simpanan telur yg hingga kini masih tidak dapat membekalkan telur omega3 100% organik kesukaanku..dah 3 minggu aku tunggu...kawasan penjualan sayur dan buah2an yg sejuk...ikan yg tidak segar dan harganya 4 kali ganda mahalnya dari di Malaysia....

Di sini jugalah kebiasaannya aku berjumpa dengan kebanyakan rakan sekerja dari Digicel.
Memang kebanyakan expat / org luar negara yg bekerja di Haiti membeli belah disini kerana tiada tempat lain lagi disini yg boleh mebekalkan barang2 yg pelbagai seperti pasaraya ini...walaupun begitu, memang menjadi kebiasaan bila stok yg ada akan kehabisan, 2 bulan lagi pun belum tentu dapat berjumpa dengan barangan yg sama...

Selamat tinggal Caribbean Market.....

-----bersambung --- esok aku akan ke Wahoo Bay....

1 comment:

ebi gga said...

Im thankful for the article. Great.
Iphone 3gs 16gb