Wednesday, 25 November 2020

Sukan dan sukat

InsyaAllah setiap minggu aku Istiqamah utk bersukan.
Setelah sekian lama tak berlari, melompat dan buat aktiviti luar sejak pkp mula bulan 3 tahun ni, Syukur masih Allah bagi tenaga dan keupayaan utk main futsal.

Tak lama. Dlm 30 minit shj. Tapi penatnya...Mcm main 3 jam. Mungkin sbb sgt2 teruja, berlari tak ingat dunia.

Tapi dlm pada seronok bermain, sblm keluar kereta dan menuju ke court, sempat aku merenung lokasi senior yg meninggal dunia dlm kereta selepas game tournament futsal inter batch. Dlm post akan dtg InsyaAllah aku cerita.

Buat masa ini, aku masih nak sukat diri,,,masa game dah agak2 ok...post game punya aftermath belum nampak lagi...maybe esok pagi

Pengajaran : 

sukat lah keupayaan diri sblm bersukan. Upgrade sukatan sblm upgrade keinginan.

Friday, 27 December 2013

Setahun telah berlalu

Hampir setahun tiada apa - apa post dari blog ini.

Memulakan kembali, dengan harapan, usaha dan doa tahun 2014 akan membawa lebih kerajinan, fokus dan keyakinan.
Aminn.

Misi sekarang ialah untuk memasukkan blog ini ke aplikasi Mobileconduit.com....dan mahu lihat hasilnya.

Tuesday, 29 January 2013

Marahkan anak

Terdengar dari radio semalam..nasihat dari pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi...kalau marah anak, jangan marah ketika marah..kerana ketika itu kita akan tegur dia dengan perasaan marah.

Tunggu reda dan tenang, baru marah dia. Tapi kali ni lebih kepada berlakon marah.

Dan nak marah, kalau anak salah, jangan bagi hukuman, tetapi berilah pendidikan. Supaya anak tidak buat kesilapan yang sama atas sebab dia faham benda itu salah, bukan kerana takut pada ibu bapa.

Bila nak marah, dan bagitahu anak itu salah, banyak kan soal jawab dan pertanyaan dengan anak..
Contohnya, anak tak buat kerja sekolah..tanya kenapa tak buat? kenapa tak sempat? mana lebih penting, tengok tv atau buat kerja sekolah? kerja sekolah untuk jadikan kita pandai atau tak? nak pandai atau tak? nak jadi orang pandai, kena buat kerja rumah..(begitulah lebih kurang..kalau ada idea - idea lain boleh komen atau tambah).

Berbanding dengan keadaan bila marah kita marah - marah dan melabel anak malas, tak pandai dan sebagainya..jadi, daripada menghukum dengan kata - kata, lebih baik menyoal dan membiarkan anak sendiri yang faham akan kesalahannya. Kadang - kadang kita bagitahu anak salah, tapi pada dia tidak..sebab dia tak faham.

Semoga aku dapat mengaplikasi teknik di atas. Amin.

Tuesday, 25 December 2012

Club Indigo Haiti

Bercuti di resort yang bernama Club Indigo , Haiti adalah pengalaman yang amat menakjubkan.

Pemandangan yang indah, makanan yang pelbagai pilihan dan kemudahan kolam renang yang besar dan cantik.

Laut Caribbean sememangnya terkenal dengan kebiruan dan kejernihan yang mengundang ramai pelancong dari seluruh dunia, tetapi tidak ramai yang mahu datang ke Haiti kerana ketidak stabilan politk, ekonomi dan keselamatan.

Di kesempatan percutian ini, aku telah mengambil video lompatan / terjunan kolam mandi...ini bukanlah video dalam air yang pertama, tetapi, disebabkan ianya bagi ku amat menarik...jadi elok rasanya aku share...



Inilah anak aku...Erissa...terjun...dan tak sangka, sekarang dia dah pandai berenang, hanya belajar sendiri sahaja...dan boleh berenang di kolam orang dewasa....aku bangga sebab dia berani dan yakin pada diri sendiri...
cita - citanya nak jadi macam Pandalela Rinong.....aku akan cari cara macam mana nak jumpakan dia dengan Pandalela...macam mana agaknya?...

Friday, 3 August 2012

Hilang handphone

Ahad lepas, 29 Julai 2012..aku menginap di hotel Beau Rivage..di bandar Cap Haitien, bahagian utara Haiti.

Selepas selesai tugasan kerja,,aku dan 2 org kawan dari Mexico serta sorang pemandu warga Haiti mengambil kesempatan melawat Citadel dan pantai Labadie...

Dipendekkan cerita, setibanya aku dirumah setelah melalui perjalanan 6 jam Cap Haitien ke Port Au Prince...baru aku sedar iPhone aku takde....bila ingat2 balik,,memang aku tertinggal di bilik hotel...dan memang pasti sangat tersorok bawah selimut masa aku snooze alarm....

Dalam hidup aku, ni kali kedua aku hilang handphone...first time tahun 2000...kira2 12 tahun yg lalu...masa kerja kat CK Teknik...hilang dalam office masa tengah charge,,sementara aku ke bilik air,handphone pun lesap..tapi kali ni lagi pedih,sebab iphone...dulu nokia harga RM750...skrg iphone 3gs 32GB..RM2,200 masa aku beli...

yg lagi buat aku tak boleh tidur,,,macam2 maklumat ada dalam tu.....
gambar ica....gambar family...gambar bini.....gambar kawan2....maklumat username website2 dan juga hal2 peribadi dan sulit melibatkan diri , kerja dan syarikat....

akhirnya aku SMS kat member aku.....jurutera sistem MSC...atau CORE,,,,,bahagian yg bertanggung jawab dalam segala hal2 yg berkaitan sambung menyambung kan talian/panggilan antara phone kat Haiti...

Member aku cakap dia akan tolong aku detect kat mana phone tu,,,,,
aku pun bagi no phone...akhirnya,walaupun bagi no Malaysia, dapat juga dia detect IMEI phone dan lokasi phone....

Cuma keadaan masih blurr,,,sebab, walaupun tahu lokasi...sapa yg nak pegi cari?...lokasi pun dalam lingkungan 500m persegi.....dan bila aku call, no ni tak akftif....

Malamnya aku check, gambar seorang warga Haiti dah di muat naik ke laman Facebook aku...
Ahhhh..kacau....aku terus google cara nak logout FB remotely,,dan juga lock iphone secara remote..
Ok..selesai dua perkara tu,,,,kalau mamat tu connect ke internet...fb aku dah logout..dan iphone akan autolock.....

Esoknya aku masih menanti email mengatakan hp aku dah dilock.....masih takde,,,,,pandai juga budak ni rupanya,,tak connect internet takut hp dikesan dan lock.....takpe....aku tak putus asa,,,dan terus mencuba.....

Aku minta member kerja MSC tadi bagi nombor dari SIM card yg diganti ke iPhone aku...yesss...dapat......

Aku terus cerita kat Rosemond (rakan sekerja, orang Haiti) ,,dan minta dia call budak tu bgtahu pulangkan hp aku balik.

First call....budak tu bgtahu dia ada kemas bilik hotel tu tapi tak jumpa apa2....

....Rosemond terdiam buntu,,,,aku tergamam manggu sambil tak percaya....dan geram marah pun mula timbul......

aku cakap kat Rosemond....suruh dia bagitahu kat budak tu "handphone yang dia ambil adalah handphone orang yg kerja dgn digicel...dengan operator...kitorang yg jaga sistem...kitorang yg monitor segala keluar masuk call dan rangkaian telekomuniakasi di Haiti..apa shj nombor dan aktiviti phone kami tahu!...tukarlah sim card berapa banyak pun...pergi lah kemana sekali pun..kami tahu lokasi dia! dia tak boleh lari dan dia tak boleh nak tipu! sbb tu kita boleh kesan nombor ni ...sim card yg dia cucuk ke iphone tu....jadi, sebelum kami cari dia dan bawa pergi balai,sebelum kami report dan dia hilang kerja serta masuk penjara...baik selesaikan cara baik!...pulangkan phone,,owner akan bagi duit upah...dan sama2 senang hati!..."

Second Call.....

Rosemond pun cakap macam yg aku suruh.....

budak tu akhirnya mengaku hp tu ada kat dia dan suruh dtg ambil......
ok...kitorang ckp weekend kitorang gi ambil .....

selang beberapa lama budak tu call balik...cakap dia takde hp tu.....
Rosemond jadi hangin....rupanya budak tu dah takut dan cuak kalau dia hilang kerja dan masuk penjara,,,,,,puas Rosemond pujuk bgtahu kita settle cara baik...akhirnya dia setuju.....

tak berapa lama kemudian, budak tu call lagi bgtahu kitorang tak perlu datang....biar dia je yg hantar kat owner, dia takut nanti boss dia nampak dan aku bawak polis kalau aku datang ke hotel..esok juga dia ckp dia akan hantar....hmmm....aku dan Rosemond senyum dan iyakan aje.....Alhamdulillah...

Ya memang benar...esoknya dia datang....dan pulangkan phone aku...
keadannya baik....cuma ada beberapa SMS aku dah terdelete dan beberapa SMS baru yg tak berkenaan wujud......takpelah...sikit punya hal..yg penting maklumat sulit terjaga dan masih ada.....

Tapi Rosemond pulak jadi rimas.....sebab bini budak ni berkali2 call dia bgtahu jangan apa2kan laki dia dan jangan masukkan laki dia dalam penjara....aduhhh...payah juga kalau ayat ugut terlebih ni.......
Rupa2nya budak ni sebelum pergi pun dah bagitahu bini dia yg dia mungkin tak balik sebab kena masuk penjara....kesian la pulak aku kat dia.....

Aku upah budak ni 3,000 Gourdes.....(100 usd = 4,100 gourdes)....mula2 dia tak nak ambil sebab takut tu umpan utk tangkap dia masuk ke penjara...tapi last dia ambik sebab aku expalin tu utk tambang dia pergi balik dan duit makan dia......aku bagi Rosemond 1,000 gourdes,,,,,maknanya hampir USD 100 aku belanja utk dapatkan balik iphone aku.....

Tak tahulah harga iPhone ni berapa skrg....mungkin RM300 - 500 boleh dapat....tapi maklumat dalam iphone aku mmg tiada nilainya......

tak kisahlah aku habis USD100...sbb minyak , makan dan hotel nak ke Cap Haitien kalau aku pergi pun dah lebih dari usd150.....masa , tenaga lagi....

Kesimpulannya......berhati2lah jangan sampai hilang handphone, terutamanya smartphone ..bila alat telekomunikasi ada macam2 maklumat sulit....dia dah jadi macam alat sulit juga,,,tak jaga privasi betul2 bahaya......... dan juga, kalau jumpa smartphone,,pulangkanlah atau tak payah ambil....sbb dia akan menjadikan hidup kita bertambah sulit....
 
Aku ucapkan terima kasih kat kawan2 aku yg membantu....diorang ckp kejayaan ni sebab Jesus bersama2 kita...ya..aku mengangguk setuju....

Tribute to:
Rosemond, Jose Luis and Jesus Bucio.

  

Wednesday, 2 May 2012

4 hari di Miami - Part #1

Sementara ingatan masih segar, biarlah aku ceritakan pengalaman yang aku harap dapat memberi manafaat dan info2 yg sihat...pada sesiapa sahaja yang membacanya,,terutama sekali pada diriku sendiri,,yang selalu lupa akan kesilapan yg telah dilakukan.....

Kisah ini, adalah hasil dari perjalanan dan keberadaan di Miami selama 4 hari..yang aku manafaatkan untuk merasai pengalaman dalam beberapa perkara:

1) Perkhidmatan pengangkutan awam
2) Perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan / urusan beli - belah
3) Pendidikan kanak - kanak
4) Hubungan dan sambutan terhadap org luar...
5) Perkhidmatan awam..(polis, imigresen,kastam,,,dll)

..Hari pertama,,27 April 2012...
Jam 8 malam aku sampai di Miami International Airport..penerbangan dari Port Au Prince (PAP) tadi memang mengasyikkan,,,gegaran demi gegaran akibat menempuh turbulence demi turbulence membuatkan nama Tuhan disebut berkali2 oleh semua penumpang...

Pemeriksaan di imigresen Miami amat ketat...sebelum ke kaunter imigresen, ada 2 borang yang harus dilengkapkan.
1 - borang boarding / imigresen
2 - borang declare barang yg dibawa ..utk kastam...
Line beratur punyalah panjang....lebih 50 orang...dan ada lebih daripada 20 line...masa ni lah aku tengok ada sorang pak cik tua,,dengan sadisnya disuruh ke belakang, beratur semula..sebabnya?...tak isi borang dengan betul..bukan apa,,xde alamat lengkap di USA...ya,,,kalau nak masuk USA, prepare alamat hotel atau motel yang nak dituju...kalau xde, hasilnya kena beratur ke belakang,,atau lebih teruk, kena masuk bilik khas,,,disoal jawab sbb ditakuti masuk nak kerja dan jadi PATI...tapi pegawai imigresen gemuk, berambut separa botak mcm clown dan berperut buncit ni mmg tak patut halau pak cik tadi...bagi la kesian sikit kat org tua...tapi itulah USA...

Tiba giliran aku...mudah,,sekejap shj...ambil cap jari pun cuma 5 jari tangan kiri shj, tak perlu 10....rekod dah ada ,,senang...tapi ada juga soalan2 pemerangkap...contohnya:
1) Bila last sekali masuk USA?
2) Apa nak buat kat USA?
3) Buat apa kat Haiti? Kerja apa? Post apa?
Ya..berdasarkan rekod lama...kalau aku jawab tak konsisten..memang masuk bilik khas jawabnya....
Dengan yakin, lafaz yang jelas lagi lancar aku jawab...sama mcm jwpn dulu2...so, lepas lah aku dgn mudah....

Ambil beg...sbb lama sangat beratur tadi (dekat sejam)..beg pun dah disusun cantik...conveyor pun dah berenti....off...tiba2 aku nampak anjing 2 ekor menyalak2 kat sorang mak cik...yupp...aku dah risau,,,takkan makcik yg innocent ni ada bawa dadah...rupanya,,,bila dibuka,,,ada buah2an..mmm..betul la mcm video penghilang boring yg ditayangkan masa beratur tadi...sambil beratur semua hadirin dihidangkan tayangan mengenai proses dan prosedur kemasukan ke USA...di sempadan dan pintu masuk....undang2 USA,bagaimana isi borang,mcm mana cara diambil cap jari dan photo...dan juga termasuklah anjig pengesan dadah dan buah....buah pun anjing ni pandai kesan..

Nak keluar, melalui kastam...beratur lagi....aku bagi peluang pada org yang berkerusi roda utk pergi dulu....kesian...bila aku bagi,,tanpa ucap terima kasih,,,terus dia panggil family dia....mak oiii...8 orang semua!!..banyak pulak tu beg....lambatlah aku nak lepas...makan masa 3 minit juga...nampak sekejap 3 minit...tapi sbb hati panas sbb xde hormat ucap terima kasih, rasa mcm lama sgt..hmm..nampak sangat tak ikhlas..heheh

sampai sahaja diluar...aku terus menuju tingkat 1....walaupun bas utk menunggu shuttle ke hotel adalah di tingkat 2....kenapa?..sbb aku nak call free ke hotel....phone free ada kat tingkat 1...aku mencari2 hotel nama hotel howard johnson yg dah dibooking dan dibayar secara online melalui website hotwire.com, hampa...hampa sbb xde!..cheh..aku dah rasa hotel ni kedekut dan servisnya haprak...akhirnya, aku pun terpaksa call pakai phone sendiri..nasib baik kredit masih ada,,,,

"Sorry..the shuttle just left the airport ...you have to wait for 30 to 45 minutes...which airline are you in?..."...
dgn hampa aku menjawab....
"Whatttt??? 45 minutes?...huh...ok..ok..I will wait at American Airline area..."...
slm hati aku berkata..."nak free call...last2 free2 kena tunggu lagi sejam!"....
sejam pun sejamlah...dah dia kasi naik free pun kira ok...

Aku menunggu di aras 2...Hampa...lagu dari iphone dah byk kali aku tukar dan putar.....menghilangkan kebosanan dan meredakan hati yang panas.....tepat masanya,,,setelah 45 minit,,,shuttle pun sampai dan berhenti setelah dilambai.....

setelah 40 minit...sampai aku di Hotel Howard Johnson...di bandar yg namanya Hilaleah....deposit USD25...satu malam harganya USD98 kalau walk in,,paling murah..tapi aku dapat harga USD58...sbb pakai hotwire,,,,disebabkan restoran tutup pkl 11 mlm dan hanya bar buka sampai pukul 1..aku pun pergi settlekan perut aku dulu.....restorannya cantik..lobby hotel ok..orgnya friendly...mmg tak sama dari apa yg aku sangkakan....

biliknya ada 2 katil queen size..bilik air ada tub...kopi semua ada...syukur sgt,,,dan mohon ampun pada Tuhan,,,sbb bersangka buruk pada ciptaannya tadi...bersangka buruk pada hotel, staff keseluruhan hotel ni,,,dan hari ini sebelum tidur aku belajar satu benda....bersangka buruk yang paling buruk bagi seseorang manusia terutamanya aku ,,adalah bersangka buruk akan masa depan nasib sendiri..kerana Tuhan didalam Al-Quran banyak menceritakan dan menjanjikan tentang masa depan yg lebih baik dari masa sekarang..hanya kerana pra sangka buruk, kebaikan itu gagal dicapai..









Sunday, 22 April 2012

sembahyang kau dan sembahyang aku

setiap ahad, pasti bunyi muzik dari perkampungan depan apartment aku mengalunkan muzik2 gerejanya...bermula jam 6 pagi...ada yang diiringi nyanyian,ada juga muzik dari organ shj....dan kadang2 lagu dari radio..kemudian diikuti dgn tarbiah dari penceramah yang melontarkan kata2 penuh semangat....

itulah cara sembahyang/solat mereka....

Membawa ke petang ahad,,dalam pkl 8...berenti sekejap muzik2 gereja...dan keadaan sunyi seketika...hening..hanya kedengaran bunyi katak yg menandakan sistem ekologi masih lagi terkawal...

..dan mula dari jam 9 tadi,,sampai skrg ni pkl 1.15 pagi...mulalah lagu2 kompa,R&B, jazz dipasang,,dgn volume yg sama kuat mcm ceramah tadi...

"Harammm woi!!! aku nak tido laaa!!!" itulah jeritan batinku...kalau gereja tadi mmg aku boleh faham sbb semua menuju kebaikan...menuju tuhan....menuju keamanan...tapi kutu joget kampung mmg takde maaf!!!....

Tiba2 teringat aku masa kat KL dulu...seketika dulu ,,,,masa zaman2 muda...hari jumaat...pagi jumaat...mmg pagi dan hari yg paling ceria....

Pkl 12.30 pegi solat...di beri ceramah, tazkirah..dan khutbah....

Pkl 12.30 juga,,malamnya....keadaan aku hampir sama mcm penduduk kampung depan ni...hmmm...mungkin ini balasan tuhan....

dan akhirnya aku tertanya.....sembahyang kau, sembahyang aku...adakah sama?..hanya utk cuci dosa, dan kotorkan semula dgn cukup segera....

note: dulu pernah jugak jadi mcm ni...tak boleh tido sbb bising...selepas puas berdoa, berharap, memohon dicampuri dgn sumpah seranah,,,,akhirnya hajat dikabulkan..muzik berenti..tapi dgn  cara yg mmg amat mencuakkan....berenti sbb ada gaduh dan ada bunyi tembakan....lepas tu aku tak boleh tidur sbb juga,,,takut peluru sesat...